Tuesday, September 19, 2017

September 19, 2017

Lelaki Kongsi Pengalaman Ngeri Akibat Kerap Menggunakan Telefon Bimbit Dalam Gelap


Menggunakan telefon bimbit sebelum tidur pada waktu gelap sudah menjadi kebiasaan ramai, tidak kira usia. Pada peringkat awal, mungkin tiada kesan pada mata, tetapi jika kerap berbuat sedemikian pastinya akan ada kesan buruk.

Seorang lelaki berusia 26 tahun dari Wuhan, China baru-baru ini berkongsi pengalaman pahitnya kerana kerap menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap. Menurut World of Buzz, boleh dikatakan dia seolah-olah ‘ketagih’ untuk bermain permainan melalui telefon bimbit.







Sehinggalah pada suatu hari, dia sedar bahawa matanya semakin kabur dan tidak jelas. Apabila dia memandu pada waktu malam, dia mula tidak dapat melihat dengan begitu jelas.

Menurutnya lagi, suatu hari apabila dia bangun dari tidur, matanya tidak boleh dibuka seperti kebiasaannya. Panik dengan keadaan itu, dia bergegas ke hospital untuk membuat rawatan di mana doktor mendapati atas kelopak matanya diselaputi dengan cecair pekat berwarna putih kekuningan. Lebih menakutkan lagi, cecair itu sangat padat dan keras!




Selepas pemeriksaan, doktor membuang cecair keras itu daripada kelopak matanya danan proses itu mengambil masa selama 40 minit kerana ianya terlalu keras! Menurut doktor, jangkitan itu lebih mudah terkena pada orang yang mempunyai mata kering dan turut mengingatkan supaya melatih diri menjaga mata dengan baik.

Antara cara yang disarankannya untuk menjaga mata  adalah dengan tidak menggunakan telefon bimbit dalam keadaan gelap, perlu sentiasa menjarakkan mata kita dengan skrin telefon bimbit dan tidak menggosok mata dengan terlalu kerap.

Jangan ambil ringan dengan kes sebegini, mungkin belum terjadi pada anda tetapi tidak salah untuk ambil pengajaran dan berhati-hati kan? 


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT


September 19, 2017

Suami Pukul Kepala Isteri dan Anak Guna Penukul Kerana Mengamuk Dikejutkan Dari Tidur


Tiada siapa yang suka tidur mereka terganggu, apatah lagi ketika letih dan mahu berehat. Namun, jika dikejutkan sekali pun, janganlah terlalu marah hingga sanggup melakukan perkara di luar jangkaan.

Namun, itulah yang berlaku di Kampung Kalodran, Indonesia apabila seorang lelaki mengamuk dan bertindak memukul kepala isteri serta anak-anaknya hanya kerana dikejutkan dari tidur. Uih panas baran betul.



Menurut laporan, insiden tersebut yang berlaku pada jam 4 petang tercetus apabila lelaki bernama Stanley itu dikejutkan dari tidur oleh anak-anaknya. Berang dengan tindakan anaknya, Stanley bertindak memukul kepala anak-anaknya, Marcel, 8 dan April, 5 terlebih dahulu sebelum memukul kepala isterinya, Diah, 35.

Lebih teruk lagi, Stanley tidak memukul kepala mereka dengan tangan tetapi menggunakan besi penukul, lapor NST.







“Diah yang tidak tahan akan tindakan suaminya itu kemudian menjerit meminta pertolongan dan nasib baik jeritan Diah didengari oleh kami,” ujar Harahap, Ketua Rukun Tetangga Kampung Kalodran, Kota Serang.

Tidak cukup dengan itu, Stanley kemudian keluar dari rumahnya dalam keadaan mengamuk dan memecahkan beberapa kenderaan, cermin tingkap serta beberapa pagar rumah di kawasan kejiranan dengan menggunakan penukul tersebut.




Walau bagaimanapun, penduduk kampung di kawasan tersebut berjaya menangkap Stanley dan membawanya ke balai polis. Lelaki panas baran itu kini berada di bawah tahanan polis manakala Diah dan anak-anaknya berada di hospital bagi merawat kecederaan di kepala mereka.

