Thursday, June 15, 2017

Islamophobia: 'Chill Bro, Kami Tak Salahkan Orang Muslim' - Jelas Mat Salleh Kepada Pemandu Grab Ini


Islamophobia - satu perkataan yang menghantui terutamanya masyarakat Islam di seluruh dunia kerana takut agama Islam disalah anggap oleh mereka yang bukan Islam.

Sejak berita-berita keganasan yang melanda dunia umumnya sejak akhir-akhir ini, perkataan Islamophobia sebanyak banyak digunakan. Tidak pasti sama ada perkataan itu digunakan sebagai satu propaganda atau hanya sekadar hendak mensensasi atau melabelkan bagi memudahkan penceritaan media barat.

Namun, apa yang pasti, perkataan itu mempunyai impak yang agak mendalam ke atas masyarakat Islam di barat khususnya - sekurang-kurangnya pada pandangan kita.

Namun, perkara sebaliknya pula terjadi kepada seorang pemandu Grab yang membawa dua orang pelancong dari London yang bercuti di Malaysia baru-baru.

Menurut Aizuddin Rosli, semuanya bermula apabila mereka berbual mengenai tragedi Manchester yang berlaku ketika konsert Ariana Grande.

Berdasarkan pada perbualan mereka, mat salleh terbabit berkata majoriti dari mereka faham bahawa keganasan itu tidak menggambarkan agama Islam dan faham akan situasi sebenar.

Ikuti kisah yang diceritakan oleh Aizuddin yang dikongsikan di laman Facebook Siakap Keli itu.

Islamophobia, Manchester Tragedy, Grabcar dan aku!


Dapat penumpang, pasangan pelancong dari London nak ke lapangan terbang Kota Bharu. Dalam excited mereka cerita gembiranya mereka mleancong di Perhentian Island dan Malaysia, seraya aku terkeluar soalan:

Aku : Bro, awak tahu pasal apa yang berlaku di Manchester? Tragedi pengeboman di konsert Ariana Grande?

Mathew: Ya, ya.. Tragedi sedih yang melibatkan banyak nyawa yang tak bersalah...

Awek Mathew : Saya dapat info dari rakan di Manchester bahawa insiden tu turut mengorbankan dua nyawa kanak-kanak. Sangat teruk!

Jelas mereka dalam loghat British mereka yangg pekat..Atmosfera yang tadi penuh ceria dah berubah jadi suram.

Aku : Sebagai seorang muslim, menjadi tanggungjawab saya untuk mengucapkan takziah dan maaf atas apa yang terjadi.. Dan saya harap penduduk Britain tak tersalah tafsir bahawa perlakuan (pengeboman) itu sebagai salah satu ajaran Islam.. Islam sebenar tidak ajar tentang keganasan lebih-lebih lagi bila melibatkan nyawa yang tidak persalah.. Apa yang mereka buat, tidak menggambarkan orang Islam.. Agama Islam sangat harmoni dan aman.

Panjang dan semangat aku terangkan mengharapkan mereka faham. tapi rupanya..

Mathew : Hey boss!,(wah mat saleh ni baru g ganu seminggu dah pndai guna word boss).. Sebenarnya majoriti orang kami faham situasi sebenar dan tidak menyalahkan orang Muslim.. Jangan risau.. Chil bro!!

Aku : Haha terima kasih kerana faham apa yang kami lalui sekarang. Apapun, awak sangat beruntung kerana awek awak sangat cantik!

Mathew:😽😽senyum bangga..

Lega dan tak sangka aku sebenarnya ramai jer org barat yang faham dengan situasi sebenar bahawa orang islam sendri membenci keganasan yang dilakukan!

Semoga ISLAMOPHOBIA ini smakin pudar di jiwa masyarakat dunia...

No comments:

Post a Comment