Umum mengetahui, minuman beralkohol adalah dilarang dalam ajaran Islam kerana sifatnya yang memabukkan.
Walaupun begitu, minuman beralkohol seperti arak masih boleh didapati dengan mudah terutamanya di kelab-kelab malam dan pub.
Nak buka pub halal sebagai ‘port‘ lepak!
Tular baru-baru ini apabila seorang pelakon lelaki menzahirkan niatnya untuk membuka pub halal pertama di Malaysia.
Pelakon Hero Bomba 2, Shah Radhi, memberitahu Harian Metro yang dia ingin mewujudkan satu ruang di mana orang-orang muda boleh berkumpul untuk menikmati muzik dan persembahan teater.
“Hanya makanan dan minuman halal yang akan dihidangkan.”
Menurutnya lagi, fokus utama penubuhan pub halal ini adalah untuk mengetengahkan muzik daripada genre yang berbeza dan persembahan teater dengan tema yang berlainan setiap minggu.
Pub halal terima kritikan netizen
Namun, label halal yang digandingkan bersama idea penubuhan sebuah pub itu sepertinya bercanggah, dan telah menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen.
Rata-rata mereka menzahirkan rasa tidak berpuas hati terhadap idea oleh lelaki ini, kerana ia seperti menggalakkan orang Islam untuk ke tempat tersebut.
Mamak kan dah memang halal
Takpayah acah2 hipster, panggil kafe je
Seni dipandang buruk…
Sumber: MalayMail
No comments:
Post a Comment