Sunday, July 9, 2017

Lelaki Pasang Bom Pada Kereta Bekas Kekasih Kerana Berpisah Dengan Dia Selepas Kantoi Lelaki Tersebut Curang


Apa yang akan anda lakukan jika pasangan anda selama 7 tahun berlaku curang dengan anda? Dah tentu anda tinggalkan mereka bukan? 

Itulah apa yang dilakukan oleh seorang jururawat di Kapar, Klang tapi ianya menjadi pengalaman yang amat mengerikan apabila bekas teman lelakinya telah meletakkan sebutir bom buatan sendiri di keretanya. 

Kejadian yang berlaku pada malam Sabtu apabila jururawat itu sedang memandu pulang ke rumah dari tempat kerja. Gadis itu terdengar bunyi 'beep' datang dari dalam keretanya. Ketika di sekitar Taman Damai, Kapar gadis itu membuat keputusan untuk singgah di rumah pakciknya untuk mencari dari mana punca bunyi tersebut. 

Setelah keretanya diperiksa oleh pakciknya itu, mereka terjumpa satu objek yang mencurigakan dilekat di bahagian bumper belakang yang kelihatan seperti sebutir bom. Tanpa melengahkan masa, mereka terus membuat laporan polis dan pasukan pemusnah bom dikejarkan ke tempat kejadian. 


Unit pemusnah bom memeriksa objek berkenaan dan mengesahkan ianya bom buatan sendiri dimana unit tersebut telah memusnahkan bom berkenaan pada jam 2.30 pagi Ahad. Unit tersebut menggunakan sebuah robot Teodor di sebuah padang berdekatan dengan balai polis Kapar. 

Pihak polis mengesyaki bom tersebut dipasang ketika gadis tersebut sedang bekerja. Bom tersebut tidak mempunyai kuasa yang kuat tetapi masih tetap berbahaya. Pihak polis masih lagi menyiasat kes tersebut tetapi mangsa mengesyaki bekas teman lelaki yang membuat ancaman tersebut. 

Ini kerana mereka baru sahaja berpisah selepas 7 tahun bercinta setelah gadis tersebut mengetahui bekas teman lelakinya itu mempunyai hubungan dengan perempuan lain. Lelaki tersebut juga pernah mengugut serta meminta wang darinya sehingga wanita tersebut pernah membuat laporan polis sebanyak lima kali sebelum ini kerana takut dengan sikap lelaki itu.

No comments:

Post a Comment