Video seorang wanita yang menunjukkan isyarat lucah kerana tidak berpuas hati berebutkan tempat parking viral malah mendapat perhatian netizen. Menurut perakam video terbabit, dirinya sudah menunggu lama untuk meletakkan kenderaan di satu kotak parking namun telah diambil oleh wanita yang menunjukkan isyarat tersebut.
Menurut laporan Harian Metro, Muhammad Jefry suami kepada wanita tersebut tampil menjelaskan perkara sebenar sambil memohon maaf apa yang berlaku.
Mohon maaf bagi pihak isteri
Sebelum kejadian itu, saya sedang memandu kereta, manakala di hadapan saya ada sebuah kereta dinaiki tiga wanita dan kami sama-sama sedang mencari ruang untuk meletak kenderaan.
Ada satu ruang kosong, ketika itu kereta di hadapan saya sudah terlajak, jadi saya yang sempat masuk ke ruang kosong itu untuk meletak kenderaan.
Dari segi itu (perbuatan menunjukkan isyarat lucah dan membaling kasut) saya bagi pihak isteri mohon maaf dan saya pun tidak menjangkakan dia bertindak sampai begitu.
Saya menganggap kejadian itu kecil saja dan ia menjadi tular apabila wanita yang dipercayai perakam kejadian itu memuat naik ke media sosial, sekali gus mendapat pelbagai komen orang ramai.
Muhammad Jefry meminta orang ramai yang menonton video itu di laman sosial tidak membuat komen melulu dan menyalahkan isterinya 100 peratus tanpa mengetahui punca sebenar kejadian itu.
No comments:
Post a Comment