Wednesday, May 31, 2017

May 31, 2017

Beg Misi Ke Bulan Neil Armstrong Ini Bakal Dilelong Pada Harga RM17 Juta


Jika dibandingkan sekarang dengan tahun 1960an, teknologi sekarang semestinya lebih gempak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Walaupun teknologi angkasa lepas kita semakin baik, tetapi saya tidak pernah dengar tentang misi mendarat di bulan yang dibuat oleh mana-mana negara dalam dekad yang lalu.

Disebabkan itu, sebarang memorabilia yang pernah sampai ke bulan dianggap rare dan one of a kind. Lebih-lebih lagi kalau ianya milik orang pertama yang jejakkan kaki ke bulan, Neil Armstrong.

Sebuah beg yang tertulis ‘Lunar Sample Return’ milik Neil Armstrong bakal dilelong oleh syarikat lelongan Sotheby pada bulan Julai nanti. Menariknya, Sotheby meramalkan yang beg ini bakal terjual dalam acara lelongan itu pada harga USD4 juta (lebih kurang RM17 juta)!

Apa yang menarik tentang beg ini adalah ianya adalah beg sample yang digunakan Neil sendiri untuk membawa serpihan batu di bulan ke bumi dan menambah keunikan beg ini adalah masih terdapat debu dan partikel batu bulan pada beg ini hasil misi Apollo 11.


beg ini pada mulanya disimpan oleh NASA Space Center di Texas. Tetapi, disebabkan oleh satu kes mahkamah, beg ini dikembalikan kepada seorang peguam, Nancy Carlson yang membelinya pada tahun 2015 dengan harga USD995 (lebih kurang RM4,200) sahaja. Pihak NASA agak kecewa dengan kes ini kerana menurut mereka, sesuatu yang unik seperti ini tidak sepatutnya dimiliki oleh mana-mana individu.

Kisahnya bermula apabila pihak kerajaan membuat kesilapan ketika melabel beg ketika misi Apollo 11 ini dan melabelkan beg Neil ini sebagai beg yang tidak digunakan ketika misi berkenaan. Jadi mereka membuat jualan secara online pada tahun 2015 dan Nancy Carlson membelinya tanpa mengetahuinya nilainya yang sebenar.

ANTARA SERPIHAN BATU BULAN YANG DIBAWA PULANG NEIL ARMSTORNG

Tetapi kemudiannya selepas pemeriksaan pihak NASA, beg yang dibeli Nancy adalah beg kepunyaan Neil kerana masih terdapat lunar dust pada beg berkenaan. Mereka ingin menyimpan kembali beg berkenaan tapi malang buat NASA, kerana keputusan mahkamah berpihak kepada Nancy Carlson sebagai tuan punya baru beg ini.

Menurut penganalisa di Sotheby, Cassandra Hatton beliau berpendapat nilai USD4 juta itu kecil kerana hanya satu sahaja beg ini terdapat di dunia dari misi Apollo 11 dan anda tidak akan jumpa lagi memorabilia seperti ini di masa akan datang.

Dengan pelaburan hanya USD995, ianya umpama jackpot buat Nancy. Beg sample ini akan mula dilelong pada 20 July depan dan sama-sama kita tunggu sama ada ianya mampu mencecah harga USD4 juta atau pun lebih.



May 31, 2017

Orang Bisnes Kena Buat Ini Supaya Bank Luluskan Pinjaman Rumah Atau Kereta






Bank memang boleh luluskan pinjaman rumah atau kereta untuk orang bisnes.

Pertama, duit bisnes itu harus masuk ke dalam akaun bisnes, bukan akaun peribadi. Bukalah akaun enterprise dahulu untuk permulaan. Sudah ada rentak, baru naik taraf ke sendirian berhad.

Bila duit bisnes masuk ke akaun bisnes, barulah bank percaya bisnes kita buat duit.

Pelanggan yang serah tunai di tangan kita pun kita mesti masukkan ke dalam akaun bisnes.

Jangan biarkan duit itu mereput dalam wallet. Memang akan terpakai guna beli benda lain.

Kita cakaplah bisnes kita aktif buat duit hari-hari, bank tidak akan percaya jika duit itu tiada bukti keluar masuk dalam akaun bisnes.

Ada pemborong sayur di Selayang setiap 2 jam pergi bank masukkan ribu-ribu duit tunai ke dalam akaun syarikat.

