Pelakon, Datuk Hans Isaac tidak akan memohon maaf seperti yang diminta oleh aktres, Nur Fazura di atas dakwaan bahawa aktor tersebut telah mencemarkan nama baiknya berkenaan isu meletakkan syarat untuk menyampaikan anugerah sewaktu Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) Sabtu lalu.
Menurut Hans, apa sahaja yang dikatakan kepada Fazura telah dikirim menerusi mesej secara peribadi sebaik sahaja FFM30 tamat dan tidak mengaibkan dia di mana-mana platform terbuka.
“Saya tidak pernah membuat kenyataan secara terbuka tentang situasi yang berlaku pada malam FFM30 dan hanya menghantar mesej peribadi kepada Fazura selepas majlis tamat.
Hans Isaac tidak akan mohon maaf kepada Fazura
“Apa yang dilaporkan oleh media bukan dari pihak saya, terima kasih,” kata Hans sewaktu dihubungi Kosmo! sebentar tadi.
Terdahulu, Fazura meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan dia meletakkan syarat tertentu bagi menyampaikan anugerah pada malam FFFM30 lalu.
Fazura juga menyatakan bahawa mesej yang dikirim oleh Hans selepas tamat FFM30 telah memburukkan nama baiknya dan mahu pelakon Baik Punya Cilok itu membuat permohonan maaf kepadanya.
“Mesej itu sepatutnya antara saya dan Fazura” – Hans Isaac sedia minta maaf kalau betul-betul salah
PELAKON dan penerbit Datuk Hans Isaac terkejut apabila mesej yang dihantar secara peribadi kepada pelakon Fazura diketahui umum.
Menurut Hans, 48, dia akan memohon maaf kepada Fazura jika kehadiran Fattah sebagai penyampai anugerah di Festival Filem Malaysia 30 (FFM30) bukan atas pemintaan peribadi.
“Terkejut juga bila dapat tahu mesej yang sepatutnya antara saya dan Fazura boleh diketahui umum. Sedangkan ia adalah mesej peribadi.
“Saya akui memang ada meluahkan rasa kecewa tu tapi kalau betul kemunculan Fattah sebagai penyampai anugerah tu tak ada kena mengena, dia boleh jelaskan kepada saya, bukan dengan mengeluarkan kenyataan kepada media.
Fazura menjelaskan dia dan Fattah menerima jemputan sebagai penyampai anugerah. Foto Instagram: @aqoimran. |
Hans diminta mengulas mengenai kenyataan Fazura meminta dia membuat permohonan maaf atas tuduhan mendakwa gandingan aktres itu bersama suami sebagai penyampai anugerah merupakan pemintaan peribadi.
Menerusi artikel di sebuah portal hiburan, Fazura menjelaskan dia tidak pernah meletakkan syarat untuk menjadi penyampai anugerah dengan bergandingan bersama Fattah seperti yang didakwa sebuah blog.
Pelakon filem J Revolusi itu turut mendedahkan dia ada menerima mesej daripada Hans yang berasa kecewa atas apa yang berlaku.
Dalam pada itu, Hans menjelaskan pelakon Maya Karin yang menjadi panyampai anugerah bersama turut terkejut dengan kehadiran mengejut Fattah Amin pada slot penyampaian anugerah tersebut.
Hans menyampaikan Anugerah Khas Juri di FFM30. Foto Instagram: @hansisaac.
Kata Hans, mereka juga tidak diberitahu oleh pihak produksi atau pihak penganjur acara itu mengenai kehadiran Fattah sebagai penyampai anugerah.
“Bukan saya seorang sahaja yang terkejut tiba-tiba Fattah ada sekali atas pentas untuk jadi penyampai anugerah, tapi Maya pun sama juga.
“Sebab kalau nak ikutkan hanya saya, Maya dan Fazura. Setahu saya juga hanya pemenang anugerah sahaja yang boleh boleh menjadi penyampai anugerah.
FFM30 yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) itu diadakan di Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada Sabtu lalu.
Sumber : MSTAR, DIARI DUNIA PRESS, KOSMO
No comments:
Post a Comment