Andaian bahawa ransangan seks berlebihan pada wanita adalah disebabkan tidak berkhitan adalah tidak memiliki alasan kukuh, jelas Jawatan kuasa Fatwa Negeri Perlis.
Kenyataan jawatankuasa berkenaan yang dimuatnaik ke laman Facebook Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, telah bersidang untuk kali ke 29 pada 18 dan 19 April 2017 lalu telah mengeluarkan satu kenyataan tentang hukum khitan anak perempuan.
Menurut kenyataan itu, hukum khitan bagi wanita adalah berbeza mengikut keadaan alat sulit seseorang wanita itu kerana ia adalah berdasarkan keadaan setiap wanita setelah ditentukan oleh pakar.
"Jika seseorang wanita mendapati dirinya perlu melakukan khitan dan dipersetujui oleh pakar, maka ianya adalah makrumah (penghormatan) seperti dalam hadis Ummu 'Atiyyah yang dinilai oleh sebahagian ulama."
"Sekiranya didapati tiada keperluan melakukan khitan, maka khitan tidak perlu dilakukan untuk dirinya," jelas pihak Fatwa Perlis.
Menurut mereka lagi, khitan bayi perempuan yang dilakukan oleh masyarakat ini tanpa merujuk keperluannya kepada pakar merupakan amalan yang tidak mempunyai apa-apa dalil syarak.
"Perbuatan ini mungkin mendedahkan bayi kepada kemudaratan jika dilakukan secara salah,'' tegas mereka.
No comments:
Post a Comment