Wednesday, June 16, 2021

June 16, 2021

Pasangan tua ‘luncur ombak’ ketika ribut guna papan seterika. Usia bukanlah penghalang untuk mereka berseronok

 


Pendek kata, pasangan terbaik adalah mereka yang sanggup menghadapi ‘ombak dan badai’ bersama dengan anda.


Itulah yang dibuktikan oleh pasangan dari United Kingdom ini apabila ribut Dennis melanda pada awal tahun lalu.


Walaupun hanya di hadapan rumah sendiri, pasangan berusia terbabit dirakam sedang menikmati saat bersama – ‘meluncur’ di tepi jalan di bawah hujan ketika ribut melanda.


NTD Television/Facebook


Lebih menghiburkan, mereka hanya menggunakan papan seterika sahaja bagi menggantikan papan luncur yang sepatutnya. Kreatif!


Barangkali itulah aktiviti yang mereka teringin lakukan pada waktu itu, ditambah dengan hujan dan sedikit laluan air di jalan, membolehkan niat mereka itu direalisasikan.


NTD Television/Facebook


Apa yang penting, mereka kelihatan gembira bersama. Pengguna yang melalui jalan itu juga turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon.

NTD Television/Facebook

Seronok betul ‘luncur ombak’ ya? Malah mereka turut sempat melakukan aksi mengagumkan – melompat dan menukar posisi luncur mereka. Mengagumkan!

Lebih kurang dua minit mereka difahamkan ‘meluncur’ di luar dan semestinya ia cukup membahagiakan buat kedua-duanya.

Berikut video penuh mereka :



 


Ternyata usia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakukan perkara yang mungkin dirasakan agak kurang masuk akal bukan?

Namun apa yang paling penting adalah untuk menikmati saat bersama dengan penuh bermakna selagi hayat dikandung badan.

Tuesday, June 1, 2021

June 01, 2021

“Bapa terlantar sakit & terputus belanja” – Viral Video Kanak-Kanak Curi Tabung Masjid Diarak, Leher Diikat Seperti Lembu

 


Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun diikat di lehernya dan diseret oleh seorang lelaki yang memegang tali tersebut viral di media sosial. Kejadian itu berlaku di Desa Ceumpeudak, Tanah Jambo Aye, Aceh Utara dan difahamkan, kanak-kanak terbabit didapati telah mencuri tabung derma sebuah masjid pada Rabu lepas.

Menurut Detik, kanak-kanak itu diarak seperti haiwan ternakan sebanyak beberapa langkah dan boleh didengari beberapa orang meminta agar lelaki dewasa itu melepaskan tali nilon di lehernya.

Selepas siasatan dilakukan, Polis Tanah Jambo Aye, Ahmad Yani berkata kanak-kanak itu sebenarnya terpaksa mencuri kerana mahu membeli makanan. Bapanya kini terlantar sakit dan dia sendiri terputus belanja untuk membeli makanan buat dirinya.



Disebabkan kelaparan, dia membuat keputusan untuk mencuri wang derma dari sebuah masjid di kampung terbabit. Kejadian tersebut kemudian diketahui bapa saudaranya yang dilaporkan telah membayar semula wang berjumlah 1.5juta Rupiah (RM 434.44) yang diambil anak saudaranya itu.

Keluarga kanak-kanak itu pula dikatakan tidak mahu memanjangkan isu terhadap lelaki dewasa yang mengasarinya. Dalam pada itu, lelaki bernama Bakhtiar dilaporkan turut tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah video kerana memperlakukan remaja terbabit sedemikian.

Dan pada saat tersebut saya ada melilit tali di leher (pelaku). Itu hanya sekadar syok terapi untuk anak tersebut. Atas tindakan tersebut saya meminta maaf apabila ada yang merasa keberatan.”



Tiada tindakan lanjut diambil memandangkan ianya sudah diselesaikan secara dalaman antara keluarga kanak-kanak  itu dan Bakhtiar. Begitu juga antara kanak-kanak itu dan pihak masjid.


