Monday, July 31, 2017

July 31, 2017

Inilah Rupa Sebenar Lelaki Yang Menjadi Rebutan Remaja Perempuan Dalam Video Buli 10 Jahanam!!




Viral di media sosial video seorang remaja perempuan dipukul beramai-ramai oleh sepuluh yang lain

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di Kunak, Sabah. Kesemua mereka termasuk mangsa dilaporkan masih bersekolah.

Menerusi video yang tersebar, kemungkinan bukan semua yang terlibat dalam memukul remaja malang itu kerana ada juga yang dilihat hanya ‘bersubahat’ menjadi batu api dengan merakam video pergaduhan yang menimbulkan kemarahan netizen.






Tindakan pantas pihak berkuasa berjaya memberkas kesemua suspek dan kini kesemua suspek dalam proses soal siasat.



Pasti anda tertanya-tanya, bagaimana agaknya wajah lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis comel ini kan. Mesti kacak gila sebab mampu membuat ramai gadis bergaduh untuk mendapatkannya.

Terbaharu, tersebar pula gambar lelaki yang menjadi rebutan gadis-gadis remaja terbabit. Inilah rupa lelaki yang menjadi rebutan mereka.



Sumber :- Buletinmedia


July 31, 2017

‘Tak Sangka Ibu Sendiri Nak TRY Suami Saya’ – Anak Bongkar Sikap Ibunya



Sebelum itu mohon admin hide nama saya yaa…Kisah yang saya nak ceritakan untuk kalini mungkin ramai yang hadapi tapi mungkin agak berbeza..

Saya telah berkahwin dengan suami hampir 6 tahun dan mempunyai 2 orang cahaya mata…Saya menunggu hari untuk melahirkan cahaya mata yang ketiga…Kisah saya mungkin akan menarik banyak pembaca di sini kerana berkenaan dengan Ibu Kandungsaya juga…

Selepas saya berkahwin, saya masih duduk berdekatan dengan ibu saya kerana suami saya bertugas di negeri yang sama. Ibu dan ayah saya telah lama berpisah hampir 17 tahun dan kini ibu saya seorang ibu tunggal. Oleh kerana saya tidak mahu ibu saya kesunyian.

Saya dan suami tanpa ada apa2 rasa musykil membenarkan ibu saya menetap dan tinggal bersama di rumah kami…2012, saya masih tidak mempunyai zuriat maka saya menyatakan hasrat saya pd suami untuk bekerja dan suami izinkan…

Sepanjang saya bekerja, ibu saya sudah mula menunjukkan perangai dan tidak baik seperti mengapikan suami saya agar berhati hati khuatir saya bukan bekerja tapi bergatal dengan lelaki lain. Demi Nama Allah saya ikhlas bekerja dan mencari duit…Itu baru permulaan perangai ibu, lama kelamaan ibu cuba sibuk dalam urusan hal rumah tangga kami dan kadang2 api2kan saya kadang2 api2kan suami.




Suami saya juga seorang anggota polis, waktu kerja tak perlu sayang terangkan. Sememangnya tidak menentu…Ibu pernah api2kan saya kerana suami saya balik lewat dan banyak lagi tapi tak pernah saya hiraukan kerana saya kenal suami saya…Selepas waktu kerja suami terus balik kerumah tanpa kemana2…Sejujurnya suami seorang yang jujur dan baik.

Masa terus berlalu dan kami terus sabar hadapi perangai ibu, waktu kami baru berkahwin rumah kami masih lagi serba kekurangan. Saya dan suami utamakan ibu tidur di kamar kami yang lengkap dan ada katil sementara saya dan suami hanya tidur di sofa…

Ibu pernah menjerit2 panggil suami saya (bukan panggil saya sendiri anak kandungnya) masuk ke bilik dan mengatakan ternampak “TOYOL”…Suami berkeras tidak mahu masuk kerana risau ibu akan putar belitkan cerita. Ibu selalu berkata2 saya “CEMBURU ANTARA DIA DAN SUAMI SAYA”…

Sebenarnya saya tahu bahawa ibu sukakan suami saya…Maaf saya berkata begitu salah satu punca adalah ibu selalu bercerita tentang susuk tubuh suami saya seperti keadaan tidur suami, badan suami yang tegap, kaki suami…Saya telah dapat merasakan semestinya ada sesuatu yang tak kena.

