Tindakan sebuah restora di Hentian Rehat & Rawat (R&R) yang mengenakan cas 30sen apabila membeli air bungkus nampaknya menjadi bualan hangat di media sosial.
Kisah ini tular apabila seorang lelaki telah memuatnaik gambar resit dia membeli Air Limau Asam Boi tertera cas tambahan 30sen untuk servis 'ikat tepi' air bungkus berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan minumannya menjadi RM3.80.
Kerana gambar tular itu, pemilik restoran berkenaan yang menggunakan akaun Facebook bernama Nita Saidi telah memuatnaik sebuah video penjelasan kenapa dia mengenakan 30sen cas tambahan bila membeli air bungkus 'ikat tepi' seperti yang viral.
Jom dengar penjelasan dan dmontrasi yang dilakukannya.
Bersama video demontrasi berkenaan dia meminta pelanggan agar memahami dan bertenang.
"Jangan nanti tertipu pulak dengan harga yang sama tapi rasa yang dah tak ada ya ... saya iklas meniaga kerana Allah .. Moga Allah memahami," tulisnya.
No comments:
Post a Comment