Tuesday, April 9, 2019

Najib Razak Menerima 2 Tetamu Istimewa Yang Datang Ke Rumah Beliau. Mesti Anda Tak Jangka Siapa Yang Hadir


Baru baru ini gempar di media sosial bahawa ada menteri yang tidak mempunyai kelulusan pelajaran seperti diberitahu. Perkara ini menjadi tanda tanya kenapa sebelum ini mengaku ada ijazah tetapi sebenarnya tiada.
Najib Razak juga terkena tempias ini dan kerana nama dia semakin naik dengan tagline ‘Malu Apa Bossku’ telah mengeluarkan kenyataan tentang kelulusan pelajaran beliau.

Najib Tukar Profile Picture Di Facebook

Sebelum ini Najib Razak menggunakan gambar profil facebook beliau ketika menerima ijazah untuk menutup mulut yang mengatakan beliau tiada ijazah.
Hari ini beliau buat kejutan lagi sekali dengan tukar gambar yang lebih ‘rare’

Mana Jumpa Gambar Lama Ini?

“Agak old school tapi inilah foto dari majlis graduasi saya pada tahun 1974. Saya turut bergambar bersama bonda, Tun Rahah dan adik saya Johari.”
“Masa itu, saya tampak cool sebab trend masa itu di England memang berambut panjang. Ok, saya mengaku saya juga terpengaruh masa itu. #MaluApaBossKu”

“Terima kasih kepada anak saya Ashman. Ashman habiskan masa hampir satu jam untuk mencari gambar-gambar yang sudah berusia 45 tahun ini dari rumah bonda saya.”
“Kalau DAP masih tak percaya dan ingin fitnah saya lagi, boleh pinjam mesin masa kawan Menteri Kewayangan untuk balik ke tahun 1974 cari saya.” – Najib Razak

Acara Bacaan Yasin Di Rumah Najib Razak

“Malam ini saya tak ke mana-mana, baca yasin di rumah. Buat saya terfikir tadi. Betul, kadang kala hidup kita tidak seperti yang dirancang.
Tetapi percayalah. Allah SWT mengetahui apa yang terbaik buat kita semua, perancang yang Maha Sempurna. Bersyukurlah. Walau di saat susah atau senang, Allah SWT melindungi kita, memberi rezeki dan nikmat kepada kita.”


Ini kata kata Najib Razak ketika memuat naik 1 status berkenaan acara bacaan Yasin di rumah beliau.

Juara Maharaja Lawak Mega 6 Bertandang Di Rumah Najib Razak

Tak salahkan Juara Raja Lawak ke-6 jumpa PM ke-6? 
Eh mereka dua ni baru betul-betul pelawak, keras perut ketawa, tapi menteri PH pun boleh tahan juga bila mereka ‘melawak’.


Posting Najib Razak bersama kumpulan Shiro ini menjadi viral dalam masa yang singkat, tak sampai 30 minit posting ini mendapat 20 ribu likes dan 530 perkongsian. Ayat Perdana Menteri ke 6 bertemu juara Maharaja Lawak Mega ke 6 memang membuat netizen terhibur.
Tidak dinyatakan adakah Shiro berjumpa Najib Razak pada malam yang sama ketika tahlil atau tidak dan tidak dinyatakan juga tujuan sebenar. Apa pun .. Malu Apa Bossku !
Artikel By: KL VIRAL

No comments:

Post a Comment