Sumber : lobakmerah

Tuesday, July 9, 2019

July 09, 2019

Ini Teguran Pedas Chef Wan Buatkan Orang FELDA Tidak Senang Duduk


Mesti ramai yang sudah tahu bahawa tukang masak terkenal, Chef Wan telah dinobatkan sebagai Ikon Anak Felda dan tidak sampai 24 jam dilantik, dia telah mendatangkan kemarahan peneroka apabila melontarkan pelbagai teguran pedas termasuk mengatakan golongan peneroka Felda yang beranak pinak seperti kucing.

Chef Wan juga meluahkan rasa muaknya dengan orang Melayu yang malas untuk memajukan tanah Felda dan hanya duduk mengharapkan bantuan dari kerajaan katanya.

Beliau membandingkan tanah-tanah pertanian di luar negara yang dibangunkan dengan baik.

“Di sini (Malaysia) orang-orang Felda kita walaupun tak semua sibuk di kedai kopi menyalahkan kerajaan menunggu bantuan. Esok dapat bantuan lain pula ceritanya.

“Ada subsidi baja pun di jual. Dapat duit lebih gatal boleh kahwin dua tiga bini lagi dan beranak anak macam kucing,” katanya sambil mendakwa keadaan itu disaksikannya kerana pernah membesar sebagai anak peneroka.


Dalam pada itu, Chef Wan berkata dia mengharapkan anak-anak Felda supaya mengambil iktibar dari perjalanan hidupnya yang penuh mencabar sehingga menjadikannya kini insan yang berjaya.

Pada masa sama, Chef Wan juga membidas peneroka yang disifatkannya sebagai ‘ulat sampah’ kerana meninggalkan majlis ketika Dr Mahathir berucap pada perasmian Hari Felda di Rompin semalam.

“Tetapi percayalah, esok ulat-ulat sampah ini juga yang akan mengerumuni dedak-dedak yang diberikan balik untuk membantu orang-orang Felda,” katanya.



Lain yang di cakap lain pula yg di salah tafsir kan. Mustahil semua orang Felda pemalas! Bila saya berkata cerita yg benar ini ada pada segelintir Manusia jenis pemalas ini di dalam Felda memang ujud pun! Bab dapat rezeki lebih bantuan kerajaan ini zaman saya muda di Felda lagi ada yg curi jual baja mau pun kawin isteri lebih dari kemampuan masing2 dan beranak banyak mcm kucing dan menyusahkan keluarga sendiri yg tak di urus dgn baik! Tak kan terang mau di suluh lagi? Cerita ini memang benar banyak berlaku pun! Macam mana kerajaan boleh membantu orang2 jenis begini pun jika sikap masing2 tak boleh di ubah? Lambak lah duit satu Lori kelapa sawit tu pun mereka akan joli sekelip mata! Tak payah la nak menunjung jari balik kepada saya konon menyatakan perkara yg benar. Before we can make changes to improve our life we must first accept and address our weakness! Tak semua manusia di luar itu sebodoh manusia2 ini pun that cant even read between the lines apa yg saya mahu perkatakan. Jika bodoh pun tak perlu bersikap sombong dan salah tafsir kan yg bukan2 lalu di sebar kan sebagai bahan fitnah! Anyway better not waste my good and positive energy with all this fools! This group of people will only want to hear what suits them anyway. They can never digest the truth instead memutar belit cerita dan di viral kan balik supaya pengikut2 mantan mereka boleh bersekongkong dgn perbuatan jahat mereka seumpama Batu Api sikap masing2 pun. Haters will always be haters. Ya Allah sangat beruntung hati kita tidak mcm mereka2 ini di atas dunia ini. Bila saya baca headline dia pun saya gelak. Nak bodoh kan kita tetapi kena balik pada diri sendiri balik masing2 pun.
Siaran dikongsi oleh chef wan (@_chefwan58) pada


Sumber : ohmedia
July 09, 2019

Kerana 'Bubble Tea', Kereta Di Tampal Puluhan Tuala Wanita!


Pernah tak korang tersekat di atas jalan raya hanya kerana terdapat kenderaan yang sesuka hati diletakkan pemandunya di merata-rata tempat? Semestinya ia menjadi kebiasaan jika korang tingal di kawasan bandar, ini kerana memang kebanyakan masyarakat hari ini mempunyai tabiat mementingkan diri sendiri dengan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya.