Ada seorang peniaga tudung, lantik staf jaga booth. Apabila dapat duit jualan, beliau masukkan ke dalam akaun bisnes dahulu. Barulah dikeluarkan semula untuk bayar komisyen kepada staf.

Leceh sedikit tak apa, janji ada bukti duit masuk ke dalam akaun bisnes. Tiap-tiap tahun bank lulus loan beliau untuk beli rumah.
Adalah syarat lain bank tengok seperti penyata cukai pendapatan, jumlah tanggungan hutang dan sebagainya.

Mula-mula ini, disiplinkan dahulu masukkan duit bisnes ke dalam akaun bisnes.

Kemudian ambil gaji daripada bisnes kita. Ia dibayar melalui akaun bisnes ke akaun peribadi kita setiap bulan. Gaji itu dicarum KWSP dan SOCSO. Juga dipotong cukai secara berjadual jika gaji kita melebihi RM34k setahun.

Semua ini tertera dalam penyata gaji yang dikeluarkan oleh perniagaan atau syarikat kita. Ia boleh dijadikan dokumen sokongan untuk bank luluskan pinjaman.

Untuk bisnes yang masih dijalankan secara ‘one man show’, kitalah yang uruskan semua urusan di atas.

Artikel di atas disumbangkan oleh Hasbul Ariff
May 31, 2017

Resepi Ayam Madu Lelehh utk berbuka paling sedap!!!


Resepi Ayam Madu Lelehh utk berbuka paling sedap!!!
.
BAHAN-BAHANNYA:

6-7 ketul kepak ayam (atau bahagian lain mengikut pilihan anda)
5 sudu besar sos tiram
5 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos barbeku (jika mahu)
2cm halia | ditumbuk halus
4-5 ulas bawang putih | ditumbuk halus
Madu secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARA MEMASAKNYA IALAH:

1. Rebus ayam seketika. Ketepikan.

2. Satukan semua bahan untuk membuat sos perapan. Kemudian perap ayam selama ½ jam atau lebih.

3. Kemudian panggang tp kalau nak goreng pun boleh. sehingga masak.

4. Oleskan madu pada ayam yang sudah siap dipanggang atau digoreng.

Sos perapan memudahkan ayam untuk hangus jika digoreng terlalu lama. Sebab itulah, sebaiknya rebus seketika ayam anda.
Bagi mengelak daripada terkena minyak panas ketika menggoreng ayam, tutup kuali.



Tuesday, May 30, 2017

May 30, 2017

"RM2 Jer Pun," Beli Dan Bantulah Adik OKU Ini Jual Mercun Pop Pop, Mereka Bukan Meminta-Minta Tapi Berniaga

Sejak semalam telah menjadi tular beberapa keping gambar yang dimuatnaik oleh seorang lelaki bernama Awani Bin Pahang, dia telah memuatnaik tiga keping gambar menunjukkan seorang wanita bersama anak lelakinya yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Dari komen yang diturunkan, ramai menyatakan keluarga ini memang susah, ada yang memuji mereka ini walaupun susah tidak meminta-minta sebaliknya cuba mencari rezeki yang halal dengan menjual mercun pop pop atau ada sesetengah tempat dipanggil mercun bawang atau lada.

Jom kita baca.


BELI DAN BANTULAH MEREKA

Tadi pukul 3 pm selepas membeli kurma di bazar ramadan sebelah stadium Darul Makmur, terserempak kakak Kartini ini berjualan mercun 'pop pop' sebelah kereta berhampiran kawasan parking depan stadium. 

Anaknya OKU berumur 4 tahun. Suami kerja sendiri memotong rumput. Tinggal di Taman Impian Jalan Sungai Lembing...

Pastinya dengan malu-malu tetapi tak meminta-meminta sedekah dari orang ramai, dia menumpang bangku plastik biru utk berjualan mercun pop-popnya. 

Mari lah sesiapa yg lalu disitu yg mahu ke bazar ramadan disitu, singgahlah dan belilah jualannya. Katanya modal beli mercun tu rm15.. dan dia jual satu kotak tu rm2. 

Kita jangan berkiralah. Beli dgn niat bersedekah terutama kepada anak OKU tersebut.

Dua ringgit kita beli bukan buat kita papa. Tapi dua ringgit tu besar kepada dia..