Peribahasa
melayu ada mengatakan, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama. Peribahasa ini bermaksud, setiap kebaikan yang dilakukan
oleh seseorang manusia pasti akan diingati dan dikenang oleh orang lain
walaupun dia telah meninggal dunia. Peribahasa ini disesuai dikatakan pada
arwah Zulfarhan, mangsa buli dan bunuh kerana kebaikannya sehingga kini
disebut-sebut dalam kalangan sahabat dan pensyarahnya. Dan perginya arwah
Zulfarhan, arwah masih meninggalkan memori yang tetap dikenang oleh sahabat dan
pensyarahnya.
Salah seorang pensyarah di tempat arwah belajar, Dr. Mohd Ariff yang turut terkesan dengan kejadian yang menimpa arwah ada memuatnaik status di facebooknya dan menceritakan bahawa arwah Zulfarhan adalah pelajar yang tekun dan juga mempunyai semangat setiakawan yang tinggi.
“Mana nak cari student yang gigih macam ni kan? Orang balik kampung spend masa dengan family..tapi dia bawak kawan belajar mana yang kurang mahir..orang keliling pandang je..”
“Kerana dia insan unik, maka pinjamannya di dunia hanya seketika”
Melalui laman instagramnya, arwah dilihat seorang yang menghormati gurunya. Hal ini kerana, adakala post di instagramnya, arwah sering menyelitkan kata kata motivasi yang pernah dikongsikan oleh Dr. Mohd Ariff padanya.
“IG nya bakal di deactivate..sebelum hilang dari simpanan..baik titipkan sebagai kenangan..tiada sudah whatsapp yang bertanyakan soalan calculus, fizik, kimia, algebra, dan kejuruteraan..yang tinggal cuma bluetick tanda penutup..raya tahun ini kita tidak bersua..”
Dibawah ini dapat dilihat setiap gambar yang dimuatnaik arwah, pasti akan diselitkan kata kata motivasi daripada Dr.Mohd Ariff. Keakraban mereka juga dapat dilihat apabila gambar mereka berdua sering dimuatnaik arwah.
Bagi sahabat-sahabat arwah pula, mereka menyatakan bahawa arwah adalah seorang sahabat yang baik. Salah seorang sahabat mangsa bernama Jawafazz mengimbau kembali dan berkongsi kenangan dia bersama arwah. Di saat dia berada dalam kesusahan, arwah lah yang telah tampil dan membantunya dari segi kewangan.
“Hang banyak tolong aku seman. Dulu masa aku takda duit sesak, 1k hang bagi pinjam”
“Depa jahat doh man. Rehat lah bro. Moga tenang kat sana”
Sahabat arwah yang lain pula, Ihsan Sidqi mengakui perwatakan arwah seorang sahabat yang suka menggembirakan orang lain dan jelas beliau sedih dengan kehilangan sahabatnya itu.
“Ko banyak buat aku gelak sepanjang ko bersama aku buddy. Ko banyak buat aku gembira dengan cara ko buddy. Tapi hari ini hari Jumaat dan pada bulan Ramadhan adalah hari dan bulan yang mulia. Hanya insan terpilih oleh Allah SWT sahaja yang mampu memilikinya”
Walaupun mengenali arwah dalam waktu yang singkat, Faiz Rahim pula mengatakan arwah adalah seorang yang tidak pernah berputus asa dan dalam perkenalan yang singkat itu, arwah telah banyak mengajarnya.
“Perkenalan kita yang singkat mengajar aku banyak benda apa itu sahabat”
Sebak pun ada bila baca memori memori yang dikongsi sahabat bersama dengan arwah. Sememangnya orang yang baik baik Allah akan ambil dulu. Allah nak jaga. Semoga kebaikan yang dilakukan arwah menjadi saham di akhirat sana dan juga menjadi pengajaran buat anak anak muda di luar sana. Al-fatihah.
No comments:
Post a Comment