Monday, June 5, 2017

Kucing Bernama Kiky Kini Sudah Jadi Selebriti Internet, Terima Kasih Kepada PM


Setiap kali Perdana Menteri, Najib Razak memuat satu-satu status ke laman sosialnya, pasti pelbagai respon diterima, tidak kira positif atau negatif.

Namun sejak beberapa hari lalu, Twitter Najib mula dipenuhi dengan komen mencuit hati apabila beliau memuat naik gambar seekor kucing bernama Kiky.

Jika anda terlepas, dibawah ini gambarnya. Kucing itu mula mencuri perhatian kerana kelihatan seolah-olah tidak selesa dipegang sedemikian oleh Perdana Menteri. Berdasarkan gambar terbabit, pelbagai gambar edit dan lawak terhasil.



Hari ini pula, Najib memuat naik gambar Kiky sedang termenung di atas lantai.



Dalam masa tak sampai sejam, gambar kucing itu sudah mencapai lebih seribu retweet. Sesuatu yang sukar dicapai untuk kucing baru dalam arena selebriti ni.

Di bahagian komen, netizen memenuhi lawak-lawak bersahaja mengenai Kiky.

Gambar sebenar... pic.twitter.com/pWw8sKjHAG
— syazwan (@syazwnr) June 4, 2017

Haritu DS cekik dia, marah lgi la tu kot
— FarisKhairol (@FarisKhairol) June 4, 2017

DS mesti amik gambar meniarap kan? Hehe
— 08 (@ShaiJaafar) June 4, 2017

Klu kacau dato sri, dato sri balas balik dgn curi whiskas dia blik
— Yazawa Nico (@amirahsiti735) June 4, 2017

tak la. bila dia nampak DS dia terus teringat malam yg DS cekik dia semata2 nak amik gambar je 🙄
— Tia Sophian (@okitstia) June 4, 2017

dato suruh kiky puasa jugak ke?muka mcm lapar je haha 😂
— Mechanic (@jazrulhafez) June 4, 2017

Kini, tak salah jika dikatakan Kiky antara kucing yang popular di Malaysia setaraf dengan Bujibu. Tahniah kepada Kiky kerana berjaya menonjol!

No comments:

Post a Comment