Kalau marah sekali pun tak perlu lah nak mengasari isteri dan anak-anak. Kalau mati nanti menyesal tak sudah pula.


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT


September 19, 2017

Kerana Mahu Rasakan Pengalaman Ngeri, Lelaki Maut Dihempap Keranda di Taman Tema 'Buried Alive'

Sempena bulan Halloween yang bakal kunjung tiba, pasti orang ramai tidak sabar untuk mencuba permainan menyeramkan yang disajikan oleh semua taman tema di seluruh negara.

Hasrat yang sama juga turut dirasai oleh seorang lelaki yang berasal dari Hong Kong. Namun apa yang dihajatinya itu bertukar menjadi pengalaman tragis apabila dia ditemui maut akibat dihempap keranda mekanikal ketika mencuba pengalaman menyeramkan di taman tema tersebut.




Menurut Malaysian Digest, kejadian berlaku apabila Cheung dan rakan-rakannya melawat taman tema hantu terbesar di Hong Kong sempena lawatan yang dianjurkan syarikatnya dan mereka menjadi orang yang paling terawal untuk merasai keseraman keranda mekanikal itu.

Cheung dipercayai dihempap keranda mekanikal dan ditemui tidak sedarkan diri selepas lima minit memasuki taman tema ‘Buried Alive’. Dia kemudian digegaskan ke Hospital Ruttonjee dan disahkan meninggal dunia pada jam 2 petang.








Menurut laporan media, Cheung dipercayai memasuki kawasan larangan sebelum dihempap mesin tersebut. Kenapa lah tak ikut peraturan…

“Kawasan di mana dia ditemui sepatutnya menjadi tempat untuk kakitangan kami menjalankan kerja penyelenggaraan.”

Kini pasukan penyiasat akan melihat sama ada papan tanda yang disediakan di dalam taman tema hantu itu jelas dan berkesan bagi mengelakkan insiden yang berlaku kepada Cheung menimpa pengunjung lain.




Buat sementara waktu, taman tema tersebut diarah untuk tutup sehingga siasatan berhubung kes itu selesai dan ianya bakal beroperasi semula pada 5 Oktober sempena sambutan Halloween tidak lama lagi.

Buat pengunjung lain, sentiasalah ikut peraturan dan panduan yang ditetapkan oleh setiap taman tema demi keselamatan diri sendiri. Jangan sesuka hati langgar peraturan!


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT


Monday, September 18, 2017

September 18, 2017

Lelaki Tua Dirakam Cabut Bulu Ari-ari Dan Jatuhkan Pada Leher Gadis Sedang Tidur Dalam Tren


Ketika menggunakan perkhidmatan awam, kita bukan sahaja harus memberi keutamaan tempat duduk kepada golongan yang memerlukan, tetapi juga harus menjaga tingkah laku daripada melakukan sesuatu yang menjijikkan.

Seorang warga emas dirakam melakukan perbuatan jijik kepada salah seorang penumpang yang merupakan pelajar perempuan ketika di dalam kereta api di Jepun, lapor Sora News 24.




Lelaki itu tanpa segan silu dirakam membuka zip seluarnya sebelum mencabut bulu ari-ari dan menjatuhkannya ke bahagian leher dan kepala gadis tersebut. Eeewwww!

Sebuah rakaman video tular di media sosial menunjukkan lelaki warga emas tersebut tidak menyedari aksinya dirakam. Teruknya perangai.




Melalui rakaman itu, pelajar tersebut boleh dilihat sedang tidur sementara lelaki berkenaan duduk bersebelahan dengannya. Selepas membetulkan rambutnya, tangannya terus menular masuk ke dalam seluar untuk mencabut bulu ari-ari.

Dengan muka yang selamba, dia kemudian dilihat seperti memastikan sama ada bulu itu ada di tangannya sebelum menjatuhkannya ke gadis berkenaan. 








Tidak pasti bila video itu dirakam kerana individu yang berkongsi di Twitter bukanlah individu sebenar yang merakamkan kejadian tersebut. Difahamkan, individu itu berkongsi pada 15 September lalu selepas terjumpa video tersebut di internet.

