Pelakon, Nur Fathia Latiff sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila mengambil keputusan untuk tidak bertudung. Sebelum ini, pelakon Emma Maembong membuat keputusan yang sama dan telah mengundang kecaman dari peminatnya.
Fathia Latiff yang terkenal dengan kontroversi berkata, dia rasa lebih lega dan enggan menipu dirinya sendiri dan kembali untuk menjadi diri sendiri. Dia juga turut menyatakan dia tidak mahu berselindung lagi dan sedar dia berhijab hanya kerana rasa kecewa.
“Saya pakai tudung selama ini sebab orang lain. Disebabkan tidak dapat menerima kenyataan saya memilih untuk tampil berhijab,” ujarnya.
Hasil tinjauan di akaun Instagram miliknya mendapati Fathia telah menutup ruangan komen.
Keputusannya itu sudah pasti menarik perhatian sesiapa sahaja. Sebelum ini, keputusan drastik yang dilakukan oleh artis-artis seperti ini ‘ditegur’ oleh pencetus-pencetus ummah(PU), tetapi kali ini pendakwah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani memberikan teguran dan nasihat.
“Saya ingin menasihati mereka yang cuba melawan perintah Allah supaya berhati- hatilah saat dunia sementara ini, nikmat kecantikan, kemashuran, atau dunia glamour ini hanyalah bersifat sementara sahaja. Saat nyawa kalian di rentap mengadap di hadapan Allah pastinya kalian akan menyesal tak sudah!!
“Jika kalian merasa hebat dengan kemashyuran kalian, tidak kemana pun kemashyuran saat nyawa di kerongkongan itu!! Allah tidak pernah menganugerah ketenangan dan kebahagian dari kemaksiatan.
“Jika pun kalian merasa hebat dengan kemaksiatan itu, sembunyikanlah kemaksiatan itu!! Allah telah menyelamatkan kalian suatu masa dengan ketaatan, berbanggalah saat bertudung itu bukan berbangga dengan melakukan peribadi seumpama ini,” katanya.
Ustaz Ahmad Dusuki di dalam statusnya di Facebook turut memberikan nasihat kepada semua agar tidak berbangga dengan perkara maksiat yang dilakukan, sebaliknya kita perlu berpegang pada jalan Allah untuk berjaya di dunia dan akhirat.
“Saya ingin menasihati semua kita, jangan berbangga dengan maksiat! Tidak pernah mereka yang melawan ALLAH berjaya di dunia sementara ini, apatah lagi di akhirat nanti,” katanya.
Sumber : The Reporter
No comments:
Post a Comment