Nampaknya gambar seorang wanita di stesen minyak Shell yang dikenali sebagai akak Shell telah tular dan terkenal seluruh negara sejak setahun lalu.
Dari seorang pekerja stesen minyak Shell di Tronoh, kini nama Nor Shafila Khairusalleh, 25, mula dikenali ramai, gambar-gambar ramai peminat bergurau dengan gambarnya menjadi tular di laman sosial.
Namun, ada yang tidak sedap dilihat apabila ada segelintir mereka yang tidak bertanggungjawab mengambil gambar dengan aksi melampau dan memalukan iaitu bergambar seolah-olah memegang bahagian yang tidak sepatutnya.
Beberapa keping gambar terlampau itu telah tular dan menimbulkan kemarahan netizen di mana mereka menganggap itu sebagai satu bentuk pencabulan walaupun dengan hanya dilakukan kepada gambar.
Menurut beliau dipetik tulisan mStar Online, beliau sebenarnya tidak menyangka niat bergambar yang bertujuaan untuk menceriakan pelanggan telah bertukar kepada kejadian seperti itu.
Selama dia tidak terlalu ambil kisah apabila pelanggan lelaki melakukan aksi 'nakal' seperti mencium, mencuit hidung atau bergambar dengan poster, tetapi apabila ada bergambar dengan gambar posternya seolah-olah 'dicabul' oleh beberapa lelaki menjadi tular, beliau berasa malu dan sedikit marah kerana menganggap ia keterlaluan.
"Kalau usik sikit-sikit macam tutup mata, tarik hidung atau peluk pun saya boleh terima lagi sebab ia hanyalah poster...tapi kalau ke arah mencabul atau seks, saya anggap ia melampau.
"Mereka mungkin mahu bergurau, tapi saya rasa segan (malu) sebab itu diri saya walaupun ia hanya sekeping gambar," katanya, Ahad.
Beliau yang mesra dengan panggila Ila berkata, beliau tidak mempu menghalang orang ramai bergambar dengan posternya yang berada di semua stesen minyak Shell, namun katanya suaminya agak sedikit kurang selesa apabila gambarnya 'dicabul', tapi dia bersyukur kerana beliau memahami situasi sebenar.
"Nak marah sangat pun tak patut sebab ia hanya gambar. Kalau tak bagi sentuh langsung lebih baik jangan bergambar dari awal. Cuma saya harap janganlah ada yang bergambar macam tu lagi lepas ni.
"Boleh bergurau, tapi janganlah sampai jadi viral yang negatif. Sebelum ni pun viral sebab ramai terkejut dengan poster saya, ada juga yang patahkan tangan dan air mineral pada poster, saya OK saja,"
katanya.
Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap individu yang 'mencabul' poster gambarnya, Nor Shafila berkata, beliau belum terfikir sehingga ke tahap itu.
"Memang ramai yang suruh lapor polis atau saman, tapi saya rasa biarlah saya maafkan saja mereka.
"Tapi kalau lepas ni ada lagi yang sengaja bergambar yang bukan-bukan semata-mata mahu viral, mungkin saya akan fikir buat sesuatu," katanya.
Sementara itu di laman Facebook miliknya, beliau menyatakan mereka yang terlibat telah tampil meminta maaf, baginya gambar-gambar negatif seperti itu dia tidak mahu layan dan besar-besarkan.
"Mamat itu telah memohon maaf, saya dah pun maafkan dia, saya bukan sesiapa nak hukum orang, seperti yang saya kata, yang negatif saya tidak akan layan atau besar-besarkan," tulisnya di laman Facebook.
No comments:
Post a Comment