Monday, December 31, 2018

December 31, 2018

TindanChallenge, Cabaran Kegilaan Baharu Nitizen Malaysia, Boleh Undang Risiko Lumpuh Seumur Hidup


Nitizen Malaysia memang mudah terbawa-bawa untuk meniru aksi yang viral, walaupun perkara sia-sia tetap juga ditiru.
Selepas kegilaan keke Challenge, Falling Stars Challenge dan Momo Challenge, terbaru nitizen Malaysia sedang berjinak-jinak untuk menyahut cabaran ‘Tindan Challenge’ yang sia-sia.
Cabaran sia-sia dan bodoh ini bermula dengan satu gambar sekumpulan lelaki yang viral mengambil gambar dengan cara ‘menindih’ satu sama lain daripada bawah hingga ke atas.

Nampaknya menyeronokkan dan mencabar, tetapi disebaliknya ada risiko kecederaan yang membahayakan kesihatan.
Public Health Malaysia ada berkongsi bahaya daripada aksi bodoh itu.
Semoga bermanfaat dan buat anda tak terjebak dengan aksi bodoh dan sia-sia ini:-
NGERI!
Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini.
Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.
Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.
Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi.
Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?
FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK
  •  Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
  •  20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
  •  Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
  •  Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
  •  KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.

Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya seperti ini.
Kecederaan tulang belakang bukan main main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima 🙏🏻🙏🏻
Katakan TIDAK untuk #TindanChallenge
December 31, 2018

Mengapa Tentera Tak Masuk Campur Dalam Rusuhan Di Kuil Sri Maha Mariaman?



Rata-rata Nitizen bertanya kenapa tentera tak masuk campur dalam insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariaman yang berlaku tempoh hari.
Terpangil dengan persoalan yang dibangkitkan nitizen, seorang yang dipercayai pegawai tentera menerusia favebook bernama Mohd Fitri tampil menjawab persoalan tersebut.
Ikuti perjelasan beliau :-


December 31, 2018

Tujuh Individu Cabar Larangan Merokok


TUJUH individu hari ini memulakan tindakan undang-undang bagi mencabar keputusan kerajaan menguatkuasakan larang merokok di semua premis makan bermula esok.
Mereka memfailkan permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman secara ex-parte (sebelah pihak) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur melalui pemfailan e-filing.
Mereka adalah Mohd Hanizam Yunus, 52; Zulkifli Mohamad, 56; Mohd Laisani Dollah, 46; Mohd Sufian Awaludin, 35; Ridzuan Muhammad Noor, 52; Mohd Yazid Mohd Yunus, 48; dan Yuri Azhar Abdollah, 39.
Dalam permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu, kesemua pemohon yang bertindak mewakili diri sendiri dan perokok di negara ini, menamakan Kementerian Kesihatan Malaysia selaku responden.
Berdasarkan permohonan itu, pemohon menyatakan bahawa larangan merokok itu bertentangan Perlembagaan Persekutuan kerana ia bukan aktiviti
jenayah sehubungan itu, aktiviti terbabit sah daripada segi undang-undang yang dijamin perlembagaan.
Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makan.
"Rakyat Malaysia yang merokok secara konstruktifnya diketepikan dan didiskriminasikan daripada mengunjungi dan menikmati kemudahan di premis makan kerana ada larangan merokok.
"Larangan ini bertentangan peruntukan dan prinsip undang-undang dan salah prosedur kerana responden tidak pernah berjumpa perokok atau pihak berkepentingan bagi membincangkan penguatkuasaan larangan.
"Kerajaan juga tidak memperuntukkan kemudahan kawasan merokok yang terasing atau memberi peruntukan untuk pengusaha premis makan melaksanakan budi bicara masing-masing untuk mengadakan kawasan merokok asing," kata pemohon.
Sehubungan itu, kesemua pemohon memohon suatu perintah untuk membatalkan keputusan kementerian dan memohon perisytiharan bahawa keputusan peguatkuasaan itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Mereka juga memohon perintah larangan bagi menghalang responden sama ada melalui dirinya sendiri atau ejen atau wakil daripada menguatkuasakan larangan berkenaan.
Mereka turut mengemukakan afidavit sokongan bersama-sama dengan permohonan itu yang diikrarkan oleh Mohd Laisani yang juga Setiausaha PRO-TEM Pertahankan Hak Perokok (PHP).
Melalui afidavit sokongan itu, Mohd Laisani berkata, beliau membaca artikel pelbagai akhbar dan portal berita tempatan berhubung larangan dan arahan larangan merokok di semua premis makan, antaranya restoran bertutup, berhawa dingin atau restoran dan warung berkonsep terbuka.
Mohd Laisani berkata, terdapat juga laporan akhbar dan portal berita mengenai bantahan oleh persatuan pengusaha restoranyang menggesa kerajaan menarik balik arahan larangan berkenaan kerana dikhuatiri akan memberikan impak kepada perniagaan mereka.
Beliau berkata, laporan sebuah portal pula memetik Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata, tempoh enam bulan pertama larangan itu dikuatkuasakan bermula esok yang lebih ke arah memberi amaran dan pendidikan manakalapenguatkuasaan akan dilakukan berperingkat.
Katanya, menurut Boon Chye dalam artikel itu, jika perokok ingin merokok, mereka perlu melakukannya sekurang-kurangnya 3.05 meter dari premis makan dan restoran.
"Oleh yang demikian, saya berjumpa dengan peguam saya dan keputusan telah diambil untuk menubuhkan PHP sebagai satu persatuan yang mewakili perokok di seluruh Malaysia.
"Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga kepentingan dan hak sah dari segi undang-undang perokok di seluruh Malaysia," katanya.

