Thursday, June 15, 2017

'Terima Kasih Untuk Ramadan' - Penduduk Tempatan Puji Masyarakat Muslim Susulan Insiden Apartmen 27 Tingkat Terbakar



Penduduk di apartment setinggi 27 tingkat di barat London yang terbakar baru-baru ini memuji tindakan masyarakat Muslim kerana bertindak mengejutkan mereka penduduk di bangunan itu ketika kebakaran itu berlaku di awal pagi.

Menerusi satu video temubual, Huffington Post berjaya merakamkan bagaimana penduduk di apartmen berkenaan berterima kasih kepada masyarakat muslim disana.

"Terima kasih untuk Ramadan. Terima kasih untuk Ramadan." kata seorang penduduk kepada seorang wanita Muslim di sana.

Difahamkan penduduk disana berterima kasih kepada masyarakat Muslim kerana mengejutkan mereka memandangkan kejadian berlaku pada waktu Subuh ketika orang Islam bangun untuk bersahur dan solat Subuh.

Seorang wanita lagi berkata kanak-kanak muslim berlari-lari mengetuk pintu rumah jiran bagi mengejutkan orang ramai supaya menyelamatkan diri.

"Mereka berlari-lari dalam bangunan itu. Jika tidak kerana kanak-kanak muslim ini membantu kami, datang dari masjid, lagi ramai yang akan mati." kata wanita terbabit

Dalam masa yang sama, wanita berkenaan juga menempelak media yang tidak mengetengahkan kebaikan Muslim di dalam kejadian itu.


'Young Muslim boys were banging on our doors to wake everyone up.'
- Locals praise Muslim community following #GrenfellTower #GrenfellFire pic.twitter.com/YfGZURtPWU
— Sayda Zainab (@Saydazainab143) June 15, 2017

No comments:

Post a Comment