Penghujung 2013, atas permintaan suami…Saya telah berhenti kerja kerana mengandung anak sulung…16.06.2014 saya telah selamat melahirkan anak saya…Perangai ibu makin menjadi2…Ibu banyak bersandiwara dan menyulitkan keadaan saya dan suami seperti terkena sampuk, menjerit2 mengapai2 waktu suami tugas malam sehingga satu masa suami dah x boleh bersabar suami terus menegur perbuatan ibu saya, oleh kerana tidak berpuas hati ibu memutar belitkan cerita mengatakan saya mengambil pisau utk membunuhnya, Demi Nama Allah…

Saya tak buat begitu sdgkan dalam masa ibu sedang dalam keadaan sampuk saya sedang bercakap dalam telefon dgn suami saya menceritakan apa yang berlaku, suami tahu segalanya tapi ibu putar belitkan cerita kepada anak2 lain, kebetulan saya adalah anak bongsu. Belum lagi soal anak saya yang baru lahir diberi makan serta minum air kosong secara diam2 di belakang saya dan suami…Makin hari keadaan makin parah dengan sikap ibu.

Rezeki Allah tanpa diduga saya mengandung lagi dan lahirkan zuriat yang kedua pada 29.07.2015. Kalini ada dugaan yang paling parah untuk saya dan suami. Sikap ibu makin menjadi2. Waktu saya berpantang ibu mereka cerita mengatakan pada suami saya tidak boleh melihat wajah ibu (kononnya saya meroyan)…

Saya dengar segalanya…Suami terus menidakkan apa yang ibu cakap…Banyak lagi cerita yang ibu reka rekakan untuk jatuhkan saya. Buka aib2 saya dan suami terhadap adik beradik dan banyak lagi. Tak habis cerita jika saya nak ceritakan apa yang berlaku.

Sampai satu tahap tanpa di duga ibu berjaya buatkan saya dan suami bergaduh teruk dan saya meminta cerai dgn suami. Tapi ibu buat seperti tiada apa yang berlaku sehingga ayah tidak boleh tahan sabar ayah mula campur tangan dalam urusan keluarga kami. Ayah menyuruh ibu balik dan tinggal saya dan suami serta tidak mengganggu kami lagi…Selama ini abah banyak berdiam dengan apa yang ibu buat dan ganggu rumah tangga anak2 sampai tahap ayah tidak boleh bersabar lagi. Namun ibu tetap berkeras dan cuba pisahkan saya dan suami.

Waktu suami cuba memulihkan keadaan dan memujuk saya ibu tak henti2 panggil saya supaya saya tidak tidur dengan suami sekali…berkali2 ibu hasut saya supaya saya jadi benci pada suami.




Tetapi saya tetap kuat sampai tiba hari tak diduga suami kerja petang, ibu psiko saya sehingga saya terketar2 menangis kemarahan…Ibu menghina saya tidak bekerja, menyusahkan suami, tiada apa2 dan banyak lagi…Ibu juga menelefon ayah serta menghasut ayah supaya mengambil anak anak saya kerana saya tidak sihat.

Saya dikatakan meroyan, gila dan tidak betul. Bukan itu sahaja…Malah banyak lagi saya dihina sehingga saya tidak dapat melupakan kata2 ibu saya…Sebaliknya ibu tipu dan memutar belit cerita yang tak betul pada semua. Ayah tau segalanya. Ibu lakukan segalanya dan aniaya saya sewaktu suami tiada rumah kerana bekerja…Abah berkeras suruh ibu pulang ke rumahnya sendiri. Tetapi ibu tetap tidak mahu dan cuba menyulitkan keadaan sampai satu tahap saya dalam keadaan tidak boleh bersabar bersuara agar ibu keluar dari rumah.. Saya terlalu banyak menyimpan lemak sikap ibu…Salah saya sehingga ibu makin berani bertindak sedemikian sehingga cuba memporak perandakan rumah tangga kami.

Kini, ibu tidak lagi menetap lagi di sini. Tapi ibu selalu mengganggu kami sekeluarga seperti datang ke rumah dan menjerit jerit, memaki hamun kami sekeluarga, bukan itu sahaja. Ibu menuduh suami melepaskan “BENDA” di rumahnya…Suami hanya mampu tersenyum kerana telah kenal benar dengan perangai ibu mertuanya…

Bukan itu sahaja,malah ibu telah ke tempat kerja suami saya mencari rezeki dengan memburukkan nama suami saya…Yang paling hebatnya ibu terus berjumpa dengan pegawai2 tertinggi suami dan mereka cerita bukan2…Allah maha mengetahui dan orang lain sendiri nampak bahawa ibu tidak normal di situ.