Di Hanoi, Vietnam, menurut laporan portal China Press, seorang pemandu kereta Maserati berwarna merah menerima 'padah' selepas dirinya meletakkan kereta yang bernilai hampir setengah juta itu di tempat yang menghalang lalu lintas.

Namun, apa yang lebih meningkatkan kemarahan penduduk di situ, kereta mewah itu dipercayai milik salah seorang pelanggan yang singgah di kedai minuman ‘boba’ atau 'bubble tea' di kawasan berkenaan.


Ekoran itu, seorang daripada pengguna jalan raya yang berasa berang di situ bertindak melekatkan puluhan tuala wanita dari ruangan bumper hinggalah ke permukaan cermin model Maserati Levante itu, sebagai pengajaran kepada pemandu tersebut.

Sebaik sahaja pemilik kereta itu kembali ke keretanya, dia berusaha keras untuk mencabut tuala wanita tersebut daripada kereta, tetapi gagal kerana gamnya sangat kuat.

Dengan perasaan malu, lelaki tersebut terus memandu pergi meningggalkan kawasan tersebut dengan keadaan keretanya yang masih dilitupi dengan puluhan tuala wanita tersebut.

Dipercayai, penduduk kawasan tersebut mengadu bahawa keadaan trafik telah memburuk akibat pembukaan kedai ‘boba’ yang wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

“Ramai orang memandu ke sini untuk mendapatkan minuman harian mereka, jadi mereka meletakkan kenderaan mereka di jalan-jalan berdekatan sehingga menyebabkan kesesakan yang teruk,” ujar salah seorang penduduk di situ.

Beberapa orang yang tidak bertanggungjawab juga ada yang memarkir kenderaan mereka di persimpangan jalan dan menghalang ramai pengguna jalan raya melalui jalan itu.

Sumber: Awani via ohmedia

Wednesday, May 1, 2019

May 01, 2019

Daun kelapa jadi alternatif penyedut minuman


Selari dengan usaha global untuk menghentikan pencemaran plastik, masalah yang telah memberi kesan buruk terhadap lautan dan hidupannya.

Memetik Inquirer.net sebagai berkata, seorang pemilik kafe di Pulau Siargo, Filipina mengambil inisiatif menggunakan daun kelapa atau kelapa sawit bagi menggantikan penyedut minuman straw atau dikenali ‘Lukay’


Ia sekali gus dalam usahanya untuk memelihara alam sekitar.

Lukay adalah istilah tempatan untuk daun kelapa.

Penggunaan lukay ini menjadi tular selepas dimuat naik di Facebook dan dikongsi lebih 25,000 kali.

Idea pemilik sebuah kafe Editha, Sarah Tiu itu selari larangan meluas terhadap penggunaan plastik seperti penyedut minuman, kutleri dan putik kapas sambil menggesa botol minuman plastik dikumpul menjelang 2025.

Wanita berusia 37 tahun yang juga pengurus di Cafe Editha di Dapa, Surigao del Norte menjelaskan, dia memutuskan untuk menggunakan straw daripada daun kelapa selepas satu lawatan bersama keluarga ke pulau Corregidor .

“Ketika bercuti, kami memesan air kelapa dan pemilik kedai menggunakan cara alternative sebagai menggantikan straw dari daun kelapa yang dipotong.

“Kami minta mereka ajar kami dan dari situ terlahir idea untuk mengikut cara seperti itu,” ujarnya.


Wanita itu memberitahu, sejurus selepas pulang bercuti dia terus mengimplentasikan penggunakan Lukay di kafenya.



Sebelum ini, Sarah memberitahu, pernah menggunakan straw keluli tahan karat dan kertas namun pelanggan tidak sukakannya.

“Saya rasa pelanggan lebih gemar menggunakan Lukay selain kelihatan lebih kreatif dan menjimatkan,” ujarnya.


Beberapa hari lalu, Sarah memuat naik beberapa gambar straw daun kelapa yang digunakan di kafenya dan memberitahu ia mudah dibuat selain senang terurai.



Kreativitinya itu sekali gus menarik perhatian pelayar Internet yang turut berkongsi idea mereka dalam mengimprovisasi penyedut minuman.


Semoga kesungguhan Sarah dalam menjaga alam sekitar menjadi ikutan dan teladan kepada semua.





