Musim persekolahan semakin dekat. Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak-anak. Dari baju, kasut sampailah beg sekolah. Mak ayah punya pilihan, sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya.
Guru ini, Noraniza Abd Rahim berkongsi pandangan. Satu nasihat daripada seorang guru yang berdepan kemungkinan permasalahan yang berlaku jika anak-anak sekolah rendah bawah 12 tahun dibekalkan dengan peralatan sekolah dalam kategori mewah.
Trend Mak Ayah Belikan Benda Mewah Dekat Anak-anak
Trend org sekarang belikan benda mewah kepada anak-anak. Tak salah nak mewahkan anak jika kita mampu, tetapi fikir-fikirkanlah, keselamatan dan manfaat untuk anak kita.
Trend org sekarang belikan benda mewah kepada anak-anak. Tak salah nak mewahkan anak jika kita mampu, tetapi fikir-fikirkanlah, keselamatan dan manfaat untuk anak kita.
Contoh kita bagi anak kita bawa bekas pensel smiggle yang mahal tu ke sekolah, dalam satu sekolah mungkin anak kita sorang je ada beg smiggle, bekas pensel smiggle.
Pastu anak kita pulak mesti la bagitau kat kawan-kawan dia, jenama smiggle tu tak jual kat kedai diy atau kedai eco rm2, hanya terdapat di KLCC dan beberapa kedai terpilih sahaja. Sedar tak kita dah mengundang rasa cemburu kawan-kawan kepada anak kita.
Mungkin kita boleh kata, “Aku mampu apa salahnya.”
Anak kita pun mungkin kata, “Mak abah aku mampu mewahkan aku apa salahnya.” Betul, memang tak salah.
Yang salahnya ialah bukan semua budak di bawah umur 12 tahun mampu hilangkan perasaan cemburu, keinginan memiliki dan faham akan erti tak mampu.
Dan lebih salah lagi bila budak-budak ini bertindak di luar batasan dengan menyorokkan, mencuri atau merosakkan.
Ini Yang Jadi Bila Hilang Di Sekolah..
Bila berlaku kes kehilangan, kecurian, sorok menyorok maka berlakulah adengan pemiliknya menangis- nangis minta cikgu siasat dan tangkap penjenayah tersebut.
Bila berlaku kes kehilangan, kecurian, sorok menyorok maka berlakulah adengan pemiliknya menangis- nangis minta cikgu siasat dan tangkap penjenayah tersebut.
Cikgu nak tak nak terpaksa jalankan siasatan, untuk kesan pelaku. Guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan khusus dalam mengendalikan kes jenayah tiba-tiba dah seperti ketua polis negara.
Bayangkan semasa kes siasatan, banyak hati anak-anak akan terguris, banyak hati mak abah yang luka.
“Anak aku baik, kenapa cikgu tuduh anak aku. Aku tak pernah ajar anak aku mencuri.”
Pasti kata-kata ini berlegar dari mulut ke mulut bila anak kita disyaki dan disoal siasat.
Pasti kata-kata ini berlegar dari mulut ke mulut bila anak kita disyaki dan disoal siasat.
Rakan-rakan Pembaca..
Saya tulis ni sekadar nak bagi tahu kepada semua.. mungkin perkara tersebut kecil sahaja, tetapi ianya boleh mengundang perkara-perkara yang lebih besar.
Sayangi anak kita, jangan biarkan keselamatan dan emosinya tercalar. Belajar hidup susah dan sederhana tu bukan pembelajaran yang salah. Bahkan ramai orang-orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang asalnya susah.
Sumber/Foto : Noraniza Abd Rahim via mingguanwanita
“Babah, kawan-kawan cakap saya orang miskin”. Hanya kerana tiada barang jenama Smiggle, anak kecil ini diperlekehkan
Beberapa hari lalu, seorang netizen telah kongsikan mengenai satu kisah yang sedih melibatkan anaknya. Menurut lelaki ini yang dikenali sebagai Hazrezal Ahmad, anak perempuannya telah diejek oleh rakan sebaya yang mengatakan dia seorang miskin kerana tidak memiliki alat tulis dari jenama terkenal Australia, Smiggle.
