Monday, July 24, 2017

"Ku Pinang Isteri Buat Suamiku, Bukti Cintaku PadaNya Melebihi Cinta Pada Suami" - Shikin Mohmad






Apabila disebut perkataan POLIGAMI, pasti ramai wanita diluar sana akan rasa susah hati, bukan kerana menentang Sunnah, tetapi lumrah hati wanita itu sendiri diciptakan ALLAH tidak rela untuk berkongsi kasih.

Bagi lelaki pula, POLIGAMI adalah satu perkara yang dilihat begitu 'menyeronokkan', ada menjadikannya sebagai bahan seloroh, ada yang mengidamkan perkara ini, namun tahukah anda poligami ini bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang dibayangkan.

Sedangkan isteri yang ada seorang pun tak terjaga, inikan nak berdua, bertiga dan berempat. Mampukah anda menyata kesemuanya? yang peling penting mampukah anda untuk adil? jika mampu teruskan niat itu.

Dikongsikan oleh seorang wanit bernama Shikin Mohmad, kisah beliau telah meminang seorang wanita untuk suaminya, menurut beliau itu adalah tanda dia menyintai Allah lebih dari suaminya, jadi kenapa perlu menentang syariat itu sedangkan suaminya berkemampuan untuk adil.

Jom kita baca.






Ku Pinang Isteri Buat Suamiku 

Aku bukan malaikat dari kayangan. Aku sama saja dengan wanita lain. Sebut saja poligami remuk redam hati dan rasa mahu "smack down" saje suamiku ini. 

Aku bukan malaikat. Perasaan marah, sedih, kecewa semua ada sebagai manusia yang penuh dengan nafsu manusiawi. 

Suamiku sabar berterusan mendidikku dekat dengan Allah. Aku khatam berkali2 buku karangan kapten Hafiz "202 Tips Poligami".

Satu ayat yang sangat menyentap terus hatiku yang dalam kesedihan. "Apa bukti aku cinta pada Allah melebihi dari suamiku jika aku menentang keras syari'at Allah yang satu ini sedangkan suamiku sangat berkemampuan untuk adil."

Allah tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuanNya.


Asalnya aku melihat poligami ini satu ujian. Aku cuba selusuri hidup Rasulullah saw. Kehidupan jauh penuh dengan ujian dari kecil kehilangan seorang demi seorang yg baginda sayang dari ayah, ibu, datuk, isteri tercinta dan bapa saudaranya. Ujian dihina dan dikatakan gila oleh org kafir. 

Dibaling batu hingga berdarah kepala baginda. Allahu ujian apakah ini melainkan untuk mengangkat darjat baginda makin mendekat kepada Allah. Apakah pantas hasil dari sabar dengan ujian dapat bertemu dengan Allah itu digelar ujian? Pastinya itulah hadiah yang paling teragung dan kejayaan yang termulia.

Aku ingin juga dicintai Allah sepertimana cinta Allah kepada Rasul. Target akhirat ni membutakan mataku utk melihat poligami sebagai Hadiah dari langit bukan satu ujian. 

Ajaibnya apabila kuubah cara pandang, Allah titipkan begitu banyak kekuatan membolehkan aku turut sama membantu memilih calon isteri buat suamiku. Kekuatan dari ilahi juga membantuku meminang dan menyarungkan cincin tunang bahkan menyaksikan ijabkabul suamiku dengan wanita lain. Allahurobbi. Lahaulawalaquwwataillabillah.

Moga hadiah ini mendekatkan aku, suamiku dan maduku dekat kepadaNya. Moga usaha dakwah kami kian rancak dan urusan perniagaan kami makin lancar. Poligami atau tidak bukan itu yg membezakan kita dihadapan Allah. Penentunya adalah ketaqwaan kita padaNya. Mohon doa dari semua. 



No comments:

Post a Comment