Sekarang ibu dah mula datang lagi ke rumah saya kerana ibu tahu saya akan melahirkan zuriat yang ketiga tidak lama lagi…

Bantu saya KRT…apa yang saya perlu lakukan dalam keadaan begini??? Saya teramat2 serik…Adakah insan insan yang mampu bersabar dengan sikap seperti ibu saya jika berada di tempat saya??

Sehingga kini saya masih dilema…Saya takut dengan sikap ibu yang cuba menghancurkan saya. Saya Fobia…Mohon KRT siarkan kisah saya kerana saya teramat perlukan pendapat semua. 

Sumber :- KRT


July 31, 2017

Lelaki Kurang Siuman Dibelasah Orang Ramai Kerana Cuba Ambil Telefon Bimbit Milik Pekerja Pasar



Baru-baru ini viral di media sosial apabila sebuah video memaparkan sekumpulan lelaki telah bertindak membelasah seorang lelaki yang dikatakan cuba mengambil telefon bimbit seorang pekerja di Pasar Besar Kota Kinabalu

Mangsa itu dipercayai kurang siuman sedang dijejaki polis bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.




Memetik laporan Harian Metro, ketua polis daerah Kota Kinabalu, ACP M Chandra berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang Jumaat lalu di hadapan bangunan KK Plaza di Kota Kinabalu.


Difahamkan, mangsa terbabit dibelasah oleh beberapa lelaki sehingga mengalami cedera di kepala akibat dipukul menggunakan kayu dan batang besi sebelum melarikan diri.

“Mangsa pergi ke Pasar Besar Kota Kinabalu dan dikatakan cuba mengambil sebuah telefon milik pekerja di situ menyebabkan dia dikejar oleh pekerja sebelum didakwa cuba melawan serta mengacukan gunting."

Tambah ACP M Chandra, laporan polis sudah diterima dan siasatan masih diteruskan. Orang awam dinasihat agar tidak bertindak di luar batas dan mematuhi undang-undang, tegas ketua polis daerah Kota Kinabalu itu.

Sumber :- kakishare


July 31, 2017

KANTOI MENGANDUNG, PELAJAR STPM KONGSI KISAH BUAT ‘PROJEK’ DI SEKOLAH YANG BUAT RAMAI TERKEJUT !!!




Tugas mendidik anak pada zaman serba moden ini bukannya mudah. Selain terdedah dengan pengaruh negatif dari rakan sebaya, anak-anak juga terdedah kepada perkara tidak elok yang mudah didapati di intenet. Buktinya, ramai remaja sudah terdedah kepada perbuatan sumbang seperti zina semenjak dari bangku sekolah lagi.

Wanita yang menguruskan rumah perlindungan bagi gadis hamil luar nikah ini mendedahkan perbualannya dengan salah seorang pelajar yang terlanjur. Bila ada peluang, projek berjalan tanpa rasa cuak. Mula sekali, kemudian diulangi lagi.

Berzina di sekolah waktu petang di bilik kosong





Berzina di Bilik Kosong di Sekolah

Sebelum ini pelajar berzina di tandas, kisah ini pulak, pelajar tingkatan 6 berzina di Bilik Kosong di sekolah. Mereka sama sama satu kelas, tinggal di asrama. Rumah mereka jauh dari sekolah dari kampung berbeza.

Bila ada peluang, projek berjalan tanpa rasa cuak. Mula sekali, kemudian diulangi lagi. Akhirnya ketagih apabila sudah tamat sekolah. Jika sekarang, usia kandungan sudah memasuki 21 minggu, bermakna ketika menduduki STPM yang lalu kandungan sudah 14 minggu, lebih dari 3 bulan.

Selepas tamat peperiksaan STPM, masing masing pulang ke rumah keluarga. Sudah payah untuk berjumpa. Yang lelaki katanya sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi perbuatan itu. Yang perempuan pulak, makin sepi, sunyi, gersang menjadi sangat sangat ketagih walaupun sedang mengandung. Emak bapa belum tahu, perubahan fizikal belum kelihatan.

Ikuti perbualan saya melalui whatsapp dengan bekas pelajar tingkatan 6 ini. Berzina di sekolah waktu petang, di Bilik Kosong.

Mohon pihak sekolah mengunci semua bilik tidak digunakan

Moral kisah ini didedahkan supaya pihak sekolah ambik tindakan segera mengunci semua bilik bilik yang tidak digunakan. Jika bilik itu mahu digunakan sebagai aktiviti persatuan, pastikan ada pemantauan oleh pihak berwajib. Jangan buka peluang untuk pelajar berdua duaan melakukan projek di dalamnya.