December 31, 2018

“Sajat Ni Perempuan La, Bayar RM300 Juta Kalau Nak Tengok, Sekali Imbas Je Boleh,” Kata Bapa Sajat



Pendedahan nama sebenar usahawan kosmetik, Nur Sajat sewaktu dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.

Susulan itu, Sajat tampil memberi penjelasan kepada mStar Online untuk menafikan laporan media yang memetik namanya sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.

Tidak cukup dengan itu, personaliti itu pada Sabtu memuat naik satu video di laman Instagram yang menampilkan ibu bapanya bagi memberi penjelasan berhubung status jantinanya.

“Hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia, bukan wartawan, bukan orang luar.

“Mak yang melahirkan anaknya, mak saya tahu siapa saya, mak kata saya khunsa,” tulisnya menerusi kapsyen posting berkenaan.

Dalam video itu, ibunya yang berada di dapur sebelum Sajat muncul dan mengadu perihal cakap-cakap netizen mengenai status jantinanya.


“Mak yang lahirkan Ajat (Sajat) mak yang mengandungkan Ajat, apa nak pedulikan dorang.

“Banyak sangat cakap tengok cili ni, cili padi kampung kalau kena mulut orang mengata tu haa…,” kata wanita itu kepada Sajat sambil memotong cili.

Selepas itu muncul pula bapanya yang secara terbuka mengakui Sajat adalah perempuan.



“Sajat ni perempuan la, bayar RM300 juta kalau nak tengok, sekali imbas je boleh,” kata ayahnya.

Dalam pada itu, Sajat menutup ruangan komen di posting video berkenaan dan ia sehingga kini sudah menerima hampir 300,000 tontonan.

Pada Rabu, Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Dia bagaimanapun berang apabila namanya disebut sebagai Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dalam laporan media dan menafikan nama tersebut adalah nama asalnya.

“Bukan, tak betul. Nama saya bukan Muhammad Sajjad tapi nama penuh saya Sajat Kamaruzzaman.

“Nama dalam IC (kad pengenalan) hanya S… A… J… A… T… Kamaruzaman. Tak ada Muhammad pun,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada tengah hari Khamis.




saya memang rapat dengan keluarga!!! apa masalah sekali pun,saya tetap mengadu kat mak ayah saya..orang luar tak kan faham apa kita rasa..hanya mak ayah sahaja yang tahu siapa anak dia..bukan wartawan,bukan orang luar,ini mak saya,mak yg melahirkan anak nya..mak saya tahu saya siapa..mak saya kata saya khunsa..saya sedih orang dok hina hina saya..bukan saya nak jadi macam ini..siapa nak di lahirkan serba kekurangan 😢..alhamduillah keluarga saya dan adik beradik saya sentiasa bersama saya 👪👪👪👪👪bila berlaku mcm ini,keluarga tetap support saya..biar lah orang hina kita,keji kita,bercakap macam2 pasal kita..mereka kenal kita dia media sahaja,bukan dia tahu sajat siapa!! takpe sajat,mak ayah ada..orang nak kata apa,kata lah..yang penting mak ayah saya tahu saya siapa..sajat buat jer kerja sajat,jaga anak2,jaga perniagaan,jaga diri.,focus berniaga..kita susah pun orang mengata,kita senang pun orang mengata..asalkan sajat tak ada tipu duit orang..terima kasih mak ayah,time sajat down,keluarga tetap bersama kita...yang baik datang dari Allah,yang jahat datang dari kita..jangan sesekali kita menghina,klu sayang tegur dengan cara kasih sayang..morning semua..love you all..salam semangat dari saya..nursajat ❤️
Siaran dikongsi oleh اجرام جت (@ajramjat02) pada