Video itu kemudian tular serta merta dengan mendapat lebih 53,000 retweets dan ramai netizen kecewa, marah serta sakit hati dengan apa yang mereka tonton.

Meskipun kejadian itu tidak berlaku di negara ini, tetapi beringatlah untuk sentiasa berhati-hati kerana Malaysia juga ramai lelaki miang yang tidak malu melakukan perbuatan mereka di tempat awam lebih-lebih lagi ketika tren dipenuhi ramai orang.




Seperti kes seorang lelaki yang kantoi merakamkan video dan gambar bawah kain perempuan di Mid Valley yang berlaku Ogos lalu.

Tidak kira di mana anda berada, pastikan anda tidak berseorangan terutamanya pada waktu malam. Zaman sekarang ni, dekat tempat awam pun dorang berani tau!



PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT






Saturday, September 16, 2017

September 16, 2017

5 Tips Untuk Anak Kecil Yang Suka Mengigit


Menggigit dan memasukkan barang ke dalam mulut merupakan perkembangan NORMAL untuk anak-anak sehingga usia 2 tahun. Ada anak-anak yang masih menggigit sehingga 3 tahun. Itu pun masih tidak mengapa. Hanya perlu ingatkan mereka untuk ‘tangan turun bawah’ berulang-kali sehingga mereka faham.

Namun, jika perkara ini berlarutan dan kelihatan seperti habit yang juga seterusnya mengganggu kefungsian anak dan merosakkan harta bendanya (baju berlubang, pensel patah) serta dilihat memudaratkan kesihatan mereka, anak-anak ini perlu dibantu.

Ada anak-anak yang PERLU menggigit. Jika tidak, mereka akan berasa tidak keruan dan tidak tenang.

Ada anak-anak yang menggigit pada ketika emosi mereka sedang celaru: takut, panik, risau.

Dari sudut pandang seorang OT yang mempraktikkan teori integrasi sensori, perilaku menggigit yang berterusan ini dilihat sebagai perilaku “mencari sensori” (sensory seeking). Anak-anak ini keinginan (craving) input sensori proprioseptif terutama di bahagian oralnya.

Berikut merupakan antara aktiviti yang anda boleh lakukan untuk anak anda yang boleh anda praktikkan:




1. Perbanyakkan Aktiviti Bersifat Proprioseptif Dalam Rutin Harian Anak

Aktiviti bersifat proprioseptif adalah aktiviti-aktiviti yang memberikan bebanan kepada sendi tubuh seperti mengayuh basikal, mengangkat bekas pakaian kotor, menolak troli membeli-belah, menendang bola dan melompat pada trampoline.

Aktiviti ini merangsang sistem proprioseptif seluruh tubuh anak dan akan mengurangkan keinginan untuk melakukan perilaku mencari sensori seperti menggigit.
2. Berikan Snek Yang Bersifat Liat Atau Keras

Snek yang bersifat liat atau keras akan merangsang sensori proprioseptif dalam kawasan mulut anak-anak.

Anda boleh menyediakan makanan seperti kekacang, keropok, keropok lekor (bagus sekali untuk memberikan rasa liat), buah-buahan rangup seperti epal, kerepek-kerepek, biskut seperti kraker untuk snek anak anda.



3. Berikan Peluang Anak Untuk Menghisap

Di pasaran terdapat pelbagai jenis straw (pelbagai bentuk, saiz) yang boleh digunakan oleh anak-anak. Pelbagaikan juga kelikatan air yang anak anda minum (air masak lebih ringan, smoothies buah-buahan lebih berat untuk dihisap).

Sekali-sekala, buatkan ais buah (puri buah-buahan yang dibekukan dalam bekas ais kecil-kecil) untuk dihisap oleh anak anda.
4. Beri Anak Main Alat Tiupan Pelbagai

Meniup akan memberikan input proprioseptif dan mengajar kepelbagaian pergerakan oral. Berikan anak anda main alat tiupan yang pelbagai untuk merangsang input proprioseptif bahagian oralnya.

Wisel, rekorder adalah lebih mudah untuk anak-anak usia 2 tahun ke atas. Anak-anak yang lebih besar, boleh berikan mereka tiup belon, tiup buih sabun.