Kita tidak boleh menangani kes zina di luar, kita tangani kes zina di kawasan kita. Antara nasihat saya,

Pintu pagar sekolah hanya dibenarkan dibuka menjelang 15 minit waktu perhimpunan.




Semua laluan tangga naik ke kelas di kunci sehingga selesai waktu perhimpunan. Biarlah beg pelajar bersama pelajar tanpa perlu diletakkan di dalam kelas terlebih dahulu.

Study group hanya dibenarkan dijalankan di kantin sekolah atau perpustakaan. Jangan benarkan di bilik kosong atau di Bengkel, mana tahu study group itu cuma dihadiri dua orang saja berlainan jantina.

Apabila pelajar perempuan ke tandas, hanya benarkan jika pergi berdua dengan kawan perempuan yang lain.

Kunci semua bilik bilik kosong dan tandas yang jarang digunakan.

Bersihkan kawasan sekitar sekolah dari rumput yang panjang sehingga membatas pandangan.

Memanglah kita tidak boleh menghalang orang berzina tetapi kita jangan buka peluang dan ruang. Amat ngeri dan menakutkan. Dimana lagi tempat selamat untuk anak anak belajar?

Saya menulis dari kisah benar dan dari pengalaman yang dilalui sebagai seorang guru suatu ketika dulu. Segera minda saya terbayang ruang ruang dan peluang untuk pelajar berzina tanpa kita sedari. Datang sekolah bukan semata mata untuk menuntut ilmu, bahkan mempraktikan ilmu yang tidak diajar di sekolah. Habis belajar dari mana? Smart phone, internet dihujung jari…

Siapa beri smartphone? Siapa beri duit topup internet?

Sumber :- Muna Liza Binti Ismail


July 31, 2017

{ VIRAL }[VIDEO PENUH BUDAK SEKOLAH SELFIE MUKA MENGAJING SELEPAS BELASAH RAKAN]




Video pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Madai, dibelasah sekumpulan pelajar tular di laman sosial sejak malam semalam.

Video berdurasi 1 minit 39 saat itu menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.







Mangsa cuba mengelak namun terus dibelasah sehingga terjatuh sebelum dipijak dan ditumbuk.

Ketika itu, mangsa merayu supaya diselesaikan cara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Mohd Nasaruddin M Nasir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan masih dijalankan.

“Kejadian itu benar dan polis menyiasatnya,” katanya.









Sumber :- wowberita



Sunday, July 30, 2017

July 30, 2017

AKU NAMPAK DENGAN MATA AKU SENDIRI BINI AKU BERDUAAN DENGAN LELAKI LAIN DALAM BILIK AKU SENDIRI…Isteri siap brpesan supaya jgan gngu ketika diorg tgah bersama..






Saya seorang suami kpda 2org chya mata..baru2 ni saya brmimpi isteri saya brnikah lg 1 dengan seorg lelaki..dgan erti kata lain saya telah dmadukn oleh isteri..dalam mimpi tu isteri saya memakai pakain pgntin dan brsiap hndak bernikah..

Dia arahkn saya untuk mnjaga anak kami yg masih kecil..dalam mimpi tu isteri saya telah slmat bernikah dengan seorg lelaki..setelah slmat bernikah diorg bilik ke rumah kami dengan pkaiain pgantin..isteri arahkn saya untuk mnjaga anak kami smentara dia hndak brsama suami ke2 nya..

Isteri siap brpesan supaya jgan gngu ketika diorg tgah bersama..malam tu dorg msuk bilik dan kunci pntu..ketika itu saya sedang menonton tv dkat ruang tamu..saya terdengar gelak ketawa diorg dari dalam bilik..kadang2 bnyi suara mrengek.

hati saya ketika itu sudah mnjadi pnas..Allah sakit nye hati tuhan saja yg tahu..dengan geram saya menolak daun pntu skuat hati..apa yg saya lihat diorg tgah brcumbuan dri ats katil..mengigil tbuh saya menahan marah.. sedar2 je saya mengucap pnjang..


saya lihat isteri kt sbelah saya trus cubit2 tmpar isteri sambil jerit2..wlupn thu mimpi saya xdapat menahan rasa skit hati..saya tmpar2 isteri sb nk blas dendam ats rasa skit hati saya..isteri yg tgah tdur trkjut dengan tindakn saya..saya yg sdang menaip msg ni msih lg skit hati dengan mimpi tu..wlupn dh smggu brlalu.

