Thursday, June 15, 2017

"Tersenyum Si Adik Melihat Abangnya Datang Membawa Juadah Berbuka," Gambar Kanak-Kanak Pelarian Syria Ini Buat Netizen Sebak


Seperti kita ketahui negara saudara kita Syria kini berdepan dengan perang saudara yang amat teruk di mana memaksa jutaan rakyatnya menjadi pelarian meninggalkan negara berkenaan.

Bagi pelarian, melarikan diri adalah perkara terbaik kerana bimbang akan menjadi mangsa keganasan peperangan yang sudah pun mengorbankan ratusan ribu orang.

Dikongsikan oleh sukarelawan Malaysia Muhammad bin Jantan, kisah mereka ke negara berkenaan membantu pelarian Syria dengan memberikan bantuan makanan, ternyata melihat riak wajah mereka, hati ini terasa sayu.

Berapa lamakah mereka tidak menjamah makanan sedap atau bersih? jom kita baca.



Semalam Allah pertemukan saya dengan dua beradik ini, melihat sendiri wajah seorang abang membawa juadah berbuka puasa yang kami sediakan kepada adik dia telah memberi satu kesan pada diri saya.

Saya lihat, si adik menanti abang dia datang dengan wajah yang penuh dengan harapan.
Lalu si abang datang membawa makanan, saat itu jugalah terus berubah wajah si adik menjadi sangat gembira.

Barangkali si adik telah lama tidak merasa makanan seperti ini. Itu yang terukir senyuman diwajah seorang gadis kecil yang kini menjadi pelarian, mungkin juga telah kehilangan kedua-dua orang tuanya.







Melihat apa yang dilakukan oleh dua beradik ini, jelas telah memberi maksud erti syukur pada diri mereka.

Tingkah laku adik beradik ni secara tak langsung telah buat saya rasa "Ya Allah, kami di Malaysia sampai tahap membazir Ya Allah"

Maafkan kami adik.

Kami di Malaysia telah selesa sehingga tidak memikirkan kamu yang sedang lapar.

Muhammad bin Jantan

Anak Muda Yang Terkesan Melihat Anak-Anak Pelarian

No comments:

Post a Comment