Baru-baru ini, telah berlangsungnya majlis persandingan pelakon dan model, Ahya Rosli atau nama sebenar Ahya Ulumuddin Rosli dan pasanganya, Shahirah.
Namun kehadiran penari jemputan sewaktu majlis berlangsung, telah menerima kecaman hebat daripada netizen. Tarian yang menggairahkan oleh penari tersebut sememangnya bertentangan dengan adab dan budaya Melayu.
Pastinya tempias amat dirasai oleh tetamu yang menghadiri majlis tersebut. Berikutan itu, anak saudara lelaki pelakon Normah Damanhuri iaitu Faris Al-Hajari telah tampil meluahkan perasaan kesal dan menceritakan perkara sebenar di laman Facebooknya.
Bersama keluarga pengantin…
Allah pelihara kami sekeluarga!
Mak aku lewat sikit sampai majlis!
Nasib mak tak join makan beradab…
Terima kasih, Allah! Moga kau jaga keluargaku ini…
Luahan hati daripada saudara Faris Al-Hajari ini telah mendapat perhatian ramai dan telah dikongsikan oleh 162 perkongsian di Facebook. Rata-ratanya ramai yang memberikan kata sokongan dan memuji keluarga ini.
Sebelum ini, anak pelakon Normah Damanhuri telah selamat mengikat tali pernikahan dengan gadis pilihan hati dikenali sebagai Shahirah, di Bukit Kiara Equestrian pada 29 Mac lalu.
Sumber : Faiz Al-Hajari
No comments:
Post a Comment