Allah lme nya nk hilang kn rasa skit hati ni..skrg bru lah saya sedar knapa rmai wanita mrah apabila suami nya hndak brkahwin lain..saya sdah mrasai nya wlupn dalam mimpi..klu la dtakdirkn wanita bleh brnikah lg 1 rasanye saya xsnggup ya Allah..betul2 xsnggup..mgkin rmai lelaki yg meroyan apabila prmpuan dapat brkahwin lbih dri 1 huhuhu..

Jd sedar la suami2 dluar sana..hati prmpuan mana snggup melihat suami nye brsma insan lain..klu la dtakdir kn isteri bleh brnikah lbih dri 1 anda pn xsnggup rase nye melihat isteri bersama lelaki lain

Skadar luahn hati seorg suami..jgn kecam saya ye huhu..skadar nk kongsi kpada anda dluar sana..



sumber: krt


July 30, 2017

Fasha Gelek ‘I Am Me’ Dengan Anak Dapat Perhatian



FULAMAKKK... gelek sakan nampak Fasha hihi.




Aksi pelakon Fasha Sandha berkongsi video menyanyi sambil menari lagu I Am Me bersama dua anaknya menjadi perhatian netizen dan mendapat lebih 350,000 tontonan sehingga malam Jumaat.

Video berdurasi seminit itu menunjukkan Fasha yang manis berbaju merah jambu dengan gemalai tarinya menyanyikan lagu I Am Me dendangan Datuk Seri Vida itu sambil melayan manja karenah dua cahaya matanya, Putra Rayfal Ramli, 3, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia dua tahun.

Video dengan keterangan gambar "Everytime 'I Am Me' Comes On! Fenomena dah macam Despacito! Congrats Dato Seri Vida dan KRU!" itu dipercayai dirakam di kediamannya.

Ia mengundang pelbagai reaksi netizen yang antara lainnya terharu melihat bagaimana ibu tunggal ini cuba mencipta suasana bahagia bersama anak-anaknya di rumah dengan cara mereka sendiri.



Malah aksi Fasha mendukung sambil memeluk erat Rayfal dan Raysha di penghujung video tersebut menyentuh hati ramai netizen yang rata-ratanya menyifatkan Fasha seorang ibu tunggal yang cukup tabah dan penyayang.

Pun begitu, dalam ramai yang memuji, tidak kurang ada yang turut melontarkan kritikan sambil menyifatkan pelakon itu semakin berubah sejak berkawan baik dengan usahawan kosmetik, Nursajat.

"Sejak kawan dengan Sajat tu makin 'gelidad' laa Fasha... dulu-dulu elok je Fasha ni," tulis seorang netizen.




Bagaimanapun Fasha dalam satu balasan komen dilihat sempat menulis Be Positive Please! (sambil meletak simbol emoji bertanda aman).

Menariknya, video tersebut turut dikongsi semula oleh Vida di laman Instagramnya sambil memuji kebolehan Fasha menari sambil menyeru penyanyi-penyanyi lain untuk berbuat perkara yang sama.

Saturday, July 29, 2017

July 29, 2017

18SX!! Dia DiBogelkan Kerana Mencuri? Netizen Kecam Tindakan Orang Ramai Itu



Kecoh di media sosial rakaman video seorang wanita ditangkap mencuri dan dipukul oleh orang ramai.

Menerusi sebuah video yang dikongsikan di Facebook, wanita itu berjaya ditangkap oleh orang ramai dan akibat berang dengan sikap wanita itu mereka telah memukul serta menarik pakaiannya.




Video yang berdurasi selama 36 saat itu dikatakan berlaku di Jongkarta, Indonesia dan telah ditonton lebih 17 ribu kali dan dikongsi lebih 3,000 oleh netizen.

Rata-rata netizen yang menonton video tersebut melahirkan rasa geram dengan tindakan yang dilakukan oleh orang ramai kerana mereka dikatakan mengambil tindakan sendiri dengan memukul wanita tersebut.

@AzmiAriff: “Kalau ye pun dia mencuri, takkan la sehingga menarik pakaiannya? Mungkin dia mempunyai masalah sendiri sehingga mengambil keputusan untuk mencuri.”

@Marwan: “Jangan la mengambil tindakan sendiri. Lebih baik serah sahaja kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan menangkap perempuan itu. Ini tidak sesuka hati ja menarik baju dan memukul.”