Sajat Enggan Tunduk Kepada Kehendak Nitizen Yang Mahukan Bukti Nama Penuhnya
“Kenapa saya kena tunjuk kad pengenalan semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang makin ramai penipu, jadi saya perlu lebih berwaspada.

“Kad pengenalan adalah dokumen pengenalan peribadi, kenapa kena tunjuk kepada orang ramai? Jadi, hormatilah privasi saya,” katanya kepada portal tersebut.

Sajat pada Rabu didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada Ketua Pengarah Kastam Malaysia.

Dalam pertuduhan, nama Sajat ditulis sebagai Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, sekaligus menimbulkan perbalahan netizen. (Sumber Astro awani)

Thursday, December 27, 2018

December 27, 2018

Kucing Ini Tak Mengiau, Hanya Keluarkan Bunyi “Loliloliliiii”. Pelik Ke Seram?


Kucing yang diberi nama Chobimaru ni sangat unik disebabkan kelebihannya yang hanya mengeluarkan bunyi “Loliloliloiii “ tidak kira waktu bermanja, lapar, marah ataupun bermai











Pemilik Chobimaru, memuat naik video kucing itu di Twitter dan ia menjadi tular hingga dibanjiri dengan pelbagai komen.



Namun ada yang beranggapan bunyi yang dikeluarkan Chobimaru sangat menyeramkan dan seoalah-olah kedengaran seperti suara manusia yang bercakap.



Walaubagaimanapun, ramai pemilik kucing menyatakan bunyi yang ganjil itu perkara biasa dan tidak pelik. Terbaru, Chobimaru kini dah boleh mengiau sama seperti kucing-kucing yang lain.

Korang ada tak kucing yang pernah keluarkan bunyi yang pelik ? Cer kongsi sikit?

Kredit Twitter @llritotomohiro

Kredit Foto : Akiba Nation
December 27, 2018

Jgn bagi barang sekolah mewah pd anak. Ini masalah yg akan berlaku.



Musim persekolahan semakin dekat. Mak ayah pun dah mula beli persiapan persekolahan anak-anak. Dari baju, kasut sampailah beg sekolah. Mak ayah punya pilihan, sama ada mahu beli barang sekolah anak yang mahal atau sebaliknya.
Guru ini, Noraniza Abd Rahim berkongsi pandangan. Satu nasihat daripada seorang guru yang berdepan kemungkinan permasalahan yang berlaku jika anak-anak sekolah rendah bawah 12 tahun dibekalkan dengan peralatan sekolah dalam kategori mewah.
Trend Mak Ayah Belikan Benda Mewah Dekat Anak-anak
Trend org sekarang belikan benda mewah kepada anak-anak. Tak salah nak mewahkan anak jika kita mampu, tetapi fikir-fikirkanlah, keselamatan dan manfaat untuk anak kita.
Contoh kita bagi anak kita bawa bekas pensel smiggle yang mahal tu ke sekolah, dalam satu sekolah mungkin anak kita sorang je ada beg smiggle, bekas pensel smiggle.
Pastu anak kita pulak mesti la bagitau kat kawan-kawan dia, jenama smiggle tu tak jual kat kedai diy atau kedai eco rm2, hanya terdapat di KLCC dan beberapa kedai terpilih sahaja. Sedar tak kita dah mengundang rasa cemburu kawan-kawan kepada anak kita.
Mungkin kita boleh kata, “Aku mampu apa salahnya.”
Anak kita pun mungkin kata, “Mak abah aku mampu mewahkan aku apa salahnya.” Betul, memang tak salah.
Yang salahnya ialah bukan semua budak di bawah umur 12 tahun mampu hilangkan perasaan cemburu, keinginan memiliki dan faham akan erti tak mampu.
Dan lebih salah lagi bila budak-budak ini bertindak di luar batasan dengan menyorokkan, mencuri atau merosakkan.