Jika anak anda kesukaran meniup belon, ikatkan muncung belon pada potongan straw untuk membantu anak anda belajar meniup belon.
5. Gunakan Berus gigi Elektronik(Bergetar)

Memberikan berus gigi elektronik kepada anak-anak yang gemar menggigit juga merupakan ‘diet sensori’ yang akan membantu mereka untuk mengurangkan perilaku menggigit. Memberikan berus gigi elektronik yang bergetar (vibrating toothbrush) semasa memberus gigi akan memberikan input proprioseptif yang ‘intense’ pada anak-anak ini.

**Jika anak anda punya masalah untuk memberus gigi dengan berus gigi biasa, elakkan memberi berus gigi elektronik kerana ianya akan meningkatkan ‘anxiety’ anak anda pada aktiviti memberus gigi**


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT










September 16, 2017

'Saya dah puas dimanipulasi oleh dia..' - Joy Revfa Dakwa Hafiz Keruhkan Keadaan

Seperti yang ramai ketahui, kisah pergolakan rumah tangga penyanyi Hafiz Hamidun dan isteri, Joy Revfa atau Siti Arifah Mohd Amin masih berlanjutan.

Terkini, Hafiz, 33, memberi amaran kepada Joy agar mengambil serius terhadap permohonan faraq nikah. Bagaimanapun, menurut mStar, Joy memberitahu bahawa dia berharap Hafiz berhenti memanipulasikan namanya dan masyarakat terhadap kenyataan yang diberi.

“Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.






Menurutnya, cara itu adalah yang terbaik, bukanlah dengan cara licik yang lain. Joy juga berkata biarlah mahkamah sahaja yang menentukan sama ada pernikahan mereka pada Mei lalu sah ataupun tidak.

“Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab sesuatu yang mungkin diharapkan namun tak tercapai.”



Joy turut akui faham mengapa Hafiz beremosi dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan membuat pengakuan pernikahan mereka tidak sah.

“Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan apabila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.”



Joy berpendapat Hafiz sepatutnya menyelesaikan cara ini dengan betul dan bukannya berdiam diri.

“Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.

“Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung.

“Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit dan dibiarkan begitu saja.”

Kata Joy, dia yakin bahawa dugaan yang diterimanya ini untuk menyedarkan dirinya kepada Allah.

Semoga kes mereka dapat diselesaikan dengan cepat. Doakan yang baik-baik. 


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT




Thursday, September 14, 2017

September 14, 2017

Wanita Tua Maut Dirempuh Kereta Gara-Gara Budak Tiba-Tiba Nak Kencing Tengah Jalan


Seorang wanita tua dilaporkan maut dilanggar kereta ketika membawa seorang kanak-kanak melintasi lintasan zebra di Sichuan, China.


Memetik laporan Liberty Times Net, kemalangan itu berlaku disebabkan kanak-kanak tersebut tiba-tiba berhenti di tengah lintasan zebra seolah-olah ingin kencing
.

Menurut rakaman kamera litar tertutup CCTV, kejadian tersebut berlaku pada Selasa lalu sekitar jam 8.34 pagi. Jelas kelihatan seorang budak lelaki berusia dua tahun bersama seorang wanita bernama Chen melintas jalan dan tiba-tiba budak tersebut duduk mencangkung seolah-olah ingin kencing di tengah jalan. 







Dalam masa yang sama, sebuah kereta berwarna jingga yang tidak perasan akan kehadiran mereka berdua terus merempuh dan menggilis mereka berdua yang sedang mencangkung di tengah jalan.

Pemandu tersebut segera keluar dari kereta dan orang awam yang berada di sekitar turut membantu mengangkat kereta untuk membawa keluar wanita tua yang terhimpit di bawah kenderaan itu.

Bagaimanapun, wanita tua itu maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan yang agak serius, manakala budak lelaki itu dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Setelah diperiksa, budak lelaki itu didapati patah tulang kaki dan kini masih menjalani rawatan di hospital.