@Adi Setiya: “Tak boleh main menghukum perempuan itu dengan tindakan sendiri. Negara ini ada undang-undang. Cuba bayangkan perkara itu jadi kepada ahli keluarga kamu.”




@RazakAziz: “Sayangnya dah cantik tetapi mencuri pula. Apa la nak jadi dengan masyarakat zaman sekarang yang mahu cari duit dengan cara mudah. Baik pergi cari kerja yang halal.”

@Putra: “Jangan salahkan dia, salahkan kerajaan kerana ekonomi yang tidak menentu menyebabkan orang ramai melakukan jenayah tanpa berfikir panjang akibat terdesak.”


July 29, 2017

Pecah Perut Bila Kajol Belajar Cakap Bahasa Malaysia







Pilihan Lelaki Malaysia Kajol Amat Mengejutkan..Anda rasa siapakah yang menjadi pilihan KAJOL antara fatah amin dan syuk??Anda rasa??Jawapan kajol menyebabkan anda akan ketawa besar…Jom saksikan video ini sampai habis..Jika anda rasa kelakar sila LIKE dan SHARE…







Friday, July 28, 2017

July 28, 2017

Komen Dato Siti Nurhaliza Buat Pemuda UMNO Sentap !!


Komen penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza berkaitan pertembungan antara Pemuda UMNO dan Pemuda PPBM di Sunway Putra Mall di ibu negara, 25 Julai lepas buat pemuda UMNO sentap!!

“Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih.”

“Buku bertemu ruas. Dada pun kembang. Mari bertenang,” tulis Siti Nurhaliza bersama emoticon ketawa di laman Intagram.

Exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah berang dengan komen tersebut.





Armand berkata Siti perlu bertanya bila suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, akan ke Palestin dan membantu rakyat di sana.

“Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?” tulisnya di Facebook serta turut memuat naik video dan gambar menunjukkan bukti Pemuda Umno menyertai misi di Palestin.

Dalam pada itu Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencelah mempertahan Siti.

“Kalau ahli politik tidak ingin rakyat biadab, ahli politik perlu beradab!” kata Syed Saddiq dalam kenyataan hari ini.

“Saya tahu Pemuda Umno pernah ke sana dan saya berbangga dengan Pemuda UMNO yang terlibat dengan misi kemanusiaan ke Palestin dan tahniah untuk itu…Janganlah disebabkan peranan yang dimainkan oleh orang lain tidak sebesar kita, kita mempersoalkan pula sumbangan mereka…Janganlah kerana politik kita lupa diri,” kata Syed Saddiq.

“Teguran itu ditujukan kepada kedua-dua belah pihak, bukan sahaja pada Umno,” katanya 

Sumber :- kakishare



July 28, 2017

' Kita Faham Orang Baru Bersalin , Orang Tua Kata 'MEROYAN' Komen Pedas Anzalna Bila Adiknya Dikaitkan Dengan Aliff Aziz



Wanita yang dimaksudkan oleh Astilla Bella isteri kepada Aliff Aziz adalah adik kepada pelakon comel dan jelita Anzalna Nasir . Namun setelah mengetahui adiknya dikaitkan dengan Aliff Aziz , Anzalna memberikan komen sungguh pedas .

Terbaru , Aliff Aziz dikatakan bersama dengan seorang pelakon baru di pusat karaoke dan kantoi dengan isterinya.

BACA: LUAHAN HATI BELLA ASTILLAH ENGGAN BERPISAH DENGAN ALIFF AZIZ

Apabila isu ini semakin menjadi buah mulut, ada peminat bertanya Anzalna tentang hal ini.Anzalna telah memberi satu komen yang agak mengejutkan ramai.

Ini komennya:

Bak Kata Orang Meroyan :






Komen anzalna mendapat pelbagai rekasi dari followernya . Ada yang menasihati Anzalna agar tidak mencampuri urusan adiknya Afifah .

Terkini, Anzalna dan juga Afifah Nasir telah menutup ruangan komen  di laman sosial Instagram.

Tidak lama selepas itu , Anzalna dikatakan memuatnaik status terbaru seolah-olah memerli kejadian yang berlaku .


Ini tulisnya:





Helooo sabar ye aunty ni tengah tolong siasat untuk korang. Kalau @afifahnasir93 bersalah maka haruslah bertaubat dan minta maaf. Tapi sekiranya kalau pihak sana bersalah apa patut kita buat? 
Makcik tolong selesaikan masalah ni. Penat dah diorang type tu....masing-masing tak sabar nak tau kebenaran.. termasuk la I!! hahahhahahahahahaha 

#JanganDengarSebelahPihakSahaja'

Status tentang penahanan Aliff Aziz masih tiada update setakat ini namun shooting drama izinkan aku mencintaimu tidak dapat diteruskan buat masa ini.