Ini Yang Jadi Bila Hilang Di Sekolah..
Bila berlaku kes kehilangan, kecurian, sorok menyorok maka berlakulah adengan pemiliknya menangis- nangis minta cikgu siasat dan tangkap penjenayah tersebut.
Cikgu nak tak nak terpaksa jalankan siasatan, untuk kesan pelaku. Guru-guru yang tidak pernah mendapat latihan khusus dalam mengendalikan kes jenayah tiba-tiba dah seperti ketua polis negara.
Bayangkan semasa kes siasatan, banyak hati anak-anak akan terguris, banyak hati mak abah yang luka.
Anak aku baik, kenapa cikgu tuduh anak aku. Aku tak pernah ajar anak aku mencuri.”
Pasti kata-kata ini berlegar dari mulut ke mulut bila anak kita disyaki dan disoal siasat.

Rakan-rakan Pembaca..

Saya tulis ni sekadar nak bagi tahu kepada semua.. mungkin perkara tersebut kecil sahaja, tetapi ianya boleh mengundang perkara-perkara yang lebih besar.
Sayangi anak kita, jangan biarkan keselamatan dan emosinya tercalar. Belajar hidup susah dan sederhana tu bukan pembelajaran yang salah. Bahkan ramai orang-orang yang berjaya terdiri daripada mereka yang asalnya susah.

“Babah, kawan-kawan cakap saya orang miskin”. Hanya kerana tiada barang jenama Smiggle, anak kecil ini diperlekehkan



Beberapa hari lalu, seorang netizen telah kongsikan mengenai satu kisah yang sedih melibatkan anaknya. Menurut lelaki ini yang dikenali sebagai Hazrezal Ahmad, anak perempuannya telah diejek oleh rakan sebaya yang mengatakan dia seorang miskin kerana tidak memiliki alat tulis dari jenama terkenal Australia, Smiggle.

Dalam perkongsian di Facebook pada 10 Januari lalu, Hazrezal menceritakan bagaimana anaknya pulang dari sekolah dengan wajah yang sedih dan mengadu, “Babah, kawan-kawan saya cakap saya orang miskin”.
Apabila ditanya secara lanjut tentang mengapa rakan-rakan di sekolah menggelar sebegitu, anaknya menjawab:
“Kawan-kawan dalam kelas ramai yang ada barang Smiggle. Apabila mereka lihat saya tiada barang Smiggle, mereka kata saya orang miskin”.
Smiggle merupakan satu jenama yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 di Melbourne dan mula meraih populariti beberapa tahun kebelakangan. Malah, Smiggle juga mempunyai lebih daripada 320 premis di beberapa negara termasuk Malaysia.
Jenama terkenal ini turut dijadikan sebagai barangan kegemaran khususnya bagi kanak-kanak perempuan kerana ia menampilkan produk dengan warna yang ceria. Antara produk keluaran Smiggle adalah alat tulis dan juga beg sekolah.
Namun, Smiggle bukanlah satu jenama barangan yang murah.
Selepas mendengar luahan hati anaknya itu, Hazrezal ternyata sedih dengan perlakuan dan mentaliti kanak-kanak sebaya anaknya.
“Saya bukan sedih kerana dihina miskin, tetapi sedih apabila kanak-kanak sekolah pun mempunyai sikap menilai kawan-kawan hanya dengan melihat barang apa yang kawannya miliki”.
Tambah Hazrezal lagi. ibu bapa mempunyai hak untuk membelikan apa jua barangan yang dimahukan oleh anak-anak namun mereka harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak supaya tidak mempunyai pemikiran yang tidak betul.
“Anak-anak yang mengata kawan mereka miskin kerana tiada Smiggle, sebenarnya ibu bapa merekalah yang miskin. Mereka ini jenis miskin minda,” tambah Hazrezal lagi.
Baginya, punca kepada kelakuan anak-anak seperti ini adalah disebabkan oleh sikap ibu bapa itu sendiri.
“Apabila masuk ke kedai, terkejut tengok harga mahal. Selepas itu beritahu anak tak perlu beli kerana mahal, orang kaya sahaja yang boleh beli barang macam ini. Selepas beberapa waktu, ibu bapa tetap membelikan. Anak yang melalui proses tadi secara tidak langsung akan faham bahawa hanya orang kaya sahaja boleh beli. Jadi, apabila mereka melihat kawan tiada Smiggle, mereka sangka kawan mereka miskin”.
Jelasnya, perkara ini adalah salah kerana ia boleh mempengaruhi anak-anak dalam membuat keputusan dan penilaian yang salah apabila dewasa kelak.
Perkongsian tersebut mendapat lebih daripada 7,400 ‘like’ dengan 3,229 kali perkongsian. Malah, netizen turut berkongsi pandangan mereka terhadap perkongsian Hazrezal menerusi komen-komen yang positif dan juga negatif.
“Jangan ajar anak kita untuk menghakimi orang lain, ajar mereka bagaimana untuk lebih menghargai dan menyayangi orang lain. Saya tidak pernah mendengar Smiggle. Saya hanya tahu SuperSave dan DIY”.
Terdapat juga segelintir pengguna Facebook yang mengkritik tindakan Hazrezal yang meletakkan ‘kesalahan’ pada ibu bapa lain. Sebaliknya, Hazrezal patut menggunakan situasi berkenaan sebagai peluang untuk mendidik anaknya sendiri tentang kebenaran dan bagaimana untuk menghadapi realiti kehidupan.
“Awak sebagai bapa patut didik anak awak dan beritahu bahawa kawan-kawannya tidak berniat untuk melukakan hatinya. Jadilah orang dewasa yang bertanggungjawab. Bukan kutuk balik ibu bapa yang belikan Smiggle sebagai mereka yang berfikiran cetek. Anda sama sahaja seperti mereka”.
Sumber: SAYS via erabaru
December 27, 2018