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT




September 14, 2017

Pelajar Dipukul Pembuli di Dalam Bilik Darjah, Guru Hanya Berdiri Dan Tonton Kejadian Tersebut


Selain diberi tanggungjawab mendidik, guru juga bertanggungjawab untuk menjadi pelindung buat anak murid terutama sekali jika berlakunya kes buli. Yelah, kes buli makin kerap berlaku di sekolah.

Namun tindakan seorang guru di Singapura ini sebaliknya apabila dia hanya berdiri dan menonton salah seorang pelajar dibuli dan dipukul oleh pelajar yang lain. Cikgu apa macam ni?







Menurut Coconuts, kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah St Hilda di mana dua pelajar dengan kejam telah memukul rakannya hingga mencetuskan kekecohan di dalam bilik darjah.

Pergaduhan tersebut yang dirakam dan dimuat naik di Facebook telah menunjukkan bagaimana guru berkenaan hanya menjengah kejadian tersebut dari pintu dan tidak melakukan sebarang tindakan. Takut kena pukul jugak ke apa?



Selepas berlaku pergelutan tanpa henti, kejadian itu akhirnya dihentikan oleh pelajar lain dan guru berkenaan dikatakan masih berdiri di tepi pintu tanpa mengenakan sebarang tindakan kepada mereka.



Sehingga kini, Kementerian Pendidikan Singapura dan Sekolah Menengah St Hilda masih belum lagi mengeluarkan sebarang isu mengenai kejadian ini.



Rakaman yang tular tersebut rata-rata mendapat kecaman netizen. Mestilah kan, dah cikgu tu tengok je!

“Kami menghantar anak-anak ke sekolah untuk belajar, baik secara akademik dan sosial. Untuk seorang guru hanya berdiri dan tidak melakukan apa-apa, ini adalah teruk. Sekiranya ini anak kita yang dibuli, bagaimana perasaan anda? Tidak buat apa-apa? Dan anak-anak ini akan berada di sekolah dan kelas yang sama untuk beberapa tahun akan datang? Semoga MOE mengambil tindakan tegas, bukan sekadar amaran, untuk mengajar semua anak pelajaran.”

“Orang dewasa yang berdiri tu tidak peduli untuk melakukan apa-apa. Ingat ini pertunjukkan ke…”

“Apa dah jadi dengan pendidikan tempatan kita. Ibu bapa harus mengambil ini serius. Tindakan ini tidak boleh diterima. Saya harap tindakan disiplin akan dilakukan terhadap situasi ini dan guru perlu dimaklumkan mengenai prosedur yang perlu dilakukan ketika berhadapan dengan situasi seperti ini.”

Haih macam-macam. Kami harap kat Malaysia tak ada guru macam ni…






Wednesday, September 13, 2017

September 13, 2017

Wanita Ini Kongsi Cerita Hampir Dijual Untuk Dijadikan Pelacur Oleh Suami 'Taik Judi'

Setiap pasangan mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat mereka. Tiada siapa inginkan pasangan berubah tingkah laku menyebabkan kehidupan berumah tangga menjadi kacau bilau.

Pelbagai faktor boleh menyebabkan rumah tangga goyah selain pasangan berlaku curang. Antaranya seperti yang wanita ini alami. Siapa sangka lelaki yang digelar suami hampir menjualnya kepada orang lain.

“Kehidupan hancur….suami ketagih mesin judi”




Paling tidak disangka, suami wanita ini membawa dua rakan ke rumah bukan untuk berborak atau minum tetapi untuk menjual beliau dan dijadikan pelacur.

Betapa teruknya penangan mesin judi hingga lelaki ini boleh menjadi seteruk ini, sanggup menjual isteri sendiri untuk melunaskan hutang ‘Ahlong’

“Dia nak jual saya dan jadikan saya pelacur”






“…taktau apa jadi dengan anak saya di rumah”

Mungkin kerana terlalu terkejut dan takut dijual untuk dijadikan pelacur, wanita ini terus melarikan diri tanpa sempat membawa anaknya bersama.


“Mesin judi boleh buat hidup musnah”

 “Saya taknak orang lain alami hidup sama macam saya”
Itulah pengakhiran mesej dari wanita yang minta namanya dirahsiakan ini. Semoga wanita ini jumpa jalan penyelesaian yang terbaik untuk dirinya dan anak beliau.