Sumber :- Instagram&kakishare






July 28, 2017

"Saya Enggan Berpisah Dengan Dia" - Baca Luahan Hati Bella Astillah Yang Menyayat Hati Ini




Susulan kes Alif Aziz yang terkantoi berpimpin tangan bersama seoarang pelakon baru di sebuah pusat karaoke semalam menjadi bualan hangat netizen Malaysia. Ianya amat mengejutkan kerana isteri Aliff Aziz, Bella Astillah baru sahaja melahirkan anak mereka dan masih lagi dalam keadaan berpantang. 

Bagi Bella, dia tidak mahu dibuai perasaan marah walaupun rata-rata netizen meninggalkan komen yang cukup sarat dengan emosi. Menurut beliau, Bella tidak mahu terlalu mengikut emosi kerana tidak mahu anak yang baru dilahirkan itu tidak mempunyai bapa sekiranya menurutkan  rasa amarah terhadap perbuatan suaminya itu sendiri. 






“Kalau tanya soal hati, memang saya begitu terluka. Namun, saya melahirkan zuriatnya. Rumah tangga kami pun masih baru dibina. Saya harap ada jalan penyelesaian terbaik dalam hal ini. Selagi boleh dipertahankan, akan saya lakukan"

Dalam temubual bersama Harian Metro semalam, laporan polis yang dibuat bukanlah niatnya untuk memburukkan suaminya sendii tetapi kerana rumah tangganya di ganggu oleh wanita lain. 

"Tujuan saya report polis bukan nak kata saya kena belasah oleh suami, tapi niat saya nak kemukakan rumah tangga saya dikacau oleh wanita itu. Bukan saya nak cakap suami saya jahat" katanya lagi. 

Semoga Bella dan Aliff dapat menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh mereka. Lumrah dalam perkahwinan mesti ada badai yang melanda.

Sumber :- kakishare




Thursday, July 27, 2017

July 27, 2017

Nak McD? Kakitangan McD’s Kongsi Gambar Jijik Yang Didakwa Dikeluarkan Dari Mesin Aiskrim


LOUISIANA, AMERIKA SYARIKAT – Seorang individu yang mendakwa dirinya kakitangan di sebuah restoran makanan segera, McDonald’s, berkongsi gambar yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim restoran berkenaan, lapor Daily Mail.

Individu yang menggunakan nama ‘Nick’ di Tiwtter dan tinggal di Louisiana ini berkongsi gambar-gambar yang menjijikkan dan viral di media sosial.

Gambar menunjukkan bekas besi yang didakwanya diambil dari mesin aiskrim yang mengandungi sisa-sisa kotor berwarna kehijauan.






“Benda ini diambil dari mesin aiskrim McDonald’s, jika ada yang tertanya-tanya apakah benda ini,” tweetnya pada 14 Julai lalu dan telah diretweet sebanyak 14,000 kali dan beribu-ribu tweet dari netizen yang memberikan pelbagai reaksi.

Nick juga memuat naik gambar mesin aiskrim tersebut dan menegaskan bahawa bekas besi yang diambilnya itu bukanlah perangkap sisa atau kotoran yang terletak di bawah mesin tersebut.

“Gambar sisi mesin aiskrim. Ia bukan dari perangkap sisa/kotoran.”


Pada gambar ketiga, Nick menunjukkan perangkap sisa/kotoran di Twitternya jika ada yang mendakwa dia cuba menipu netizen.

Nick kemudian memuat naik lagi beberapa gambar dalam dapur restoran yang didakwanya restoran makanan segera, McDonald’s, yang jelas sekali kelihatan kotor dan berminyak. Dalam gambar itu juga, tertera logo McDonald’s pada cawan.









Menurut Nick, dia telah dipecat dari McDonald’s dan dia memang sudah merancang untuk melakukan pendedahan itu kerana dia akan bekerja di tempat baru, Jumaat ini.

“Saya dipecat dari McDonald’s. Saya rancang semua ini sebab saya akan mula bekerja di tempat baru, Jumaat ini,” katanya.

Tweet Nick itu mengemparkan orang ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi netizen di seluruh dunia.

Sehingga kini, pihak media antarabangsa masih menunggu kenyataan rasmi dari Syarikat McDonald’s berhubung gambar dan dakwaan yang dimuat naik oleh Nick itu.

