Monday, June 19, 2017

【Video】Tips berguna! Langkah-langkah yang boleh anda lakukan jika anda tercekik


Kejadian tercekik boleh sahaja berlaku kepada sesiapa pun tanpa diduga sama ada ketika makan atau mungkin ketika minum.

Saluran udara akan diblok sehingga menyebabkan seseorang mengalami kesukaran untuk bernafas. Biasanya tercekik hanya boleh membuatkan batuk, tetapi bagi kes yang serius ianya boleh menyebabkan kematian.

Oleh kerana itu, adalah lebih baik jika kita tahu untuk menangani masalah tersebut jika berlaku.

Apa yang perlu lakukan jika anda tercekik pada ketika tiada sesiapa pun di rumah? Tiada siapa yang boleh anda harapkan untuk menyelamatkan anda jika benar anda tercekik. Jangan risau, anda sebenarnya boleh menyelamatkan diri sendiri. Bagaimana?

Ahli bomba dan paramedik, Jeff Rehman ada solusinya yang pernah diajar oleh seorang jurulatih tinju. Sebenarnya, jurulatih tersebut mengajarnya teknik yang dikenali sebagai rutin latihan ab-strengthening.


Tidak lama selepas itu, Jeff sedar bahawa langkah itu mempunyai kesan sampingan – pengusiran besar udara. Jadi dia menggabungkan pengetahuan perubatan yang dimiliki serta pengetahuannya dalam tinju untuk muncul dengan cara pertolongan cemas yang boleh diaplikasikan jika tercekik.


Walaupun teknik ini tidak sesuai untuk wanita hamil atau untuk individu lain yang tidak mampu untuk berlutut di atas lantai, ini akan menjadi satu kaedah yang baik bagi sesiapa sahaja yang tercekik semasa mereka berada di rumah.



Tonton video di bawah untuk melihat sendiri bagaimana kaedah ini dilakukan. Siapa tahu anda perlukannya suatu hari nanti?

No comments:

Post a Comment