Wednesday, April 3, 2019

“Saya dah lama kering…” – Putus haid, ini antara sebab Rafidah Aziz tidak bertudung


Soal menutup aurat jika dibincangkan pasti menjadi topik perhatian, lebih-lebih lagi timbul pula isu beberapa selebriti tanah air membuka tudung.

Menutup aurat adalah satu kewajipan kepada setiap wanita Muslim, menurut mazhab Syafi’ie, aurat wanita adalah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Baru-baru ini isu tudung dihangatkan lagi, apabila bekas ketua wanita UMNO iaitu Rafidah Aziz, dalam satu temubual telah dihimpit dengan soalan berkenaan mengapa dirinya tidak bertudung.

Ini sebab mengapa saya tidak bertudung

Menurutnya, ketika masih menyandang gelaran sebagai ketua wanita UMNO beliau pernah diajukan soalan dirinya tidak bertudung.

Tidak mahu bersifat hipokrit, beliau nyata mempunyai alasan tersendiri berkenaan dirinya yang tidak mengenakan tudung walaupun beberapa kali imejnya dipersoalkan.




1. Tiada suami

Jika seorang suami meminta isterinya untuk memakai tudung, mungkin menjadi satu kewajipan si isteri untuk menturutinya, namun tidak bagi Rafidah yang sudah lama kematian suami.


2. Tiada arahan daripada kabinet


3. Tidak termaktub dalam perlembagaan


Tambahnya, memakai tudung untuk setiap wanita Muslim di Malaysia tidak termaktub dalam perlembagaan, oleh itu ia terpulang kepada hak individu.


4. Dosa sendiri tanggung


5. Sudah putus haid


Ada setengah pendapat mengatakan bahawa wanita berusia yang telah putus haid tidak diwajibkan menutup aurat, justeru, itu adalah antara alasan buat Rafidah untuk tidak bertudung memandangkan usianya kini menjangkau usia 74 tahun.


Demikianlah antara sebab-sebab yang dinyatakan oleh Rafidah Aziz, walaupun kini semakin ramai yang cuba menyangkal alasannya.

Namun, bukan hak kita untuk mengadili sejauh mana tahap keimanan seseorang, hanya dengan melihat berdasarkan daripada luaran semata-mata.


Sumber : Sinar Harian & Astro Awani





No comments:

Post a Comment