Wednesday, June 16, 2021

June 16, 2021

Pasangan tua ‘luncur ombak’ ketika ribut guna papan seterika. Usia bukanlah penghalang untuk mereka berseronok

 


Pendek kata, pasangan terbaik adalah mereka yang sanggup menghadapi ‘ombak dan badai’ bersama dengan anda.


Itulah yang dibuktikan oleh pasangan dari United Kingdom ini apabila ribut Dennis melanda pada awal tahun lalu.


Walaupun hanya di hadapan rumah sendiri, pasangan berusia terbabit dirakam sedang menikmati saat bersama – ‘meluncur’ di tepi jalan di bawah hujan ketika ribut melanda.


NTD Television/Facebook


Lebih menghiburkan, mereka hanya menggunakan papan seterika sahaja bagi menggantikan papan luncur yang sepatutnya. Kreatif!


Barangkali itulah aktiviti yang mereka teringin lakukan pada waktu itu, ditambah dengan hujan dan sedikit laluan air di jalan, membolehkan niat mereka itu direalisasikan.


NTD Television/Facebook


Apa yang penting, mereka kelihatan gembira bersama. Pengguna yang melalui jalan itu juga turut memberikan sokongan dengan membunyikan hon.

NTD Television/Facebook

Seronok betul ‘luncur ombak’ ya? Malah mereka turut sempat melakukan aksi mengagumkan – melompat dan menukar posisi luncur mereka. Mengagumkan!

Lebih kurang dua minit mereka difahamkan ‘meluncur’ di luar dan semestinya ia cukup membahagiakan buat kedua-duanya.

Berikut video penuh mereka :



 


Ternyata usia tidak menjadi penghalang untuk mereka melakukan perkara yang mungkin dirasakan agak kurang masuk akal bukan?

Namun apa yang paling penting adalah untuk menikmati saat bersama dengan penuh bermakna selagi hayat dikandung badan.

Tuesday, June 1, 2021

June 01, 2021

“Bapa terlantar sakit & terputus belanja” – Viral Video Kanak-Kanak Curi Tabung Masjid Diarak, Leher Diikat Seperti Lembu

 


Video menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun diikat di lehernya dan diseret oleh seorang lelaki yang memegang tali tersebut viral di media sosial. Kejadian itu berlaku di Desa Ceumpeudak, Tanah Jambo Aye, Aceh Utara dan difahamkan, kanak-kanak terbabit didapati telah mencuri tabung derma sebuah masjid pada Rabu lepas.

Menurut Detik, kanak-kanak itu diarak seperti haiwan ternakan sebanyak beberapa langkah dan boleh didengari beberapa orang meminta agar lelaki dewasa itu melepaskan tali nilon di lehernya.

Selepas siasatan dilakukan, Polis Tanah Jambo Aye, Ahmad Yani berkata kanak-kanak itu sebenarnya terpaksa mencuri kerana mahu membeli makanan. Bapanya kini terlantar sakit dan dia sendiri terputus belanja untuk membeli makanan buat dirinya.



Disebabkan kelaparan, dia membuat keputusan untuk mencuri wang derma dari sebuah masjid di kampung terbabit. Kejadian tersebut kemudian diketahui bapa saudaranya yang dilaporkan telah membayar semula wang berjumlah 1.5juta Rupiah (RM 434.44) yang diambil anak saudaranya itu.

Keluarga kanak-kanak itu pula dikatakan tidak mahu memanjangkan isu terhadap lelaki dewasa yang mengasarinya. Dalam pada itu, lelaki bernama Bakhtiar dilaporkan turut tampil membuat permohonan maaf melalui sebuah video kerana memperlakukan remaja terbabit sedemikian.

Dan pada saat tersebut saya ada melilit tali di leher (pelaku). Itu hanya sekadar syok terapi untuk anak tersebut. Atas tindakan tersebut saya meminta maaf apabila ada yang merasa keberatan.”



Tiada tindakan lanjut diambil memandangkan ianya sudah diselesaikan secara dalaman antara keluarga kanak-kanak  itu dan Bakhtiar. Begitu juga antara kanak-kanak itu dan pihak masjid.


Sumber : lobakmerah