Sumber: LifestyleWorld of BuzzCafe Editha/Facebook
May 01, 2019

Anak Ceritakan Apa Berlaku Sebelum Pendakwah Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz Meniinggal Dunia


KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz dilaporkan telah mening gal dunia pagi ini.
Allah yarham mening gal dunia sekitar 7.30 pagi tadi pada usia 73 tahun.
Lapor Bernama ketika dihubungi, anak Allah yarham mengesahkan perkara itu.
Mohamad Yusri berkata bapanya rebah dan tidak sedarkan diri ketika bangun hendak menunaikan solat Subuh.
Beliau berkata Allah yarham kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan mening gal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.
Katanya, jena zah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda dan dijangka dikebu mikan di perku buran berdekatan sebelum Zohor.
Sebelum itu antara yang terawal memaklumkan berita sedih itu adalah menerusi hantaran dalam laman Facebook oleh pemilik akaun Ustaz Nabil Ahmad.
“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah,” tulisnya.
Terdahulu, Nabil turut memaklumkan Allah yarham dikejarkan ke hospital pagi ini selepas rebah dan tidak sedarkan diri setelah solat subuh.
Perkara itu juga dimaklumkan menerusi hantaran dalam laman Facebook Adun Kupang, Datuk Najmi Ahmad, pagi ini.
“Dato Seri Abu Hassan Din al-Hafiz baru sahaja kembali bertemu dengan penciptanya. Ya Allah…”
Allahyarham sebelum ini pernah mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Abu Hassan pernah ber­khidmat sebagai Pegawai Agama Istana Negara dan merupakan adik kepada pendakwah terkenal Allahyarham Datuk Dr. Haron Din Al-Hafiz.
Allahyarham juga merupakan bekas imam di Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa orang Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Selain itu Abu Hassan juga aktif berceramah melalui pentas dakwah seperti Forum Perdana Ehwal Islam terbitan Radio Te­levisyen Malaysia (RTM) dan turut terkenal sebagai Ikon Astro Oasis.
Sumber: Astro Awani

Tuesday, April 30, 2019

April 30, 2019

(Video) Raih Hampir 2 Juta Tontonan, Adegan Kucing ‘Ketuk Pintu’ Rumah Cuit Hati Netizen


Mungkin kedengaran agak kelakar, tetapi itulah yang berlaku apabila seekor kucing dirakam berkelakuan  ‘sopan’ kerana ‘mengetuk’ pintu rumah kediaman tuannya berkali-kali.

Sheekilah Jones, 24, saksi yang merakam kelakuan kucing berwarna hitam di Cardiff, Wales itu terpaku apabila melihat kucing itu berdiri menggunakan kaki belakang, manakala kaki depannya di atas pemegang pintu berkenaan.

Sheekilah berkata: ‘‘Sama ada saya melihat sesuatu yang pelik kerana ketika itu waktu 6 pagi atau kucing ini sebenarnya memang mengetuk pintu tersebut?”

Berdasarkan video tersebut, kucing itu dilihat cuba mencapai gelung pengetuk pintu dan membiarkannya beberapa ketika sebelum dengan sabar menunggu pemilik rumah membuka pintu berkenaan.

Video tersebut menjadi tular dan mendapat kira-kira 1.8 juta tontonan dan 11,000 perkongsian sejak dimuat naik pagi khamis lalu.

Salah seorang netizen, Coquin Jimenez berkata : ‘‘Otak kucing sangat mirip dengan otak manusia. mereka boleh melakukan perkara yang menakjubkan.”

Seorang lagi pengguna media sosial, Patricia Ryan berkata : ”Comelnya kelakuan kucing ini dan dia sangat bijak.”





Sumber : Metro UK
April 30, 2019

Video Ibu Dan Ayah Ini Kejar Lori Milo Untuk Menantu Mereka. Suami Tampil Jelaskan Apa Sebenar Terjadi


MASIH ingatkah lagi lori membawa minuman kegemaran ramai yang selalu kita ternanti-nanti kehadirannya di sekolah? Pasti tidak sabar untuk keluar kelas dan beratur untuk dapatkan secawan air malt bercoklat itu.
Baru-baru ini sebuah video tular di laman Twitter apabila seorang pemuda dari Kuantan, Pahang, Muhammad Azmer Mohd Badrul Merzam memuat naik video ibu bapanya yang sanggup mengejar lori Milo demi memenuhi keinginan isterinya yang mengidam secawan minuman itu.
Muhammad Azmer atau mesra disapa Azmer itu ketika dihubungi mStar berkata, dia tidak menyangka ibu bapanya sanggup mengejar lori berkenaan sehingga berhenti di bahu jalan.

