Kota Bharu, 12 Jun - Seorang lelaki dari Kampung Kutan Tengah, Pasir Mas hancur tiga batang jari di tangan kirinya akibat terkena letupan bahan itu semalam.
Menurut Utusan Online, kejadian malang itu menimpa lelaki berusia 47 tahun tersebut kira-kira jam 10.30 malam semalam ketika mangsa mahu menghidupkan mercun buatan sendiri di atas tapak tangannya.
Kata mangsa, dia telah memasukkan belerang yang diambil dari mercun bola ke dalam batang besi untuk dijadikan mercun.
“Semasa cuba mencucuh sumbu mercun tersebut secara tiba-tiba meletup sebelum saya berasa sangat sakit di tangan kiri.
“Ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu saya hancur terkena serpihan besi dan letupan belerang tersebut,” katanya.
Sumber: Utusan Online
No comments:
Post a Comment