Saturday, July 8, 2017

Buat Pusingan U Ikut Suka Hati, Dua Wanita Nyaris Maut Dari Kena Langgar




Selalunya jika berada di kawasan kampung, banyak pengguna jalanraya tidak mematuhi undang-undang terutama penunggang motosikal. Antaranya ialah menunggang tanpa memakai topi keledar. Membelok tanpa melihat kiri dan kanan ketika melintas jalan raya pasti mengundang padah dan juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Begitulah nasib yang menimpa seorang pemandu kereta yang berdepan detik cemas apabila baru-baru ini nyaris terlanggar dua penunggang motosikal. Apa yang berlaku kepada seorang pengguna jalanraya ini pasti akan mengundang padah jika terjadinya kemalangan.

Melalui perkongsian video Dashcam yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook bernama Yongqing Hengkheng Ong, rakaman video menunjukkan Ong sedang memandu di sebuah jalan menggunakan lorong kanan. Secara tiba-tiba sebuah motosikal yang ditunggang oleh dua wanita membelok dari bahu jalan untuk melintas jalan tanpa melihat kiri dan kanan.

Mujur Ong sempat mengelak, jika tidak kedua penunggang motosikal itu pasti sudah melayang dirempuh keretanya. Ong juga hampir terlanggar pembahagi jalan akibat tindakannya cuba mengelak dari berlakunya kemalangan.

Yesterday story.... Tak pakai helmet dan u-turn ikut suka hati dia... Mujuh saya focus,kalau tak...sekarang saya ada dalam lokap!!!



Rakaman video yang dikongsi oleh Ong mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang mengecam tindakan kedua penunggang motosikal itu kerana mereka bukan sahaja membelok tanpa melihat kiri dan kanan malah tidak memakai topi keledar.

Tidak kurang juga ada yang menyalahkan Ong kerana memandu terlalu laju di kawasan kampung. Bagi sesiapa yang pernah melalui detik cemas seperti ini pasti "berderau darah" dan jantung bagai hendak tercabut keluar, betul tak?

No comments:

Post a Comment