“Mereka teringat isteri saya pernah sebut teringin nak minum air Milo daripada lori. Kebiasaannya kami selalu sahaja buat miuman itu di rumah tetapi kalau minum daripada lori ini sedapnya lain macam sikit.

Azmer dan Natasya bakal menimang cahaya maya yang pertama tidak lama lagi.

“Ketika kejadian itu berlaku, sebenarnya saya dan isteri tiada dalam kereta. Yang ada cuma mak, ayah dan adik saya. Video itu sebenarnya dirakam oleh adik perempuan saya.
“Mereka dalam perjalanan balik rumah tetapi apabila terserempak dengan lori Milo, ayah yang memandu kereta terus kejar dan berjaya menahan lori tersebut di bahu jalan bypass Indera Mahkota, Kuantan,” kata pemuda berusia 23 tahun itu.
Menerusi video berkenaan, ibu bapa Azmer diberitahu oleh pemandu lori berkenaan, minuman itu tidak dapat disediakan ketika itu dan jika berhasrat meminumnya daripada lori boleh berkunjung ke Mini Karnival Nirwana Indera Sempurna (Moh Heboh) pada 1 Mei ini.
Sementara itu, isteri Azmer, Natasya Rose Nizam yang hamil lapan bulan itu memberitahu, setakat ini dia masih tidak berkesempatan untuk menikmati secawan air malt bercoklat itu.

Azmer dan Natasya telah mendirikan rumah tangga pada September tahun lepas.


“Jujur saya terharu selepas melihat video berkenaan. Saya tak sangka ibu dan ayah mentua bersusah payah mengejar lori itu. Mereka tahu saya suka sangat minum Milo sejak hamil anak pertama ini.
“Sebenarnya saya tidak mahu paksa sesiapa carikan lori itu. Cuma ada rasa teringin sahaja tetapi kalau tidak dapat pun saya faham. Tak adalah nak bersedih sangat sebab kita faham bukan senang nak cari benda yang susah nak dapat sekarang.
“Ibu dan ayah mentua saya memang baik dan penyayang orangnya. Makanan lain pun, kalau saya pandang sahaja pun mereka terus belikan,” ujarnya yang telah mendirikan rumah tangga bersama Azmer pada September tahun lepas.
Dalam pada itu, video yang dimuat naik Azmer itu mendapat kira-kira 342,000 tontonan serta 29,450 ulang kicau dan 19,442 tanda suka sejak dimuat naik 28 April lalu.

Beberapa netizen memberi komen pada video berkenaan yang tular baru-baru ini.


“Saya terkejut apabila melihat video tersebut boleh viral sehingga mencecah ribuan tontonan.
“Tujuannya hanya untuk berkongsi di sosial media sahaja,” katanya yang juga merupakan anak sulung kepada empat adik- beradik.
Sumber : MSTAR ONLINE

Monday, April 29, 2019

April 29, 2019

Here Are the Best Times to Go to the Bathroom During "Avengers: Endgame"

Hello Marvel fans! Before we get going here, I want to be very clear that this post contains MILD SPOILERS. So, if you want to go into Avengers: Endgame as pure as Peter Parker...


Marvel Studios / Disney
For the rest of you, I've made a list of the best times to go to the bathroom during Endgame because it has a RUNTIME OF OVER 3 HOURS and not everyone's bladder will survive the snap.

Here's how it works: Because I don't expect anyone to be timing the movie (PUT YOUR PHONES AWAY), I'm just going to tell you which scenes are the most ideal to go and pee after. I'm also going to quickly fill you in with what you missed — just like your BFF would!


Marvel Studios / Disney

Best time to pee #1: After Iron Man and Nebula get some help.


Marvel Studios / Disney
What you'll miss: A very upset Tony Stark yelling, "We failed!" at everyone, especially Captain America. (If you REALLY have to pee early on into the movie, this is your best time to go.)
Time you have to pee: About 3 minutes.

