Menggunakan telefon bimbit sebelum tidur pada waktu gelap sudah menjadi kebiasaan ramai, tidak kira usia. Pada peringkat awal, mungkin tiada kesan pada mata, tetapi jika kerap berbuat sedemikian pastinya akan ada kesan buruk.
Seorang lelaki berusia 26 tahun dari Wuhan, China baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya kerana kerap menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap. Menurut World of Buzz, boleh dikatakan dia seolah-olah ‘ketagih’ untuk bermain permainan melalui telefon bimbit.
Sehinggalah pada suatu hari, dia sedar bahawa matanya semakin kabur dan tidak jelas. Apabila dia memandu pada waktu malam, dia mula tidak dapat melihat dengan begitu jelas.
Menurutnya lagi, suatu hari apabila dia bangun dari tidur, matanya tidak boleh dibuka seperti kebiasaannya. Panik dengan keadaan itu, dia bergegas ke hospital untuk membuat rawatan di mana doktor mendapati atas kelopak matanya diselaputi dengan cecair pekat berwarna putih kekuningan. Lebih menakutkan lagi, cecair itu sangat padat dan keras!
Selepas pemeriksaan, doktor membuang cecair keras itu daripada kelopak matanya danan proses itu mengambil masa selama 40 minit kerana ianya terlalu keras! Menurut doktor, jangkitan itu lebih mudah terkena pada orang yang mempunyai mata kering dan turut mengingatkan supaya melatih diri menjaga mata dengan baik.
Antara cara yang disarankannya untuk menjaga mata adalah dengan tidak menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap, perlu sentiasa menjarakkan mata kita dengan skrin telefon bimbit dan tidak menggosok mata dengan terlalu kerap.
Jangan ambil ringan dengan kes sebegini, mungkin belum terjadi pada anda tetapi tidak salah untuk ambil pengajaran dan berhati-hati kan?
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment