Thursday, June 29, 2017

June 29, 2017

Jubah Lentik Ala Dress Jadi Viral Hanya Dapat Kecaman Dari Netizen


Menjelang bulan Syawal, kita dapat lihat aneka rekaan baju raya digayakan orang ramai menerusi perkongsian gambar mereka di media sosial.

Dan hari ini, orang ramai lebih memilih rekaan pakaian labuh yang menampakkan susuk tubuh dengan potongan kembang di bahagian bawah ala ikan duyung. Pasti menawan apabila si pemakai mengenakannya! Namun, apa akan terjadi sekiranya 'kaum Adam' yang memakai jubah seperti dress itu?

Memetik mStar Online, seorang lelaki menggayakan jubah berkenaan dengan 'pose' melentik yang kononnya nampak menggoda.

Beberapa gambar yang kini tular di media sosial itu memaparkan lelaki berkenaan menggayakan jubah dengan potongan ikan duyung berwarna merah jambu terang dan kuning dengan 'beraninya' tanpa rasa malu. 


Mungkin dia menyangka akan mendapat pujian ramai, namun sebaliknya kecaman daripada netizen yang diterimanya.

"Hakikatnya jubah tidak mempunyai potongan sama ada ia untuk lelaki mahupun wanita.

“Ini jubah atau dress perempuan. Tak perlulah pelik sangat. Gelilah!

“Ini bukan jubah. Siapalah pereka ini. Agak-agaklah, memalukan saja. Pakaian ini lebih kepada kaum Hawa.

"Rela pakai baju ‘pagoda’ dan berkain pelikat daripada memakai jubah ini," antara komen netizen.

Bagi tuan punya badan, Alif Steve Sergio beliau menerima segala kecaman dan kritikan dengan positif. Dalam satu status di dalam Facebook beliau menulis: 



June 29, 2017

Tanda-Tanda Awal Autism, Kalau Anak Ada Ciri-Ciri Ini Sila Jumpa Doktor Cepat!


Autisme merupakan gangguan otak yang membatasi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi dan memahami orang lain. Tanda awalnya muncul waktu zaman kanak-kanak tetapi tandanya tak sama, ya! Nak tahu apakah ciri-ciri utama anak autisme, ikuti perkongsian dari seorang ayah yang mempunyai anak autisme, Zulkha...

Ketika usia hampir 3 tahun, keganjilan pada Kharnain agak ketara berbanding kanak-kanak lain seusianya. Perkara ini mendesak aku mencari jawapan sebenar mengapa berlaku demikian.

Akhirnya aku ketemu perkataan autism. Banyak ciri-ciri yang tersenarai hampir sama walaupun tidak semuanya.

Disini aku kongsikan sedikit tanda-tanda peringkat awal yang agak ketara pada Kharnain. Setiap anak-anak autism mempunyai spektrum yang berbeza namun berkongsi beberapa ciri yang hampir serupa.













Jika anak anda juga autism, apa pula tanda-tanda awal anak anda selain yang telah ditunjukkan?

Sekiranya tidak ada, ini pengetahuan yang berguna untuk memahami golongan unik ini.

Jika anak anda mempunyai KEBANYAKAN ciri-ciri seperti yang saya kongsikan, tapi masih ragu-ragu, jumpalah doktor cepat. Jangan buat andaian sendiri.

Semoga post saya ini dapat membantu kalian semua.

Sekian terima kasih.

NOTA

Untuk makluman, ini adalah video beserta lagu ciptaan saya sendiri berkenaan lakaran-lakaran tentang pengalaman saya membesarkan anak saya.


Wednesday, June 28, 2017

June 28, 2017

Imej Sederhana Yang Dipertuan Agong Buat Rakyat Malaysia Terpaku


Umum mengetahui akan keperibadian DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V yang sentiasa berhemah dan terkenal dengan pemerintahannya berpandukan ajaran Islam terus mengagumkan rakyat Malaysia khususnya.

Sempena Rumah Terbuka Aidilfitri pada Ahad lalu, kelihatan baginda mengenakan sepasang jubah putih dan berkopiah pada majlis tersebut.

Baginda juga mengenakan pakaian yang serupa ketika bersolat sunah dan mendengar khutbah Aidilfitri di Masjid Wilayah.

Penampilan sederhana baginda menerima pujian dari rakyat Malaysia terutama golongan netizen yang amat berbangga mempunyai seorang Raja yang berjiwa rakyat malah amat merendah diri.




Rata-rata netizen menyanjung keluhuran jiwa baginda dan tertawan dengan keperibadian yang sederhana serta prihatin terhadap masalah rakyat.

Tidak hairanlah mengapa baginda merupakan seorang ketua negara yang amat disegani dan dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat Malaysia.

Allahuakbar! Semoga Allah panjangkan usia Tuanku. – ks


June 28, 2017

Baju Raya Maya Matahari Terbakar Gara-Gara Bunga Api


Penyanyi serta pelakon, Meyanaliza Ruslee atau lebih mesra disapa sebagai Maya Matahari, kini membuka lembaran baharu selepas 22 tahun berkecimpung dalam dunia seni dengan menceburi bidang perniagaan.

Walaupun sibuk dengan kerjaya dan perniagaan, Maya Matahari tetap tidak lupa dalam melakukan persediaan buat keluarganya setiap kali menjelang lebaran. Malah maya juga akan pulang ke kampung halaman dengan lebih awal bagi membantu ibunya melakukan persiapan.

Selain keseronokan berkumpul bersama keluarga dan sanak saudara, penyanyi ini juga tidak menang tangan melayan kunjungan peminat di kediamannya.

Setiap orang bukan sahaja artis pasti memiliki satu pengalaman raya yang tak akan kita lupakan sehingga kini. Maya Matahari yang kini makin bertambah cantik dan jelita, turut mempunyai pengalaman pahit semasa hari raya.


Jika diingatkan kembali sudah pasti kenakalannya sewaktu zaman kecil sukar untuk dilupakan. Menurut Maya,baju raya kesayangannya penah terbakar akibat keseronokkan bermain bunga api sewaktu bermain bunga api bersama sanak saudara. Selain itu, Maya juga pernah merasai kehilangan duit rayanya akibat kecuaiannya sendiri.

Hampir separuh kain baju raya terbakar akibat terkena bunga api.Selepas itu kaki saya pula terpijak bunga api dan masa itu saya hanya mampu menangis sahaja kerana bertimpa-timpa pula masalah yang datang.
Selain itu saya pernah kehilangan duit raya selepas puas berjalan keliling kampung.Saya merupakan seorang yang suka mengumpul duit syiling,apabila tahu duit saya sudah hilang sudah pasti saya akan sedih.Selepas itu saya lebih berhati-hati supaya duit raya saya tidak hilang lagi.

Kongsi wanita yang cukup menggemari hidangan Sambal Goreng Jawa, Rendang Daging serta Lontong ketika Syawal menjelma. – mh
June 28, 2017

Ayda Jebat Jatuh Motor Di Pagi Raya



Lincah dan aktif, itulah gambaran yang cukup sesuai buat pelakon bertubuh kecil ini. Ayda Jebat punyai auranya tersendiri mampu membuatkan ramai jatuh cinta terhadapnya.

Tidak mahu lepaskan peluang untuk berkongsi cerita pengalaman rayanya.

Gadis yang sering menggunakan hashtag #saiatakkuad dan #muahciked hanya mampu ketawa terlebih dahulu sebelum memulakan cerita.


“Dahulu semasa zaman kanak-kanak, saya ni jenis pemalu orangnya. Jadi untuk beraya dan mengumpul duit raya dari orang itu memang agak segan sikitlah.

“Lagi pula, dalam semua adik beradik saya yang paling dewasa jadi sayalah yang paling kurang dapat duit raya, ” katanya pada MH

Lumrah seorang kakak bila beraya, pasti dia akan disuruh untuk menjaga adik-adiknya terutamanya dalam bab menjaga duit.

“Pernah sekali tu, adik saya meminta saya untuk menyimpan duit raya miliknya. Dia tidak tahu, saya telah ‘menyimpan’ beberapa ratus duit miliknya dan akhirnya, lesap!”ceritanya pada MH sambil ketawa besar.
Dalam pada itu, Ayda juga ada mengatakan yang dia juga punyai pengalaman pahit sewaktu musim perayaan.

Ayda bersama adiknya Fina yang pernah menyertai program realiti Akademi Fantasia ini pernah terbabas ketika menunggang motosikal di kampung.

“Pada ketika itu, kami pulang ke kampung di Melaka. Seperti biasa kalau berada di kampung memang kami teruja untuk menunggang motosikal milik bapa saudara. Suatu hari, adik saya Fina memberitahu bahawa dia tahu menunggang motosikal. Kami kemudiannya bersama-sama menaiki motor tersebut dan akhirnya terbabas.

“Rupa-rupanya dia langsung tidak tahu menunggang motor, tetapi mengambil kunci motor tersebut secara senyap-senyap,” cerita Ayda.

Walaupun tiada sebarang kecederaan serius berlaku, tetapi adiknya mengalami kesan lecur di bahagian kaki kerana terkena ekzos panas.

Katanya sambil ketawa, itu pengalaman yang tidak boleh dilupakan dan selepas itu dia dan adiknya dimarahi oleh keluarga dan serik untuk mengulanginya lagi. – mh
June 28, 2017

Ini Antara Sebab-Sebab Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki


Wanita dilahirkan dengan sifat yang penyayang, oleh kerana itu apabila dia bercinta pasti akan setia hanya pada pasangan sahaja. Kalau dah cinta pada seseorang, dia sanggup berkorban apa sahaja demi orang yang dicintainya.

Akan tetapi jika dia sudah tawar hati, mungkin dia akan meninggalkan anda dalam keadaan anda sendiri tertanya-tanya apa kesalahan yang telah anda lakukan sehingga dia pergi begitu saja. Sesetengah lelaki beranggapan bahawa wanita yang berkelakuan begitu sangat kejam dan tidak mempedulikan perasaan orang lain.

Tetapi anda pasti anda tiada melakukan kesalahan yang boleh membuatkan si dia berubah hati? Ada kemungkinan ada sesuatu yang telah mengecewakan hatinya. Mungkin saja anda tidak perasan ada sesetengah perbuatan anda terhadapanya telah membuatkan dia merasa tidak dihargai dan merasa kecewa. Mari kita cuba lihat antara faktor-faktor mengapa ianya terjadi.

Sering ditipu

Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal perhubungan sudah ditipu, hati mana yang tidak merasa kecewa. Mungkin saja pasangan anda sepertinya tidak mengambil endah dengan penipuan anda, tetapi percayalah, rasa sakit hati itu disimpan sehinggalah pada suatu hari kelak dia akan meluahkan segalanya dan pergi meninggalkan anda. Ketika itu hendak menyesal pun tidak berguna lagi.

Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat.


Tidak mengambil berat

Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Jika dahulunya sentiasa mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar. Tetapi kini segalanya berubah, Mesej tidak dibalas, Telefon tidak diangkat, Whatsaap pulak tidak dilayan dan dibiarkan “seen” sahaja.

Mungkin pada anda perkara-perkara tersebut remeh dan tidak perlu diperbesarkan. Tetapi ianya membuatkan pasangan anda terasa terabai dan merasa diri tidak diperlukan lagi. Dan kerana itu, ia antara sebab mengapa pasangan anda mengundurkan diri dan menjauh hati.

Curang

Sudah menjadi lumrah apabila sudah mempunyai pasangan, pasti saja tidak puas dengan seorang. Mengapa mesti hati cepat berubah dan ingin mencari yang lain walaupun sudah berpunya? dan apabila sudah diketahui berlaku curang, senang saja hanya meminta maaf dan mengharapkan keadaan menjadi sediakala seperti tiada apa yang berlaku.

Percayalah, ketika itu hati pasangan anda sangat hancur dan tiada lagi kepercayaan terhadap diri anda. Jangan salahkan dia jika dia pergi meninggalkan anda kerana sikap tamak anda itu.


Panas baran

Asal bergaduh saja hendak naik tangan, suka maki-maki dan mudah menilai pasangan dengan perkara-perkara yang tidak betul. Wanita tidak suka dilayan dengan kekerasan keran hati mereka sangat lembut dan mereka adalah insan yang lemah

Mereka seharusnya dilindungi, bukan dilayan dengan kekerasan.

Terlalu ego

Lelaki memang ego tapi jangan sampaikan boleh merosakkan hubungan anda berdua, cuba rendahkan ego anda dan jika berbuat salah, ringankan mulut untuk meminta maaf.

Tidak pandai pujuk

Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.

Tidak serius dalam hubungan

Wanita yang matang akan serius dengan perhubungan mereka, begitu juga dengan lelaki. Tetapi jika anda tidak serius dan tidak berfikiran jauh tentang perhubungan anda, pasti saja dia rasa anda tidak begitu serius dan tidak matang dalam menguruskan sesuatu hubungan. Bila bercakap bab kahwin, asa saja alasannya. Bila ajak jumpa mak ayah, terus kata sibuk bekerja dan sebagainya. Terlalu banyak alasan antara faktor mengapa wanita mudah bertukar fikiran dan berjauh hati.


Tidak tetap pendirian

Sering bertukar-tukar keputusan, Sekejap begini sekejap begitu, tidak tetap pendirian adalah salah satu sebab mengapa wanita cepat berubah hati.

Kurang memahami

Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

Suka kongkong dan memaksa

Jangan cemburu buta. Buang sifat cemburu itu jauh-jauh kerana ianya boleh membuatkan pasangan anda merasa rimas dan cepat tawar hati. Mereka tidak suka dikongkong apatah lagi apabila dianggap melakukan perkara yang tidak dilakukan. Cemburu buta boleh mencetuskan perbalahan, dan selalunya hubungan yang sebegini tidak bertahan lama.

Kedekut dan berkira

Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Pinjam duit minta diganti, naik kereta pula berkira dengan mintak kereta. Sesekali cuba berkorban untuk pasangan yang mungkin sudah banyak berkorban untuk anda. Belum berkahwin sudah berkira, apatahlagi apabila bersama nanti.

Suka pinjam wang perempuan

Elakkan daripada memakai duit pasangan anda. Memang dia akan pinjamkan kerana atas dasar sayangkan anda. Tetapi jangan pula mengambil kesempatan atas kebaikan itu. Jadilah lelaki yang bermarua, jangan pula apabila diberi muka, bertambah berani pula anda meminta duit dari pasangan.

Jangan pernah abaikan pasangan anda, ini kerana apabila dia diabaikan, dia akan merasa diri tidak diperlukan, dengan itu dia bertindak untuk pergi dan mencari kehidupan sendiri. Jangan salahkan pasangan anda jika dia pergi meninggalkan anda tanpa memberitahu sebab-sebabnya. Mungkin saja sudah terlalu lama makan hati sehingga sudah tidak dapat bertahan lagi. Tidak guna sesali apa yang telah terjadi, oleh kerana itu penting untuk anda lebih peka dengan perasaan pasangan anda. Layanlah dia sepertimana pertama kali anda ingin memilikinya.

Tuesday, June 27, 2017

June 27, 2017

Cari Merata Tak Jumpa Mana Wallet .. Saya Baca Ayat Nie 41 Kali .. Selang Beberapa Minit Lepas Tu Apa Jadi Betol Buat Saya Terkejut ..



ALLAHU AKBAR…ALLAHU AKBAR… ALLAHU AKBAR..!

Saya share sedikit apa yg berlaku kt saya sehari dua ni yaa..
Semalam lebih kurang 11.30 pagi… wallet dalam tangan saya….tiba2 saya tak ingat saya letak mana. Dalam poket seluar ke…kat meja ke…jenuh saya dan isteri mencarinya berjam jam disegenap penjuru rumah termasuk dalam plastik sampah kut2 terbuang, dalam mesin basuh, dalam bilik air…bawah katil, bawah kerusi, semuanyaaa…tapi masih jugak tidak jumpa…!

Akhirnya isteri saya mengajak membaca yasin bersama…solat hajat dan berdoa. Selepas itu kami teruskan mencari…masih juga gagal menjumpai apa2. Kemudian kami pergi membuat laporan polis utk salinan dokumen pengenalan diri sementara. Ye laa…semua dokumen penting saya hilang!😭 
Lepas tu saya masuk opis seperti biasa.

Di opis…isteri saya cuba search doa2 berkaitan dgn barang2 hilang. Ada banyak jenis doa tapi tiba2 saya teringat kpd Ustaz Luthfi yang mengajar anak2 tahfiz di kejiranan saya. Saya wassap dia dan menceritakan apa yg berlaku. Saya meminta pandangan darinya apa ikhtiar seterusnya yg harus saya lakukan? Ustaz Luthfi yg sekarang ini sedang beraya di kampungnya di Indonesia, meminta saya membaca surah Al-Imran ..ayat 9 sebanyak 41 kali.

Dan pagi tadi… saya pun membaca surah yg diajar oleh Ustaz Luthfi sebanyak 41. Selesai membaca, saya berdoa kpd ALLAH agar dibukakan pintu hati dan dibukakan hijab saya dan isteri agar kami dapat jumpa barang yg hilang di atas kecuaian saya sendiri. Tak sampai beberapa minit….tiba2 mata saya memandang tepat ke arah tirai dapur dan melihat sesuatu tergantung kt tirai tu..! ALLAH… wallet saya!!

😭 ALLAH tunjuk cash kt saya dan Alhamdulillah doa saya dimakbulkan. Berdiri bulu roma saya sbb saya dan isteri banyak kali lalu kt tirai tu and kuar masuk dapur.. tak nampak apa2 pun dr semalam.!!


Semoga perkongsian pengalaman saya ini boleh memberi manfaat kpd semua. Kalau barang hilang ..jangan cepat buat tuduhan …dan jangan duk kalut nak gi jumpa bomoh buang saka bagai. Mintalah kpd ALLAH s.w.t. Yakinlah kpdNYA…!!!

Kalau ALLAH tidak makbulkan permintaan kita sekali pun….tidak perlu kecewa.. redho seadanya… kerana semua yg kita miliki ini hanyalah pinjaman semata2 termasuk nyawa kita sendiri. ANYTIME ALLAH BOLEH MENGAMBIL HAK NYA..!! Kita ni nothing!
Sekian.

DOA MENDAPATKAN BARANG HILANG


Maksudnya:(Surah Ali Imran: Ayat 9)

“Wahai Tuhan kami sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari Kiamat) yang tidak ada syak padanya”. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

Keterangan ayat:

Dalam ayat ini, Allah SWT mengingatkan bahawa orang-orang yang beriman itu amat memperhalusi dan menjaga diri mereka kerana bimbang terlibat dalam perkara-perkara yang dilarang. Mereka meyakini adanya hari pembalasan yang akan menyebabkan manusia ditentukan hukumannya oleh Allah sama ada ke syurga ataupun ke negara. (Tafsir Ibn Kathir).

Khasiat dan kaifiat beramal dengannya:

Menurut al-Imam al-Suyuti dalam Tafsir al-Darrul Manthur, ayat ini diamalkan oleh Nabi SAW untuk menemui barang yang hilang.

Cuma terdapat sedikit perubahan (sila rujuk pada doa kehilangan barang dalam Doa Daripada al-Sunnah).

Sumber: FB Herosifuchess Rockmania / Potongan Ayat Dari Utusan Online / tafsirq.com/

Sunday, June 25, 2017

June 25, 2017

7 Perkara Yang Akan Menggembirakan Isteri Yang Mana Setiap Wanita Mahu Si Suami Tahu


Kalau usia perkahwinan anda dan isteri dah mencapai tahun ke tiga, anda akan perasaan semua perasaan cinta dah kasih sayang tu mulai pudar.

Selepas pelbagai penat lelah bersama, kebahagian rumah tangga itu akan mulai hambar. Tapi tak mengapa, anda sebagai sebagai suami sentiasa boleh memperbaiki keadaan ni, malah sudah tanggungjawab anda untuk berusaha menjadi suami terbaik untuk isteri yang terbaik.

Baca 7 perkara yang akan membuatkan isteir anda gembira dan serikan semula rumah tangga anda!

1 - Jangan Bercakap Macam Cakap Dengan Member

Cara orang lelaki dan orang wanita bercakap memang lain sangat. Lelaki, bila bercakap dengan member, mereka suka berkongsi pendapat tanpa sebarang tapisan. Mereka juga sangat suka 'mengenakan' rakan-rakan lain di hadapan member-member lain. Bagi lelaki, perkara itu biasa sahaja.

Tapi, kalau si suami bercakap dengan cara yang sama dengan isteri, lain pula ceritanya. Wanita memang makhluk ciptaan Tuhan yang sensitif. Jangan sesekali melawak dengan kelemahan mereka dan pastikan sentiasa mempunyai 'filter' bila mengekspresikan pendapat. Kalau tak, memujuk la jawabnya.


2 - Nak Kontrol Tu Jangan Nampak Sangat

Salah satu komplen yang selalu diutarakan oleh kaum isteri adalah suami suka sangat kontrol atau mengongkong mereka. Bila ditegur oleh isteri, suami biasanya akan lawan balik dengan berkata 'saya kan ketua keluarga...'.

Betul la suami tu ketua keluarga, tapi apa kata kalau upgrade dari ketua keluarga kepada pemimpin keluarga? Maknanya, kalau nak suruh isteri basuh pinggan tu turunlah sekali ke dapur tolong-tolong kemas sampah.


3 - Setiap 10 Tahun Anniversary, Mesti Barang Kemas


Bagi wanita, perkataan anniversary (ulang tahun) tu sangat bermakna buat mereka. Tak kiralah apa-apa jenis anniversary. Sebab tu mereka selalu hafal tarikh-tarikh penting.

Ni tips mudah untuk bagi rasa mereka dihargai. Setiap 10 tahun anniversary perkahwinan, pastikan anda menghadiahkan isteri anda barang kemas. Ia akan menjadi satu penanda aras bahawa itu penanda aras kejayaan anda bersama.

Bila bercakap pasal barang kemas ni, wanita memang minat. Mereka suka nampak cantik, jadi barang kemas tu ibarat satu penghargaan buat mereka - sama perasaan dia bila kita dapat bonus sebulan gaji. Lagi kerap anda hadiahkan isteri barang kemas, lagi bagus tapi jangan sampai sebulan sekali. Botak kepala yeop.


4 - Jadilah Suami Yang Gentlemen

Bila kali terakhir anda membuka pintu untuk isteri anda? Kalau dah lama tak buat macam tu, dah tiba masanya untuk berubah semula menjadi seorang gentlemen kembali - sama seperti masa mula-mula bercinta dulu.

Gentlemen di sini bermaksud menjadi seorang lelaki yang selalu mengutamakan wanita.  Zaman sekarang ni memang payah untuk mencari lelaki jenis ini; mungkin kerana stress atau zaman sudah berubah; tetapi wanita sentiasa dahagakan perhatian dari lelaki yang gentlemen.


Tak tahu nak mula dari mana? Mulakan dengan membahasakan isteri anda 'Sayang' atau dalam bahasa mat salehnya 'Love'.


5 - Pegang Tangan di Tempat Awam


Kalau ingat lagi lagu Senario yang pasal pegang-pegang tangan ni, mesti anda akan angguk kepala tanda setuju. Awal-awal kahwin bukan main pegang tangan. Lama-lama kang mesti dah tak mahu nak pegang.

Walaupun perkara itu normal, tapi ia juga menandakan perhatian yang anda berikan kepadanya semakin kurang.


6 - Tadah Telinga Sahaja, Jangan Baiki Lagi


Satu kesalahan terbesar yang dibuat setiap lelaki adalah cuba memperbaiki keadaan bila terjadi isteri mengadu apa-apa kepadanya.

Jika isteri dah mula membebel dan anda cuba untuk memperbetulkan keadaan dengan memegang bahunya, cuba nak jelaskan keadaan atau apa-apa je la, anda sebenarnya sedang membuat kesilapan besar sebenarnya.

Bila membebel, apa yang mereka mahukan adalah seseorang yang mendengar. Jadi tadah je la telinga tu!


7 - Jadi Hero Dengan Ganti Mesin Basuh Lama Kepada Mesin Basuh Inverter Nano Wash Toshiba.

Apa? Ya, ini ada sedikit iklan. Tapi hakikatnya, anda akan membuat isteri ceria apabila memberinya mesin basuh yang baru. Tahukah anda bahawa isteri anda mengadap mesin basuh lama kat rumah tu tiap-tiap hari untuk basuh baju? Kalau usia mesin basuh tu dah lima tahun, isteri anda dah mengadap mesin yang sama sebanyak 1,825 kali atau lebih! Bosan wei mengadap muka sama tiap-tiap hari lagi-lagi kalau mesin tu menyusahkan.

Apa kata ceriakan isteri anda dengan mesin basuh Basuh Inverter Nano Wash Toshiba ini. Dengan mesin basuh baru ni, nescaya baju-baju akan jadi lagi bersih kerana mesin basuh itu berupaya menghasilkan Ultra Fine Bubble (UFB) bagi menyental pakaian-pakaian busuk anda.


Mesin Basuh Inverter Nano Wash Toshiba ini juga didatangkan dengan Motor S-DD yang bertahan lama, jadi isteri tak payah pening-pening nak panggil orang baiki lagi.



Selain itu Duo-Active Roller yang ada pada mesin ini membuatkan pintalan dari pakaian yang dicuci dan mengurangkan kedutan pada pakaian anda nanti, ini akan mengurangkan kerja dia dirumah. Dengan sistem butang sekali tekan pada panel rekaan terbaru, dia hanya perlu tekan pilihan cucian yang dikehendaki.

Ceriakan isteri anda sekarang, layari toshiba.com.my sekarang 😏😏😏
June 25, 2017

Lagi Masjid LGBT Bakal Dibina




Oslo, Norway: Kejayaan pembukaan “masjid liberal” di Berlin telah memberi nafas baru kepada perjuangan golongan liberalis dan LGBT Muslim. Terkini, sebuah masjid mesra LGBT akan dibina tidak lama lagi di Oslo, ibu negara Norway.

Masjid yang diberi nama Masjid al-Nisa’ (Masjid Wanita) telah dicadangkan oleh seorang aktivis gay Islam dan pengasas pertubuhan LGBT Muslim, Thee Yezen al-Obaide.

Sebelum masjid ini dibangunkan, Thee Yezen al-Obaide telah mewujudkan platfom untuk golongan LGBT Muslim di Norway yang dikenali sebagai Skeiv Verden. Platfom ini membolehkan golongan LGBT Muslim di Norway berinteraksi sesama sendiri.



Menurut Thee Yezen, masjid ini akan memberi peluang kepada wanita untuk menjadi imam dan jemaah daripada semua jantina boleh solat di dalam bilik yang sama.

“Saya mahu memulakan sebuah masjid feminis di mana wanita diberi ruangan yang sama seperti lelaki. Kedua-dua lelaki dan wanita sepatutnya boleh mengimamkan solat, dan semua jantina sepatutnya boleh bersolat dalam bilik yang sama.

” Laporan yang diterbitkan oleh saluran berita Bahasa Inggeris dari Norway, The Local, masjid ini mengalu-alukan kedatangan semua orang yang merasakan diri mereka tidak sesuai untuk menghadiri masjid biasa.



“Masjid ini akan menjadi satu tempat yang terbuka untuk sesiapa yang merasakan dirinya tidak sesuai dengan masjid-masjid biasa. Wanita, lelaki, mak nyah atau pak nyah, homoseksual dan heteroseksual, kesemuanya dialu-alukan,” ujar Thee Yezen.

Laporan berita Russia Today melaporkan bahawa masjid ini bukan dibina atas sebab penentangan terhadap masjid-masjid lain bahkan kewujudkan masjid ini akan menambahkan lagi kepelbagaian yang ada.

Perjuangan ini seperti juga gerakan LGBT lain pada asasnya menuntut masjid-masjid supaya terbuka menerima golongan LGBT untuk bersolat bersama dengan jemaah seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.

Kejayaan seperti ini juga boleh dilihat di Malaysia dengan penubuhan pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak LGBT di Malaysia seperti Pelangi Campaign, Yayasan Kebajikan dan Kesedaran Transgender (SEED), Justice for Sisters dan lain-lain lagi.



Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online, pertubuhan mak nyah yang diterajui oleh Nisha Ayub pernah mendapat bantuan sebanyak RM700,000 setahun bagi tempoh tujuh tahun dari 2007 – 2013.

Kejayaan berterusan yang ditempa oleh pejuang-pejuang LGBT ini dijangka bakal merubah masa depan negara ini ke arah Islam yang lebih liberal dan mesra LGBT sepertimana yang dinikmati oleh golongan LGBT yang beragama Islam di negara-negara Barat.

Saturday, June 24, 2017

June 24, 2017

Siti Kasim Kutip Derma Lawan JAWI, Ikrar Pertahan LGBT


KUALA LUMPUR: Siti Kasim menyeru para penyokongnya untuk beramai-ramai menyumbangkan derma bagi membiayai perjuangannya untuk menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan juga bagi menampung kosnya mempertahankan diri di mahkamah.

Siti Kasim menegaskan bahawa beliau akan melawan JAWI berhabis-habisan, dan menyeru rakyat Malaysia untuk turut menyokong perjuangannya itu.

“Kita jangan benarkan sesiapa pun untuk menunjukkan kekuatannya hanya kerana mereka ingat mereka boleh melakukannya,” tegas Siti Kasim.

Siti Kasim telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 23 Jun lepas dan didakwa atas tuduhan “menghalang tugas penjawat awam” di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Pada April tahun lepas, Siti Kasim dikatakan telah menghalang pegawai penguatkuasa JAWI menjalankan tugas semasa JAWI mengadakan serbuan di satu acara mak nyah di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.



Siti Kasim berikrar di hadapan pihak media bahawa beliau akan terus mempertahankan hak LGBT.

 “Saya takkan mengalah dan akan teruskan apa yang selalu saya buat; pertahankan hak semua orang bukan sahaja komuniti LGBT, tetapi komuniti yang lain juga. Semua orang harus berani pertahankan hak mereka,” ikrar Siti Kasim.

“Kita harus berhentikan tindakan ini. Bagi saya serbuan ini satu tindakan menyalahi undang-undang terhadap komuniti mak nyah!” tegas beliau.



Friday, June 23, 2017

June 23, 2017

Fadhilat Dan Khasiat Surah Al-Mulk


Surah Al Mulk (bahasa Arab:الملك ) adalah surah ke 67 dalam Al-Qur’an. Surah ini tergolong surah ‘makkiyah’ yang terdiri daripada 30 ayat. Dinamakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini. yang bererti ‘Kerajaan’. Surat ini disebut juga dengan ‘At Tabaarak’ yang bererti Maha Suci.

Kelebihan Surah Al Mulk


Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”

Di antara kelebihan Surah ini ialah:

1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.

Fadhilat Dari Hadis
Terdapat banyak hadis tentang fadhilat yang terkandung dalam Surah Al Mulk, iaitu:
.
1. Mendapat Syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk.”
Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun untuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk.”
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan Tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka.”
 .
.
2.  Menyelamatkan daripada seksa kubur

Di dalam kubur orang yang telah mati para malaikat azab datang pada sisi kakinya untuk memberi  hukuman.  Kakinya berkata; “kamu tidak dapat hampir dari sisi kakiku kerana orang ini pernah berdiri dalam solat dan membaca Surah Al-Mulk”. Kemudian mereka datang dari sisi dada (hati) dan perut, dan mereka juga terhalang. Kemudian mereka datang dari sisi kepala.
Pendekata, setiap sendi berkata; “kamu tidak dapat datang dari arah ini kerana orang ini selalu membaca Surah Al-Mulk”. Maka, Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur.
.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur.”
Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir”.
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga.”
Saiyidina ‘Abdullah bin Abbas berkata: “Sesiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke kepala, terdengar satu seruan: “Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk.”
Daripada Ibnu Abbas r.a berkata, seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : “Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda; “Itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur.”  (HR At-Tarmizi)
 .
 .
3. Hati Beriman

Rasulullah SAW bersabda: “Hatiku ingin supaya Surah Al-Mulk berada di dalam hati setiap orang yang beriman.” (iaitu setiap muslim hendaklah mempelajarinya dan membacanya dengan istiqamah).
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya.”
 .
 .
4.  Mendapat Keistimewaan

Saiyidina ‘Ali berkata: “Sesiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf.”
Ulama berkata: “Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Sesiapa mengamalkannya, nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk.”

Sumber: Shafiqolbu
June 23, 2017

4 BERADIK YATIM PIATU HIDUP KONGSI KISAH HIDUP BUAT MENITIS AIRMATA, NETIZEN MOHON SEBARKAN PIHAK BERWAJIB TAMPIL BERI BANTUAN



“Mak meninggal 3 tahun lepas, ayah meninggal 2 bulan lepas…lepas mak ayah dah tak ada, kami duduk dgn tokwan…dulu tokwan kerja, lepas tokwan sakit tulang belakang dgn bengkak hati, tokwan dah tak boleh bergerak….tapi….sekarang Allah pun ambil tokwan…tokwan dah ikut mak dgn ayah….”

Allah…Sama-Sama Kita Sebarkan, Mana tahu ada yg tampil beri bantuan…Pada yg nak hulur sumbangan, ada disertakan maklumat utk yg ikhlas membantu…Jom Share Sepantas Mungkin !

Assalamualaikum. Bantulah. 4 BERADIK YATIM PIATU di No 42 kg baru,seri dacing,sik kedah (dekat felcra)
ayah anak2 ini baru saja meninggal pada bulan 1 tahun ni,ibunya pulak meninggal tahun 2014

Tarikh meninggal ibu 11/7/2014
Tarikh meninggal ayah 28/1/2017

1)Mohd danish fitri
Umur 9 tahun

Tiada dlm gambar Sorang lagi tinggal rumah tok sebelah arwah maknya

2 )mohd danish adha
Umur 7 tahun.pelajar sk haji hussein sik kedah. Tak dapat ke sekolah sekarang.masa arwah ayahnya ada,arwah yang hantar ke sekolah

3)mohd danish faris
Umur 3 tahun

Ibu baru
4)mohd danish asraf
Umur 10 bulan


Kini anak-anak ini tinggal di rumah (tokwan&tok) mereka,pakcik mat nor tokwan kepada anak2 kecil ni pula mengidap sakit “tulang belakang” dan “bengkak hati”

tak boleh nak bergerak banyak,dulu pakcik matnorlah yg bekerja untuk cari rezeki,sekarang dia sakit,hilanglah punca pendapatan untuk menyara cucu2nya
makcik (tok) kepada anak2 kecil pula tidak bekerja,hanya suri rumah sepenuh masa

Sekiranya di luar sana sudi membantu kurangkan beban mereka di persilakan saya sediakan no telefon pakcik matnor dan akaun bank untuk mudahkan sebarang sumbangan

Mohd Noor Ibrahim
0174370835
Bank islam
02-020-02-030329-8

Sekiranya tidak mampu bantu,bantulah share,semoga ada insan2 yang dapat membantu anak2 kecil ini dan pakcik mat nor.. Allah kira semua itu walaupun kita hanya sekadar share..
June 23, 2017

" Saya Sampai Awal 10 Minit Tapi Tak Dibenarkan Masuk Dalam Kapal Dan Terpaksa Beli Tiket Baru " Jawapan Pramugari Sombong Ni Tak Masuk Akal !


ADUAN DARI WASABI HUA:

Semalam saya terlepas penerbangan dan terpaksa menanggung kerugian RM1,400 untuk membeli tiket penerbangan yang baru. Boarding time jam 3.30 petang, saya tiba di pintu masuk jam 3.40 petang disebabkan jarak perjalanan ke pintu masuk yang terlalu jauh. 

Bila sampai, pintu masuk telah ditutup dan lebih kurang 10 minit kami terpaksa mencari kakitangan Air Asia untuk membantu kami. Pesawat masih berada di situ dan kami telah mendaftar masuk di kaunter, serta bagasi kami telah dibawa masuk ke dalam pesawat. 

Bagaimanapun, kakitangan Air Asia tidak membenarkan kami masuk dan saya terpaksa berjalan jauh untuk mencari kakitangan Air Asia. Di bawah adalah perbualan isteri saya dengan dua kakitangan Air Asia pada hari kejadian. 


Isteri: Boleh awak bantu kami? Kami perlu masuk ke dalam pesawat ini dengan kadar segera. 

Staff 1: Maaf, pintu masuk telah ditutup.

Isteri: Yeah, tetapi pesawat masih berada di situ dan kami hanya mengambil masa satu minit untuk berjalan ke pesawat berkenaan. 

Staff 2 (Pramugari): Maaf sangat-sangat. Kami tidak dapat membantu awak. 

Isteri: Tolonglah, saya perlukan bantuan awak. Ada cara tak untuk awak bantu saya?

Staff 2: Ya, ada caranya iaitu tolong keluar dari tempat ini sekarang. 

Terbaiklah layanan yang diberikan kakitangan Air Asia. Teruskan. Saya pasti satu hari nanti perkara yang sama akan berlaku pada kamu! 

Kepada pramugari berkenaan, ini mesej saya untuk awak. 

 Awak hanya pramugari sahaja, bukannya Miss World atau superstars! Walaupun awak salah satu daripadanya, suatu hari kelak awak akan tua dan dilupakan. Apa yang awak buat pada kami, akan terjadi pada awak semula.
 Awak cuma berkerja dengan Air Asia dan kita semua adalah manusia yang sama. Satu hari nanti awak pasti perlukan bantuan dari orang lain dan saya akan lihat bagaimana tidak terdayanya awak menghadapi situasi itu. 
 Awak bertuah kerana saya tiada bersama isteri ketika awak melemparkan kata-kata seperti itu dari mulut awak. Kalau tidak, pastinya saya akan ajar awak bagaimana untuk berkelakuan sopan dan hormat pada orang. 



Yang kedua, 

 awak beritahu saya boarding time jam 3.30 petang dan pintu masuk ditutup pada jam 3.40 petang. Jika saya terlepas waktu pendaftaran masuk, saya takkan cakap apa-apa. Tetapi saya dah daftar masuk! 


Ketiga, 

 Air Asia keluarkan bagasi kami dari pesawat. Jika Air Asia ada masa untuk mencari bagasi kami, kenapa Air Asia tak benarkan kami masuk ke dalam pesawat yang mana ia hanya mengambil masa seminit? 


Akhir sekali, 
 saya pergi menuntut bagasi saya di ruang tuntutan bagasi. Kakitangan di situ meminta saya pergi periksa dan selepas itu, kakitangan yang lain pula menyuruh saya pergi ke bahagian ketibaan dan disitulah saya ditahan oleh polis. 


Selepas menjelaskan situasi yang saya hadapi, polis membenarkan saya masuk. Saya terpaksa habiskan masa sejam untuk mencari bagasi kami dan akhirnya menemui bagasi kami di ruang tuntutan bagasi penerbangan antarabangsa. 

Air Asia, saya kagum dan hormat dengan kejayaan anda dalam industri ini dan saya bukan siapa-siapa yang boleh memberikan cadangan bagaimana Air Asia boleh meningkatkan mutu perkhidmatannya. Tetapi tolonglah ajarlah kakitangan anda hormat dan bantu pelanggan anda.


BOARDING TIME 15:30. GATE CLOSES 15:50 (20 MINUTES FOR BOARDING)


Berdasarkan gambar pass masuk yang dimuat naik oleh pengadu, tertera di bahagian langkah keempat yang menyatakan dengan jelas bahawa, pintu masuk ditutup pada jam 3.50 petang. Dalam kes ini, pengadu tiba di pintu masuk pada jam 3.40 petang, 10 minit sebelum jam 3.50 petang. 


"Gate closes at 15.50. If you arrive after this time you will be denied boarding." 


Sementara itu di media sosial, netizen juga turut berkongsikan pengalaman di mana mereka juga pernah dan hampir pernah mengalami situasi seperti itu berikutan jarak pintu masuk yang sangat jauh. 


"Saya hampir mengalami kes seperti ini. Tiba awal di lapangan terbang, tetapi tidak banyak kaunter daftar masuk yang dibuka menyebabkan penumpang beratur panjang untuk urusan daftar masuk. Datang awal tetapi masih melekat di barisan kaunter, apa gunanya?" kata netizen. 
DATANG 3 JAM LEBIH AWAL

Bagi yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan Air Asia di terminal KLIA 2, jarak perjalanan ke pintu masuk sememangnya jauh dan memakan sedikit masa untuk tiba. Namun bagi yang belum arif dengan keadaan dan situasi itu, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal seperti yang disarankan oleh Air Asia, iaitu tiga jam sebelum penerbangan. Ini bagi mengelakkan kes kelewatan masuk ke pesawat masing-masing.


Sumber : Thereporter
June 23, 2017

Telefilem '16 Puasa' Ketengahkan Realiti Sebenar Yang Berlaku Dalam Masyarakat Berkait Dengan Pergolakan Jiwa


Filem, drama, mahu pun tele-movie, banyak ditayangkan sama ada di televisyen, atau pun panggung wayang, yang mana sering kali menjadi tontonan setiap dari kita dalam mengetahui jalan cerita atau mesej yang cuba disampaikan.

Seperti yang sudah sedia maklum, ramai di antara kita telah tengok sebuah cerita hasil arahan Mamat Khalid, iaitu 16 Puasa, yang mana mengisahkan mengenai penduduk kampung yang sering ponteng puasa. Berbeza dengan ’15 Puasa’, di mana hanya seorang individu sahaja yang tidak berpuasa.

Tidak dapat dinafikan juga, karya-karya yang dihasilkan oleh Mamat Khalid sememngnya memberikan satu impak dan ada mesej tersendiri. Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Izwanuddin Abd Rahim, apa yang dapat dinilai dan diperolehi dari telefilem 16 Puasa ini, cukup dekat dengan norma kehidupan seharian kita.


Telefilem 16 Puasa arahan Mamat Khalid ditayangkan di Astro First sempena bulan puasa ini. Telefilem ini dibintangi oleh Sabri Yunus, Aziz M. Osman, Ngasrizal Ngasri, Rab Khalid, Man Kadir, Sharwani NS, dan TJ Isa.

Ceritanya berkisar tentang beberapa orang sahabat yang sering ponteng puasa bersama-sama. Ini kesinambungan daripada telefilem 15 Puasa lakonan Adlin Aman Ramlie yang diarahkan oleh Mamat Khalid dahulu.

Berikut beberapa ulasan saya terhadap telefilem ini.

1. Formula persahabatan

Mamat Khalid berjaya mengumpulkan beberapa nama besar untuk berlakon di bawah arahannya. Menjadi suatu kebiasaan Mamat Khalid untuk bekerjasama dengan rakan-rakan rapatnya dalam karya-karya yang diarahkannya.

Bukan calang-calang orang yang bekerja bersama beliau. Sabri Yunus misalnya, pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 2011 menerusi telefilem Sangggul Beracun.

Aziz M. Osman pula pernah memenangi anugerah Pengarah Terbaik di Anugerah Skrin 1998 menerusi filem Baginda.

Selain itu, para pelakon lain yang terlibat juga sudah biasa muncul dalam drama dan filem arahan Mamat Khalid. Mamat Khalid seakan-akan mengulangi formula Tan Sri P. Ramlee yang sering bekerjasama dengan orang-orang yang sama dalam karya-karyanya.


2. Unsur realisme, parodi dan satira

Tiga elemen ini menjadi nafas utama dalam karya ini. Realisme ialah sesuatu yang benar-benar berlaku. Parodi ialah meniru kisah atau situasi asal dengan gaya yang melucukan. Satira pula ialah karya yang berbentuk sindiran terhadap sesuatu. 

Dalam telefilem ini, Mamat Khalid mengangkat realisme dalam masyarakat Melayu ketika berpuasa. Kewujudan orang yang ponteng ketika berpuasa diparodikan dan kritikan sosial disampaikan dalam bentuk satira yang santai.

3. Deadpan

Jenis lawak yang digunakan dalam telefilem ini ialah ‘ deadpan ‘. Nama lain bagi genre lawak ini ialah ‘ dry humor ‘. Orang kita panggil lawak kering. Dalam lawak jenis ‘ deadpan ‘, unsur lucu disampaikan dalam keadaan yang serius sehingga kadangkala penonton tidak pasti sama ada perkara itu serius atau tidak. 

Tetapi penonton tetap akan berasa hal itu kelakar. Lawak yang disampaikan dalam telefilem ini bersifat selamba dengan wajah pelakonnya hampir tidak menunjukkan ekspresi mahu membuat jenaka.

Ini berbeza dengan lawak slapstik yang sering digunakan oleh pelawak seperti Jim Carrey yang memerlukan mimik muka yang berlebih-lebihan atau gaya yang dibuat-buat untuk menimbulkan unsur lucu. 

Antara pelawak di Malaysia yang mahir dengan lawak jenis ‘ deadpan ‘ ini ialah Yassin Senario. Buat lawak, tapi muka serius. Kalau telefilem, Kata Samseng yang menampilkan Rosyam Nor, Eman Manan, dan Nasir Bilal Khan antara yang menggunakan lawak jenis ini. Pelakon serius berlakon cerita jenaka. Bayangkan.

4. Auteur

Auteur berasal daripada Bahasa Perancis yang bererti pengarang. Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai ‘ Author ‘. Auteur dalam dunia pengarahan ialah keadaan di mana seseorang pengarah itu memasukkan Weltanschauung ( pandangan alam ) ke dalam karyanya. 

Dengan kata lain, pengarah bertindak seolah-olah sebagai seorang pengarang yang menguasai dunianya. Telefilem ini tebal dengan gaya Mamat Khalid sehingga apabila kita menontonnya, kita tahu ini karya beliau.


5. Zeitgeist

Zeitgeist ertinya semangat zaman. Sewaktu peralihan antara satu babak dengan babak yang lain, Mamat Khalid memasukkan gambar para pelakon yang membuat aksi tertentu sambil memberinya tajuk-tajuk yang lucu seperti Isteriku Mrs Sideburn dan Suamiku Pakai Vest. 

Ini menunjukkan bahawa beliau peka dengan masyarakat di zaman ini yang agak cenderung kepada drama-drama dengan tajuk sedemikian, walaupun beliau belum tentu bersetuju dengannya.

6. Sosialisme Blok Komunis Timur

Lagu-lagu yang digunakan oleh Mamat Khalid dalam telefilem ini memiliki pengaruh sosialisme dari Blok Komunis Timur. Sosialisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah teori atau sistem organisasi sosial yg menganjurkan supaya sumber-sumber kekayaan seperti pengeluaran, tanah, modal, dan sebagainya dijadikan milik negara untuk dinikmati oleh setiap rakyat dengan sama rata. 

Blok Komunis Timur pula merujuk kepada Soviet Union dan sekutunya yang mengamalkan komunisme ketika Perang Dingin dahulu sebelum berlakukan perpecahan sesama mereka. 

Komunisme menurut Kamus Dewan edisi keempat ialah fahaman politik yang ( hendak ) menjadikan faktor pengeluaran dan barang-­barang pengguna milik negara atau milik ber­sama rakyat. 

Penggunaan lagu-lagu ini, tidak semestinya bererti beliau turut menganut fahaman sosialis dan komunis, tetapi lebih kepada memperkenalkan genre lagu yang jarang didengari oleh masyarakat.

Demikianlah sebahagian falsafah pemikiran yang cuba disampaikan oleh Mamat Khalid dalam karya 16 Puasa ini.

~ MIAR ~