Dalam perkongsian di Facebook pada 10 Januari lalu, Hazrezal menceritakan bagaimana anaknya pulang dari sekolah dengan wajah yang sedih dan mengadu, “Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin”.
Apabila ditanya secara lanjut tentang mengapa rakan-rakan di sekolah menggelar sebegitu, anaknya menjawab:
“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Apabila mereka lihat saya tiada barang Smiggle, mereka kata saya orang miskin”.
Smiggle merupakan satu jenama yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 di Melbourne dan mula meraih populariti beberapa tahun kebelakangan. Malah, Smiggle juga mempunyai lebih daripada 320 premis di beberapa negara termasuk Malaysia.
Jenama terkenal ini turut dijadikan sebagai barangan kegemaran khususnya bagi kanak-kanak perempuan kerana ia menampilkan produk dengan warna yang ceria. Antara produk keluaran Smiggle adalah alat tulis dan juga beg sekolah.
Namun, Smiggle bukanlah satu jenama barangan yang murah.
Selepas mendengar luahan hati anaknya itu, Hazrezal ternyata sedih dengan perlakuan dan mentaliti kanak-kanak sebaya anaknya.
“Saya bukan sedih kerana dihina miskin, tetapi sedih apabila kanak-kanak sekolah pun mempunyai sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawannya miliki”.
Tambah Hazrezal lagi. ibu bapa mempunyai hak untuk membelikan apa jua barangan yang dimahukan oleh anak-anak namun mereka harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya tidak mempunyai pemikiran yang tidak betul.
“Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana tiada Smiggle, sebenarnya ibu bapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda,” tambah Hazrezal lagi.
Baginya, punca kepada kelakuan anak-anak seperti ini adalah disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri.
“Apabila masuk ke kedai, terkejut tengok harga mahal. Selepas itu beritahu anak tak perlu beli kerana mahal, orang kaya sahaja yang boleh beli barang macam ini. Selepas beberapa waktu, ibu bapa tetap membelikan. Anak yang melalui proses tadi secara tidak langsung akan faham bahawa hanya orang kaya sahaja boleh beli. Jadi, apabila mereka melihat kawan tiada Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin”.
Jelasnya, perkara ini adalah salah kerana ia boleh mempengaruhi anak-anak dalam membuat keputusan dan penilaian yang salah apabila dewasa kelak.
Perkongsian tersebut mendapat lebih daripada 7,400 ‘like’ dengan 3,229 kali perkongsian. Malah, netizen turut berkongsi pandangan mereka terhadap perkongsian Hazrezal menerusi komen-komen yang positif dan juga negatif.
“Jangan ajar anak kita untuk menghakimi orang lain, ajar mereka bagaimana untuk lebih menghargai dan menyayangi orang lain. Saya tidak pernah mendengar Smiggle. Saya hanya tahu SuperSave dan DIY”.
Terdapat juga segelintir pengguna Facebook yang mengkritik tindakan Hazrezal yang meletakkan ‘kesalahan’ pada ibu bapa lain. Sebaliknya, Hazrezal patut menggunakan situasi berkenaan sebagai peluang untuk mendidik anaknya sendiri tentang kebenaran dan bagaimana untuk menghadapi realiti kehidupan.
“Awak sebagai bapa patut didik anak awak dan beritahu bahawa kawan-kawannya tidak berniat untuk melukakan hatinya. Jadilah orang dewasa yang bertanggungjawab. Bukan kutuk balik ibu bapa yang belikan Smiggle sebagai mereka yang berfikiran cetek. Anda sama sahaja seperti mereka”.
No comments:
Post a Comment