Sumber:- Reporter




July 27, 2017

Kisah 2 Budak Lelaki Kayuh Basikal 5 Jam Untuk Lawat Bapa Dalam Penjara Sentuh Hati Netizen




Pada Ahad lalu, dua adik beradik dari kawasan pendalaman Si Saket mengayuh basikal hampir 5 jam bagi melawat bapa mereka di penjara, namun hampa apabila mendapati ia bukannya waktu melawat.





Bagaimanapun, kisah kegigihan dua beradik itu yang mengayuh basukal sejauh 50 kilometer semata-mata untuk melawat bapa mereka menyentuh hati netizen apabila dikongsi di media sosial oleh seorang pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan di penjara daerah Kantharalak, Api Manthong, merekodkan perbualan beliau dengan dua budak lelaki yang dipercayai berumur bawah 10 tahun itu.

"Mereka meninggalkan rumah pada jam 7:30 pagi dan tiba di penjara pada jam 12:10 tengahhari. Malang menimpa apabila telefon yang mereka bawa jatuh dan pecah ketika dalam perjalanan. Saya merasa kasihan kepada mereka kerana hari ini bukan hari melawat.

Apabila ditanya kenapa mereka tidak ditemani ibu, budak-budak itu menjawab: "Mak di Bangkok," dan mereka berdua tinggal bersama nenek.

Kedua-dua budak itu juga mengaku mereka mempunyai abang tetapi abang mereka mempunyai masalah mental.

Apichai tidak boleh membenarkan budak-budak itu masuk, jadi dia membawa mereka masuk ke pejabat. Disitu, budak-budak itu diberitahu tarikh bila bapa mereka akan dibebaskan.

"Mereka sangat gembira apabila tahu tarikh bapa mereka akan dibebaskan. Saya sangat tersentuh dengan kasih sayang yang mereka tunjukkan. Kerana mempunyai masa lapang pada hari minggu, mereka mahu melawat bapa di penjara. Saya hampir menangis," kata Apichai.

Menceritakan lanjut, Apichai berkata dia mempunyai wang THB200 di poketnya, jadi dia memberikan budak-budak itu wang THB100 untuk makan tengahhari dan air botol percuma dari penjara.

Ramai netizen memuji Apichai kerana membantu budak-budak itu. Yang lain berkata kisah tersebut membuat mereka menangis.


"Tidak kira berapa jauh jaraknya, kasih sayang mereka kepada si bapa buatkan jarak itu jadi dekat. Saya berharap sangat kamu berdua nanti jadi manusia yang berguna untuk masyarakat," tulis seorang netizen.
Sumber: Coconuts



July 27, 2017

"Yang Kuat Gaduh Tu Patut Hantar Pergi Palestin Bagus," Komen Dato Siti Nurhaliza Buat Exco Pemuda UMNO 'Berang'




Sejak beberapa hari lalu telah tersebar beberapa rakaman video kekecohan yang berlaku di PWTC selepas berlaku perbungan antara Pemuda UMNO dengan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada).





Pertembungan itu berlaku selepas dikatakan Pemuda Parti Pribumi Bersatu (Armada) mahu menghantar jemputan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Berikut adalah rakaman video daripada kedua-dua belah pihak.

Dari sebelah Armada



Dari sebelah Pemuda UMNO



Kekecohan itu menarik perhatian penyanyi Yasin Sulaiman untuk memuatnaik berita mengenai kejadian itu di laman Instagram miliknya.

Gambar itu telah menarik perhatian Dato Siti Nurhaliza apabila dia menurunkan komen berbunyi "yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestin baguih."


Kerana komen itu, Exco Pemuda UMNO Datuk Armand Azha Abu Hanifah dilihat sedikit berang dengan kenyataan kenyataan Dato Siti itu apabila beliau telah membalas kenyataan itu dengan satu pertanyaan kepada penyanyi nombor satu negara berkenaan.

"Cuba tanya bila Datuk K nak ke GAZA Palestin," tanya Armand kepada Dato Siti.

Menurut beliau, pertanyaan itu ditujukan kepada Siti Nurhaliza yang mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergi ke Palestin.

"Untuk maklumat Siti Nurhaliza Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Palestin," tulis beliau lagi.

Armand dalam pada itu telah memuatnaik gambar-gambar dan video berdurasi 3 minit 54 saat bukti Pemuda UMNO sudah ke Gaza Palestin dalam misi menghulurkan bantuan.









Hasil carian, Dato Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) telah pegi ke Palestin pada 16 Februari lalu.