Best time to pee #2: After the first scene with Thanos.


Marvel Studios / Disney
What you'll miss: The screen cutting to black and a time jump. There's a quick montage of NY and we see Captain America in a support group saying, "We've got to move on."
Time you have to pee: 3 minutes.

Best time to pee #3: After Tony figures out how to make an "impossible" theory come true.


Marvel Studios / Disney
What you'll miss: Someone telling Tony, "I love you 3000." Also Tony and Pepper talking about his invention. He says, "If you don't think it's a good idea, I'll forget it and we'll go to bed." Pepper says, "But will you be able to rest?"
Time you have to pee: 5 minutes.

Best time to pee #4: After it's discovered that there's a glitch with Nebula's cybernetic parts, in particular her memory projector.


Marvel Studios / Disney
What you'll miss: Thor meeting someone from his past and having a little bonding time with them. Rocket, meanwhile, chases down the Reality Stone (the red one).
Time you have to pee: 3 minutes.

Best time to pee #5: After Nebula does her little switcheroo.


Marvel Studios / Disney
What you'll miss: Hawkeye and Natasha going after the Soul Stone (the orange one). They spend quite a bit of time trying to come up with a plan on how to do it.
Time you have to pee: 3 minutes.

And that's it! Because, TBH, you'll want to stick around for the last hour or so of the movie.



Wednesday, April 24, 2019

April 24, 2019

Ustaz Ahmad Dusuki Beri Teguran Kepada Fathia Latiff Kerana Buka Tudung. Apa Yang Ustaz Ini Tegur Boleh Buat Fathia Terdiam


Pelakon, Nur Fathia Latiff sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak bertudung. Sebelum ini, pelakon Emma Maembong membuat keputusan yang sama dan telah mengundang kecaman dari peminatnya.
Fathia Latiff yang terkenal dengan kontroversi berkata, dia rasa lebih lega dan enggan menipu dirinya sendiri dan kembali untuk menjadi diri sendiri. Dia juga turut menyatakan dia tidak mahu berselindung lagi dan sedar dia berhijab hanya kerana rasa kecewa.
“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab,” ujarnya.
Hasil tinjauan di akaun Instagram miliknya mendapati Fathia telah menutup ruangan komen.
Keputusannya itu sudah pasti menarik perhatian sesiapa sahaja. Sebelum ini, keputusan drastik yang dilakukan oleh artis-artis seperti ini ‘ditegur’ oleh pencetus-pencetus ummah(PU), tetapi kali ini pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani memberikan teguran dan nasihat.

“Saya ingin menasihati mereka yang cuba melawan perintah Allah supaya berhati- hatilah saat dunia sementara ini, nikmat kecantikan, kemashuran, atau dunia glamour ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Saat nyawa kalian di rentap mengadap di hadapan Allah pastinya kalian akan menyesal tak sudah!!
“Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.
“Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu!! Allah telah menyelamatkan kalian suatu masa dengan ketaatan, berbanggalah saat bertudung itu bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini,” katanya.
Ustaz Ahmad Dusuki di dalam statusnya di Facebook turut memberikan nasihat kepada semua agar tidak berbangga dengan perkara maksiat yang dilakukan, sebaliknya kita perlu berpegang pada jalan Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat.
“Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat! Tidak pernah mereka yang melawan ALLAH berjaya di dunia sementara ini, apatah lagi di akhirat nanti,” katanya.



Sumber : The Reporter
April 24, 2019

Mereka Bukan Pemalas Lipat Kain Sebenarnya. Ibu Tunggal Afifahtul Munawarah Menceritakan Pengalaman Mengambil Upah Lipat Kain


“SAYA tidak pernah malu melakukan kerja ini, meskipun sering dipersenda,” kata ibu tunggal, Afifahtul Munawarah Kassim, 32, mengenai khidmat melipat kain disediakannya.
Ibu kepada empat anak berusia tujuh hingga 14 tahun itu berkata, khidmat melipat kain yang dilakukannya itu lazimnya menerima permintaan daripada golongan wanita bekerjaya.
Katanya, kesibukan bekerja menjadi punca golongan itu, terutama di bandar raya Johor Bahru mendapatkan khidmat tukang lipat baju sepertinya.
“Kebanyakan pelanggan saya, terutama wanita menghadapi masalah untuk melipat pakaian kerana kesuntukan masa hingga ia terperuk di dalam bakul dalam tempoh berbulan-bulan di rumah mereka.
“Ia termasuk wanita profesional dan bekerjaya, selain dilema itu turut dihadapi suri rumah kerana sibuk menguruskan keluarga hingga tertekan apabila melihat timbunan kain yang menggunung,” katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro.

