Siapa je yang tak kenal Tun Dr Mahathir? Beliau merupakan salah seorang perdana menteri dekat negara kita yang banyak buat perubahan daripada segala sudut. Banyak nama-nama besar yang beliau sendiri majukan, seperti KLCC, Putrajaya dan Petronas. Beliau jugak merupakan pemimpin bagi parti Pakatan Harapan.
Kalau dulu nama beliau selalu diagung-agungkan, namun kini ramai yang mengkritik tindakan beliau. Pun begitu, Tun Mahathir langsung tak hiraukan kata-kata negatif yang diterima dan terus berusaha pikat hati rakyat untuk jadi pemimpin negara kita buat kali yang kedua.
Sumber: WOB |
Baru-baru ini beliau ada kongsikan video berdurasi 10 minit di Facebook milik beliau. Dalam video itu, tampil dua orang budak berusia 7 dan 11 tahun. Kehidupan dorang berdua memang berbeza, di mana Aisyah duduk di kampung dan bebannya tak seberat Adam yang tinggal di bandar. Cerita pendek dalam video itu sebenarnya nak bagitahu betapa Tun Mahathir nak memimpin semula negara kita ini sebab tak sanggup tengok rakyat yang makin terbeban.
“Tok akan sedaya upaya, bekerjasama dengan kawan-kawan untuk pulihkan negara kita, Malaysia” Ahhhhh sedihnya….
Sumber: WOB |
Budak perempuan dalam video itu jugak ada mempersoalkan Tun Mahathir kenapa beliau masih bekerja walaupun kini sudah berusia 93 tahun, dan ini jawapan Tun,
“Disebabkan tak perlu buat pemulihan pada negara kita, disebabkan oleh mungkin kesalahan tok dulu dan keadaan yang ada sekarang ini”
Korang nak tahu ending kisah pendek ini? Haa admin sediakan video tu dekat bawah ini. Selamat menonton! Siapa yang hati tisu tu sila sediakan tisu banyak-banyak eh!
No comments:
Post a Comment