PERNAH anda potong rambut dengan poster selebriti terpampang di kedai gunting rambut?
Semalam kecoh di media sosial apabila Menteri Belia Dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman muat naik gambar dia sedang potong rambut di sebuah kedai gunting rambut mamak. Gambar tersebut nampak biasa sehinggalah Diva Malaysia, Dato Siti Nurhaliza masuk dalam ruangan komen dan puji rambut Syed Saddiq.
Itulah yang terjadi pada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila sedang memotong rambut di sebuah kedai gunting rambut semalam.
Tanpa menyedari ada poster gambar Datuk Seri Siti Nurhaliza (Tokti) di belakang, ia telah menarik perhatian penyanyi nombor satu negara itu.
Tokti sempat meninggalkan komen di gambar Syed Saddiq berkata, “YB cantik rambut saya nampak dari belakang.”
Dengan nada seloroh, Syed Saddiq turut membalas komen Tokti, “Sebab Tokti tengokkan lah Saddiq confident rambut okay.”
Netizen turut sama terhibur melihat gelagat dua figura ini saling berbalas komen.
Sehingga kini, komen Tokti itu telah mendapat hampir 5,000 likes.
Antara Komen Netizen Yang Mencuit Hati Bila Melihat Tokti Dan Syed Saddiq
yanty_panda – “@ctdk haha puas la dok zoom cari rambut yb kat cermin tu… At last baru prasan hotlink.”
haris_hashim – “@ctdk … lawak ni memang sampai.. hahaha”
viviannaamelissa – “@ctdk @_rushez tokti bt lawak alahai comel”
Tetapi ada netizen yang mengatakan Syed Saddiq tidak faham maksud Dato Siti Nurhaliza.
cy.iponez – “@syedsaddiq knp la dia nk jd YB kalu soalan simple xfaham ..tokti ckp tu sbb rambut “AURAT” ..ayoyo mcm mne nk jaga negara kalu soalan simple x faham hahaha..nk maki nnti hati tisu hahah”Jika dilihat dari komen Dato Siti Nurhaliza, dia menulis ‘rambut saya’ dan ada netizen mengulas Tokti sebenarnya merujuk kepada gambar poster ketika dia belum lagi bertudung dan bukan tentang rambut Syed Saddiq.
Jadi kenyataan mana yang betul? Anda nilaikan sendirilah ..
Sumber : Astro Awani / IG Syed Saddiq
Dikemaskini : KL VIRAL
No comments:
Post a Comment