Thursday, April 4, 2019

Lama tak kahwin, Fasha Sandha terlupa ada suami di sebelah masa bangun tidur


Selesai mendirikan rumah tangga pada minggu lalu, pelakon Fasha Sandha berkongsi pengalaman lucu setelah empat hari bergelar isteri kepada pelakon Aidil Aziz.

Menerusi laporan mStar Online, pelakon drama Syurga Yang Kedua itu terlupa bahawa dirinya sudah berkahwin ketika bangun tidur akibat sudah lama memegang status sebagai ibu tunggal.



Siaran dikongsi oleh Fasha Sandha (@fashasandha) pada

“Memandangkan sudah tiga tahun menjadi ibu tunggal, saya ada momen terlupa mempunyai suami di sebelah semasa bangun tidur.

“Lupa selepas bangun kena gosok baju suami, siapkan sarapan pagi. Bila ingat balik kejadian tu, saya nak mampu ketawa,” katanya.

Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, dia mengakui seronok menjalani kehidupan sebagai suami isteri kerana mempunyai pasangan untuk berkongsi setiap perkara.

“Sejujurnya saya seronok dengan kehidupan selepas kahwin sebab ada teman untuk berbincang dan berbual sebelum tidur,” ujarnya.

Pasangan itu melangsungkan majlis pernikahan di Kangar, Perlis pada Sabtu lalu setelah empat bulan mengikat tali pertunangan.







Fasha juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli pada 2012, namun berpisah empat tahun selepas itu.


Sumber : mStar Online

No comments:

Post a Comment