Monday, July 24, 2017

Restoran Air Ikat Tepi 30sen Kena Denda Dan Diberi Amaran






SHAH ALAM: Premis restoran yang menjadi tular di media sosial gara-gara mengenakan caj 30sen bagi minuman ikat tepi telah didenda oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Pihak KPDNKK dalam operasinya telah mendapati premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi (tambahan RM 0.30 jika bungkus) pada minuman limau asam boi dan minuman yang lain.

“Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011, amaran telah diberikan kepada peniaga supaya mempamerkan tanda harga termasuk tambahan harga,” kata KPDNKK melalui laman FAcebook mereka.

BACA: (VIDEO) Isu Cas 30sen Bila Bungkus Air, Pemilik Restoran Tampil Buat Demo Kenapa Dia Kenakan Cas 30sen Bila 'Ikat Tepi

Semalam, pihak KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar. 








No comments:

Post a Comment