ANTARA pakaian yang dihantar pelanggan kepada Afifahtul Munawarah


Afifahtul Munawarah berkata, dia bersyukur berpeluang melakukan kerja itu kerana dapat menambah pendapatan keluarga, meskipun terpaksa berdepan timbunan baju yang banyak.
“Mereka (pelanggan) bukan malas melipat kain tetapi kesuntukan masa.
“Seorang pelanggan saya yang juga suri rumah mendapatkan perkhidmatan lipat kain sebulan sekali, biasanya memang ia (pakaian) berbukit hingga memakan masa sekurang-kurang enam jam untuk melipat semua baju dan kain mereka.
“Suri rumah berkenaan tidak dapat lipat kain kerana terlalu sibuk, termasuk mengurus orang tuanya yang sakit, menjaga makan minum suami dan anak,” katanya.
Afifahtul Munawarah berkata, dia menawarkan khidmat itu sejak setahun lalu dan ia ternyata membantu golongan yang memerlukan khidmatnya itu berehat bersama keluarga pada hujung minggu.
Menurutnya, kini dia memiliki kira-kira 20 pelanggan tetap di sekitar Bandar Seri Alam, Plentong, Ulu Tiram, Bandar Dato’ Onn, Larkin, Bandar Baru Uda, Kempas dan Tampoi.
Katanya, sebelum ini dia sudah melakukan pelbagai perniagaan, tetapi semuanya tidak bertahan lama.
“Bermula daripada situlah, saya mengambil inisiatif untuk menawarkan perkhidmatan berkenaan.
“Saya mendapati kebanyakan wanita berkerjaya menghadapi kekangan masa untuk melipat pakaian, tetapi mempunyai masa untuk mencucinya.
“Dengan modal sifar, saya memulakan perkhidmatan berkenaan dan bergerak menggunakan motosikal,” katanya.
Katanya, pekerjaan itu dilihat lebih fleksibel dan membolehkannya mengatur masa untuk menghantar dan membawa membawa pulang semua anaknya dari sekolah.
“Dengan berkat kesungguhan saya dan semangat tidak berputus-asa, kini saya mampu menjana pendapatan bulanan kira-kira RM900 sebulan,” katanya.
Afifahtul Munawarah berkata, pendapatan berkenaan membolehkannya menampung keperluan harian anaknya, selain bersyukur kerana menerima bantuan kanak-kanak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM400 sebulan.
“Saya tidak belajar kemahiran ini, namun hanya berlatih sendiri termasuk di rumah sendiri.
“Saya mengambil masa kurang 10 saat bagi melipat setiap helai baju dan apa yang penting saya memastikan lipatannya kemas seperti baju baru baru dibeli dari kedai.
“Bagi setiap dua jam, saya mengenakan upah RM50 dan RM100 bagi 4 jam. Biasanya saya menguar-uarkan perkhidmatan berkenaan menerusi aplikasi WhatsApp dan laman sosial Facebook (FB) menerusi page Servis Lipat Kain Mak Ifah,” katanya.
Afifahtul Munawarah berkata, dia juga bersedia memberi nasihat kepada wanita yang ingin menjadikan perkhidmatan lipat kain sebagai kerjaya berdasarkan pengalamannya.
“Ada pihak yang mempersenda kerjaya saya ini, namun saya tidak pernah berasa malu bagi melakukannya kerana selain mendatangkan hasil saya juga membantu golongan wanita, terutama yang sudah berumah tangga.
“Harapan saya adalah untuk memperluas perkhidmatan ini pada masa depan bagi menampung permintaan ramai termasuk dengan menubuhkan syarikat berkaitan,” katanya
Sumber : HMETRO ONLINE