Kisah mengenai Ainul Mardhiah, seorang bayi perempuan yang menghidap kanser pada mulut dengan ketumbuhan seberat 1.2 kilogram ternyata mengundang rasa kasihan bagi sesiapa saja yang melihatnya.
Berkat keprihatinan orang ramai, bayi berusia lapan bulan itu menerima pelbagai sumbangan sehingga ada individu yang sanggup menjual barangan peribadi kesayangan mereka.
Terbaru, bapanya Ahmad Safiuddin Ahmad Razak mengemaskini perkembangan anaknya itu memberitahu sedang menunggu maklum balas bagi menjalani rawatan daripada pihak di sebuah hospital di United Kingdom.
Tiada yang mustahil bagi Allah SWT
Menurut Ahmad Safiuddin, salah seorang kenalannya di sana telah membawa laporan kesihatan Ainul untuk diberikan kepada pakar perubatan kanser di hospital tersebut.
“Kenalan di sana dah bawa medical report ainul kepada Pakar perubatan kanser di sana. Harap mereka boleh lakukan sesuatu!” katanya.

Tambah Ahmad Safiuddin, dia akan mencari pelbagai alternatif bagi menyembuhkan penyakit Ainul selagi Yang Maha Kuasa memberi peluang anaknya untuk terus bernafas.
“Selagi Allah izinkan Ainul bernafas, selagi itu walid akan cari jalan untuk merawat Ainul.
“Doakan supaya Allah mengizinkan Ainul pergi ke sana. Hanya Allah penentu segalanya,” ujarnya.
“Geram sebab tak dapat masukkan jari dalam mulut, dia cengkam benda jahat itu sehingga berdarah,” – Ahmad Safiuddin.
Semoga adik Ainul dan keluarganya terus kuat dalam menghadapi dugaan ini sementara menunggu rawatan yang akan menyusul selanjutnya.
Sumber : Ahmad Safiuddin
No comments:
Post a Comment