KUALA LUMPUR : Mampu mencecah sehingga ribuan ribu ringgit, itulah pengakuan oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Zira, 29 di mana dia menawarkan khidmat membeli makanan kepada orang yang tidak berpuasa, lapor Sinar Harian.
“Setiap kali bulan puasa saya boleh buat pendapatan sampingan hanya dengan ambil upah beli makanan kawan-kawan sekerja, boleh cecah ribuan ringgit,”.
Menurut Zira, dia sedar perbuatannya yang subahat itu adalah berdosa dan dilarang agama, namun dia tetap meneruskan kegiatannya itu dan hanya memikirkan soal pulangan yang akan diperolehnya.
“Saya memang jenis tak malu, orang nak kata apa pun, katalah. Lagipun sebagai perempuan kita ada waktu-waktu tak boleh puasa.
“Seminggu saya beli di satu kedai ini, minggu berikutnya saya beli di kedai lain. Jadi tak nampak ketara sangat,” katanya.
Zira ditemubual oleh wartawan Sinar Harian.
Dalam sehari pesanan makanan yang diterimanya tidak kurang dari 20 set dia ianya akan dibeli walaupun bukan pada hari dia bekerja semata-mata untuk memberi khidmat kepada kaki ponteng puasa.
“Faham sajalah kerja kilang, angkat-angkat barang. Stor kilang akan jadi sasaran untuk kawan-kawan tak puasa ni makan. Bulan puasa gaji saya bersih sebab banyak duit dari hasil upah ni.
“Sempat la dalam tiga tahun saya buat kerja tu. Tapi sejak berhenti kerja lima tahun lalu, saya dah tak buat. Bila fikir balik sampai bila nak makan duit hasil upah macam tu,” katanya.
Apa pun Zira menyatakan walaupun membeli makanan kepada orang tidak berpuasa, tetapi dia tetap berpuasa seperti biasa.
“Cuma bila masa ‘cuti’ tu saya tumpang sekali la,” katanya.
No comments:
Post a Comment