Penceramah terkemuka, Datuk Mohd Kazim Elias menyifatkan kes kehilangan Mohammad Ashraf Hassan, 29, sebagai satu ujian bukan sahaja kepada ahli keluarga tetapi seluruh rakyat Malaysia.
Beliau berkata, ujian itu untuk mengetahui tahap keimanan manusia sama ada tetap bergantung harap kepada ALLAH atau meyakini ramalan-ramalan yang dibuat segelintir pihak.
Menurutnya, dalam tempoh kehilangan mangsa yang masuk hari ke-18 ini, dilihat banyak pihak tampil membuat andaian dan firasat sendiri hinggakan sebahagiannya berunsur syirik dan khurafat.
“Saya lihat di Facebook terlalu ramai yang membuat ramalan, ada yang mengatakan mangsa sudah berkahwin di alam sana, dia hidup tetapi disembunyikan dan ada juga yang sudah membantu dengan bertarung dengan jin.
“Saya khuatir jika berlaku satu keadaan kita lebih percaya pada perkara seperti ini sedangkan dalam perkara-perkara ghaib yang mengetahui hanya ALLAH,” katanya ketika dihubungi,semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas pertemuan yang dibuat bersama ahli keluarga Mohammad Ashraf di Pusat Pendidikan Al Barakah, semalam.
Mohd Kazim berkata, pihaknya telah mengesyorkan kepada ahli keluarga untuk menolak pelawaan pengamal perubatan yang menggunakan ritual bercanggah dengan hukum syarak.
Katanya, keadaan itu bukan sahaja tidak membantu, malah mungkin menjadi penyebab doa orang ramai agar mangsa ditemui, tidak dimakbulkan ALLAH.
“Mungkin ada hikmahnya mengapa Ashraf ini belum ditemui, jika ditemukan sekarang akan adalah orang-orang mendakwa itu adalah hasil usahanya apatah lagi jika yang dilakukan itu bercanggah dengan hukum. Saya rasa semua orang akan percaya dan pergi berubat dengan orang itu.
“Jika benar nak berunding, lakukan dengan cara yang betul menerusi perawatan Islam, bukannya dengan benda pelik-pelik…InsyaALLAH doa kita akan dimakbulkan,” katanya.
Beliau turut menyarankan ahli keluarga untuk meneruskan solat hajat.
Jelasnya, selain berikhtiar dengan cara dibenarkan syarak, ahli keluarga juga boleh berbuat infak dengan memberi sedekah atau jamuan makan kepada anak yatim dan fakir miskin.
“Moga dengan berbuat kebaikan-kebaikan, ALLAH akan makbulkan doa semua yang mahukan Ashraf ditemukan segera,” katanya.
Mohd Kazim yang kini dalam lawatan kerja selama enam hari di Turki menyatakan kesediaan untuk meninjau lokasi kehilangan mangsa.
“Balik dari Turki nanti, jika mangsa masih belum ditemui, InsyaALLAH saya akan turun ke kawasan, kita lihat dan bantu mana yang boleh,” katanya.
Meremang rasa! Orang kampung pernah nampak ‘sekumpulan lelaki dan wanita’ naik ke bukit bawa obor…
Penduduk kampung berharap sebarang penganjuran aktiviti rekreasi di Gopeng terutama melibatkan laluan sungai dan bukit dimaklumkan terlebih dahulu kepada komuniti setempat.
Penduduk, Johari Lukar, 64, berkata, makluman itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko bahaya sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
“Eloklah kalau bekerjasama dengan orang kampung sebab mereka lebih arif dengan jalan dan laluan di situ. Kalau tidak nanti jadilah kes seperti hilang atau sesat,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Beliau yang berpengalaman dalam aktiviti pendakian dan rekreasi turut serta dalam misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan, 29, peserta Gopeng Ultra Trail yang dilaporkan hilang ketika menyertai larian itu, Sabtu lalu.
Menurutnya, laluan check point 6 hingga 10 sepanjang 10km iaitu lokasi dipercayai mangsa hilang merupakan kawasan kebun kelapa sawit, hutan kecil diikuti tebing Sungai Kampar dan Bukit Batu Putih.
“Aktiviti macam ni biasa dibuat di sini. Kalau ada orang sesat atau hilang di puncak bukit pun mesti dapat jumpa dalam hari yang sama, tak pernah lagi sampai berhari-hari seperti ini,” katanya.
Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan kehilangan Mohammad Ashraf ada kaitan dengan unsur mistik.
Muhammad Ashraf dikesan dalam vidoe yang dimuatnaik di laman Facebook Gopeng Ultra.
“Orang kampung tahu di atas itu ‘kampung mereka’, ada yang pernah nampak sekumpulan lelaki dan wanita naik ke bukit bawa obor.
“Apa pun sebagai penduduk kampung kita bantu sehabis baik menggunakan pelbagai cara sampai jumpa mangsa,” katanya.
Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari keempat, hari ini masih belum menemui sebarang petunjuk akan kehilangan mangsa.
Selain bomba, operasi mencari turut melibatkan polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Rela, Pasukan Gerakan Am (PGA), Rejimen Renjer DiRaja (singkatan RRD), penduduk kampung dan kumpulan pendaki.
Operasi pencarian yang dilakukan anggota bomba di kawasan puncak Bukit Batu Putih.
Operasi pencarian yang dilakukan anggota bomba di kawasan puncak Bukit Batu Putih.
Juruteknologi makmal perubatan di Pejabat Kesihatan Muar itu disedari hilang selepas mangsa tidak tiba di garisan penamat meskipun berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25km.
Sumber : Kampus Uols
No comments:
Post a Comment