Wednesday, April 24, 2019

Kantoi Rakam Cerita Avengers Dalam Panggung Wayang. Ini Yang Terjadi Kepada Mereka


SERAMAI 11 individu diberikan amaran selepas dikesan cuba merakamkan filem ‘Avengers : Endgame’ pada hari pertama ditayangkan di pawagam di Johor, malam tadi.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, tindakan itu hasil pemeriksaan di pawagam terpilih di negeri ini.
“KPDNHEP Johor melaksanakan pemeriksaan di panggung wayang terpilih di Johor Bahru ketima tayangan filem Avengers Endgame pada 24 April 2019.
“Pemeriksaan ini dibuat bagi mencegah cubaan merakam di dalam panggung wayang,” katanya ketika dihubungi di Johor Bahru, hari ini.
Katanya, sepanjang pemeriksaan itu 11 amaran dikeluarkan kepada penonton kerana cubaan merakam.
Bagaimanapun katanya, tiada sebarang tangkapan dibuat.

WANITA KENA TANGKAP RAKAM AVENGERS TULAR DI TWITTER

Sementara itu, tular di Twitter mendakwa berlaku tangkapan seorang wanita oleh KPDNHEP di pusat beli belah di Bukit Indah, semalam.

Perkongsian itu mendakwa penahanan wanita itu kerana sedang merakam filem Avengers: Endgame menggunakan telefon bimbit.
Terdahulu sempena tayangan filem paling dinanti-nanti tahun ini iaitu Avengers : Endgame, 300 dron Intel Shooting Star diterbangkan ke ruang udara Kuala Lumpur dengan simbol-simbol ikonik filem adiwira itu, kelmarin.
Antara simbol yang dibentuk dengan dron bercahaya itu ialah Avengers, Iron Man, Captain America, Thor dan Hulk.
Persembahan dron itu adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat Malaysia yang memberikan sokongan kepada legasi filem Avengers sejak sedekad lalu.
Ia turut dicatat dalam Malaysia Book of Records sebagai Persembahan Cahaya Menggunakan Dron Paling Banyak.
Dalam pada itu, tiket tayangan Avengers: Endgame yang mula dijual di negara ini pada 2 April sudah mencecah lebih RM10 juta.
Di Malaysia, Avengers: Endgame mula ditayangkan semalam dan mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada penonton.
Sumber : HMETRO ONLINE

PIHAK GSC MELUAHKAN RASA KECEWA


Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang membuat rakaman video dan siaran langsung menggunakan telefon pintar semasa menonton filem di panggung wayang mengundang rasa kesal pihak Golden Screen Cinema (GSC).
Luahan kekesalan pihak GSC yang dimuat naik di Instastory GSCINEMAS baru-baru ini mendapat perhatian netizen yang turut mengecam individu yang berbuat demikian.
“Entah berapa kali? Berapa kali kami perlu memberi peringatan kepada anda bahawa membuat rakaman video di panggung wayang adalah tidak dibenarkan?

Kami beri peringatan di media sosial, kami buat video PSA, malah kami selitkan notis peringatan/amaran di skrin layar sebelum filem mula ditayangkan.
“Tapi tak nak dengar. Nak juga record, nak buat Instastory, Facebook live. Apa mentality tu?
“Sakit hati tengok ada orang macam ni cuba nak merosakkan industri filem. Kecewa.
“Bayangkanlah, bagaimana jika lain kali banyak filem yang tidak dapat masuk ke Malaysia hanya disebabkan pembikin filem sudah hilang kepercayaan terhadap kami? Bagaimana?” soalnya.
Ramai yang bersetuju dengan isu yang dibangkitkan oleh GSC, namun ada yang memberi pandangan GSC juga perlu ambil maklum mengenai beberapa masalah yang seringkali berlaku.

“Aku rasa bukan je benda macam ni GSC kena tegur, but yang suka memekak, berborak-borak dalam wayang pun perlu ditegur. Aku bayar tiket untuk tengok cerita dengan aman, but why ada juga manusia tak boleh hormat orang lain? Pastu bawa budak atau naak kecil mulut macam popcorn. Tak adil untuk orang lain,” kata @fxka_.
Sumber : The Reporter

No comments:

Post a Comment