Wednesday, April 3, 2019

Kisah Misteri Kehilangan Hassan Ayat 10 Tahun Lalu Di Gunung Yong Yap Dan Sempat Tinggalkan Sebuah Sajak Penuh Tanda Tanya Sehingga Sekarang


Dalam sibuk-sibuk usaha mencari Mohammad Ashraff Hassan, 29, atau lebih mesra dengan panggilan Acap, sebuah lagi kisah misteri tentang kehilangan menjelma kembali.

Ia berkait dengan seorang pemuda bernama Mohammed Hassan Ayat Zainuddin yang hilang pada 15 Februari 2009 sewaktu dia berusia 28 tahun.

Sertai Ekspedisi Gunung Yong Yap

Sumber Gambar : Google
Dia yang lebih senang dipanggil Hassan Ayat bersama 13 orang rakan menyertai sebuah ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap yang bersempadan di negeri Perak dan Kelantan.

Pemuda yang berasal dari Bangi, Selangor itu dikatakan sesat sewaktu menuruni Gunung Yong Yap dan selepas 8 Mac 2009, 30 anggota pendaki dari Kuala Lumpur menghentikan operasi pencarian selepas misi mengesan Hassan Ayat bertemu jalan buntu.

Tinggalkan Sebuah Sajak Misteri

Kehilangan Hassan Ayat lebih menimbulkan misteri apabila salah seorang rakannya mendedahkan sebuah sajak yang ditulis Hasan Ayat beberapa bulan sebelum kehilangannya.


Sajak itu telah ditulis oleh Hassan Ayat pada 20 November 2008 di Sungai Merab, Selangor dan ramai pihak beranggapan Hassan Ayat telah menemui ‘petanda awal’.

Sumber Gambar : Google

Berikut adalah sajak misteri Hassan Ayat yang sempat dimiliki oleh salah seorang rakannya dan didedahkan kepada umum :

Sajak Hassan Ayat

Tajuk : Seorang Lelaki Tua Yang Sedang Bermeditasi Di Tepi Sebatang Sungai

Ada sebatang sungai,

yang menghubungi dua air terjun,

dari dua puncak gunung yang berlainan,

Ada seorang lelaki tua,

yang sedang bermeditasi,

ditepi sungai itu,

pada pagi yang dingin,

Aku menghampiri lelaki itu,

lalu duduk di sebelahnya,

tanpa menoleh padaku,

lelaki itu berkata,

“tengas yang berjaya melompat keluar dari sungai

akan menjadi naga”,

Aku terlelap seketika,

dalam mimpiku,

aku bermimpi 10 orang lelaki bertopeng menyerangku,

dengan pedang bekilau tajam,

serangan mereka aku patahkan,

dan topeng kubuka satu-persatu,

wajah-wajah lelaki itu,

mirip wajah tampanku,

Aku terjaga dari lena,

lelaki itu masih disebelahku,

tanpa menoleh padanya,

lelaki tampan ini berkata,

“sebenarnya musuh sejati kita adalah diri kita sendiri!”

Karya : Hassan Ayat, Sg Merab, 20 Nov 2008



DIMANA IKHTIAR DISANDARKAN?

Soalan yg mungkin ada jawapan pada semua mereka yang beriman tetapi semestinya berbeza dari sudut ilmu, natijah diri, dan keyakinan serta kesabaran.

Selepas Isya, malam itu HQ Lojing dipenuhi dengan Top Gunners pergunungan spt Poncho, Sham Castello, Rob, Musz SOS, dan GO’s Admin. Mukadimah dengan info pre – SAR, On Going, dan post strategy. Parameter Mapping GR covered D-day 11 to 12 days SAR Operation. Lokasi setiap RQ berada dan feed back report.

Maklumat terbaru RQ yg mencari di kawasan puncak kambing dan sekitarnya melaporkan pertemuan kesan shelter plastic cargo dikem kacang on track V2. Demonstrasi kedudukan shelter (perlindungan) berkeadaan menegak dan disokong oleh pancang kayu. Risk analysis 60% ke 70% kesan baru. Oleh kerana tiada aktiviti Projek V2 dilakukan dalam tempoh 2 bulan, mustahil kedudukan plastik boleh kukuh sehingga hari dijumpai.

Entah bagaimana nasib Hassan Ayat sekarang. Jika meninggal dunia, tunjukkanlah jasadnya. Jika hidup bahagia di alam sana, tinggalkanlah petanda.

Izinkan jiwa keluarga dan sahabat yang setia menanti mampu terukir senyum dan gembira kembali andai mendapat perkhabaran berita.

Kisah lelaki yang baik tiba-tiba hilang sewaktu mendaki gunung, bukit atau memasuki hutan sering terjadi dan sebagai umat Islam, ada sebab kenapa kita diminta untuk mempercayai perkara-perkara ghaib

Hasan Ayat, Sahabat Pergunungan & Yong Yap…14 – 16 February 20099 tahun peristiwa Hasan hilang di Gunung Yong Yap…
Posted by Mohd Nazry on Wednesday, October 10, 2018


Sumber : Mohd Nazry

















No comments:

Post a Comment