Kerajaan tanggung hampir RM1 bilion jika beku kenaikan tol

Kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara dibekukan mulai Jan 2019.

PETALING JAYA: Kerajaan membelanjakan sebanyak RM994.43 juta bagi membekukan semua kenaikan kadar tol di lebuh raya dalam bandar bermula 1 Januari 2019, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah jemaah menteri pada 12 Disember lalu bersetuju untuk membekukan kenaikan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya di seluruh negara walaupun semua tol terbabit layak dinaikkan pada 2019.
“Ini adalah satu penambahbaikan ketara kepada pengumuman Belanjawan 2019. Pembekuan kenaikan kadar tol di 21 lebuh raya secara komprehensif di seluruh negara bagi 2019.
“Pembekuan kadar tol bagi bas di 8 lebuh raya berasingan pada tahun yang sama serta pemansuhan tol motosikal di Jambatan Pulau Pinang (Jambatan Pertama Pulau Pinang) dan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Jambatan Kedua Pulau Pinang) serta di Lebuhraya Laluan Kedua di Johor bermula 1 Januari 2019, akan melibatkan kos kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM994.43 juta bagi tahun hadapan.
“Langkah pemansuhan ini dianggarkan memerlukan peruntukan RM20 juta setahun daripada kerajaan untuk bayaran pampasan mulai 1 Januari 2019,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah kerajaan menganggarkan pembekuan kadar tol bagi semua kelas kenderaan di 21 lebuh raya akan melibatkan kos bayaran pampasan yang dianggarkan berjumlah RM972.75 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya berkenaan untuk 2019.
Katanya, jemaah menteri bersetuju membekukan kenaikan kadar tol untuk kenderaan Kelas 5 (bas) dengan anggaran kos RM1.68 Juta di 8 lebuh raya berasingan.
“Kerajaan sedang mengkaji kaedah terbaik untuk memenuhi janji manifesto yang terkandung dalam Buku Harapan. Pembekuan ini adalah sebahagian daripada usaha tersebut,” katanya.
December 27, 2018

“Gurau dengan perempuan. Korang kata p*ssy hunter” – PU Rahmat Sound ‘Setepek’ Orang Yang Suka ‘Condemn’ Ustaz


Susulan dengan isu kecaman terhadap Ustaz Ad Dien yang tweet pasal games dan muzik, dia telah memadam akaun Twitternya.

Disebabkan itu, PU Rahmat terpanggil untuk emnzahirkan pendapatnya tentang isu ini. Biarpun tidak mengenalinya, dia tampil membela Ustaz Ad Dien, meluahkan dengan cara memberikan kata-kata yang ‘makan dalam’ kepada netizen yang mudah jatuh hukum.

Kau tahu kenapa ada ustaz yang fed up jadi ustaz? Sebab…


Sumber : Twitter

“Aku tak kenal sgt ust Ad din (betul ka ejaan) yang kalian minta dia on balik Twitter. Kau tahu kenapa ada ustaz yang fed up jadi ustaz ? Sebab kalian nakkan ustaz yang malaikat dan hilang nilai manusia. Apabila ust ad din tu main Dota korang kecam sbb dia tak pegang kitab.”

Tambahnya lagi, dia menyifatkan bahawa ustaz ini seringkali menjadi perhatian netizen. Memang betul apa yang dikatakan, pantang nampak ada yang tak kena, mesti nak condemn disebabkan dia bergelar “ustaz”

Bila gurau dengan kawan perempuan..Korang kata ustaz….

“Bila kami buat lawak di Socmed , kalian kata kami Hilang thiqah . Ustaz kena warak . Bila aku tanya warak tu apa ? Tak jawap pulak . Bila ustaz pakai Gucci kalian kata ustaz tak pikir Gaza dan jual agama sebab tu kaya . Dannn bila ust gurau dgn kawan perempuan. Korang kata”

“Ustaz pussy hunter . Macam aku ni tak pa la . Jenis hati sado . Kesian ustaz2 baru nak up . Kena kecam dan sampai depresi . Jangan bunuh diri dah la ustaz2 oiii . Kang netizen bukan simpati bahkan kecam . Ada agama pun bunuh diri.”


“Persetankan mereka…” – Ustaz Padam Akaun Twitter Sebab Ramai ‘Malaun’ Tuduh Tak Layak Cakap Soal Agama


Bagi korang yang dah biasa dekat Twitter, for sure korang kenal dengan individu bernama Ad Dien. Ramai yang menggelar dia ustaz dek kerana dakwah yang sering dia sampaikan selain rajin jawab soalan netizen yang keliru dengan hal berkaitan hukum.
Tapi, katanya Ad Dien dah deactivate akaun Twitter dia sebab kena cyberbully dengan netizen. Dah kenapa pula ni? Seorang tweetfamous baru-baru ni ada dedahkan yang Ad Dien kena hentam dengan ramai netizen sebab dia ada tweet tentang games dan muzik.
Bahkan bila ustaz hadapi kemurungan, bermacam-macam tohmahan dilempar demi nak memperlekehkan kredibilitinya sebagai seorang ustaz.
“Lupa pula. Bila ustaz meluah di socmed kata ustaz Meroyan dannnnnnn Ustaz ni tak sabar la . Nabi di uji lebih teruk”
Haihh, macam lah yang condemn tu sempurna sangat. Ustaz pun manusia biasa juga. Tak gitu?

Kata netizen disebabkan tweet macam tu, diatak layak berbicara soal agama langsung!Tweetfamous tu juga ada tunjukkan screenshotantara kata-kata dari netizen terhadap Ad Dien sebelum dia buat keputusan untuk deactivate account.

Sumber: Twitter

Bukan main netizen dengan Ad Dien. Tapi sebenarnya ada yang cakap that Ad Dien tak pernah pun claim yang diri dia tu ustaz. Cuma memang followers selesa panggil dia dengan gelaran ‘ustaz’ sebab usaha dia untuk jawab persoalan tentang agama melalui pendekatan media sosial.

Sumber: Twitter


Walaupun ramai yang hentam Ad Dien sebab isu tu, ada juga yang tetap sokong dan menyebelahi dia. Menurut dorang, Ad Dien bukan bercakap atau menjawab soalan mengikut pengetahuan dia semata-mata, tapi dia juga akan ambil masa untuk buat researchsebelum jawab semua persoalan.

Sumber: Twitter
Ada juga yang berpendapat mungkin Ad Dien dalam depression dan ambil langkah undur diri dari media sosial untuk tenangkan diri dia. Elok juga tu, kadang-kadang media sosial ni toxic sangat…

Sumber: Twitter
Adik kepada Ad Dien ada tweet memberitahu keadaan terkini dan mengesahkan yang dia ada bersama keluarga di kampung. Paling penting, keluarga minta dia diberi ruang untuk berehat.

Sumber: Twitter
Sumber – lobakmerah