Jauhkan lah diri dengan perkara dilarang Allah, sebaliknya dekatkan diri denganNya. Solat jangan ditinggalkan, itulah tiang segalanya bagi kita sebagai hambaNya.

Perkongsian dari: Malaysian Crime Watch 


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT


September 13, 2017

"Jangan salahkah makhluk ghaib, jumpa doktor dulu untuk pemeriksaan..."


Masyarakat Melayu seperti semua sedia maklum memang kebanyakannya percaya akan alam ghaib dan kewujudan makhluk halus. Malah apabila seseorang ditimpa penyakit serius, perkara pertama yang mereka lakukan adalah merujuk kepada ‘ustaz’ atau bomoh yang boleh dipercayai.

Pun begitu, tidak semua penyakit berpunca daripada gangguan makhluk halus atau ilmu hitam yang dihantar oleh manusia berhati busuk.

Doktor Khairul Hafidz di laman Twitter telah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan kepercayaan masyarakat antara gangguan makhluk ghaib ataupun penyakit.







Terkena hembusan iblis!


Rupa-rupanya… hanya masalah alergi


Tak mahu berubat kerana sangka terkena buatan orang

  
Berubah perilaku lepas mandi sungai?
  




Jangan salahkan makhluk ghaib dulu!



Perkongsian ini telah mendapat lebih kurang 3,800 retweet dan 2,400 likes. Apa yang dinyatakan Doktor Khairul Hafidz ini ada betulnya juga. Sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut, lebih baik ahli keluarga pesakit rujuk doktor terlebih dahulu. Tak semua sakit harus dikaitkan dengan ilmu hitam kan?

Kalau dah tak ada ikhtiar lain untuk sembuhkan penyakit, rujuklah ustaz-ustaz yang bertauliah. Syirik kalau guna bomoh ni semua!  


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT

 



September 13, 2017

Dua Mangsa Dipukau Lelaki Konon Ingin Jual iPhone Dengan Harga Serendah RM600


Siapa yang tak mahu beli iPhone dengan harga yang murah? Tambah-tambah pula harga yang ditawarkan bawah dari RM1000. Tapi hati-hati! Mana tahu nasib tak baik anda jadi seperti mereka di bawah ini.

Melalui perkongsian laman Facebook Penang Kini, dua mangsa mendakwa telah ditipu seorang lelaki yang kononnya ingin menjual telefon pintar iPhone 7 dengan harga serendah RM600.

Kejadian yang berlaku di Aeon Big Seberang Jaya pada Sabtu (9 September) lalu bermula apabila salah seorang mangsa didatangi lelaki yang ingin menjual telefonnya dengan alasan kekurangan duit untuk pulang ke Thailand.

“Kawan saya datang beritahu kata ada seorang lelaki ini nak jual iPhone 7 dengan harga RM600. Sebab nak balik Thailand, tak ada duit dan duit dia habis sebab kalah judi.”

Suspek kemudian meyakinkan mangsa akan ketulenan telefon pintar tersebut dengan menunjukkan nombor IMEI yang ternyata betul serta keadaan telefon dari segi kamera dan lain-lain.

Teruja melihat telefon tersebut dalam keadaan baik, rakan mangsa bersetuju untuk membelinya. Mereka kemudian ke ATM Maybank di dalam pasaraya itu untuk mengeluarkan wang yang diperlukan.

Dia nampak macam nervous. Kami tanya kenapa nampak nervous, dia kata malu.“

Ke sebenarnya takut tembelang terbongkar?

Setelah mendapatkan wang yang diperlukan, rakan mangsa sekali lagi meminta supaya harga telefon tersebut dikurangkan dari RM600 ke RM400. Tanpa disangka-sangka, lelaki tersebut terus bersetuju. Eh dah kurang nak minta kurang lagi?

“Masa nak serahkan telefon, dia tunjuk kamera lagi. Dia siap buka sim card depan kami. Jadi kami memang yakin itu telefon original.”

“Bila pergi kedai telefon untuk letak sim card, tengok-tengok telefon tu jenis display. Tempat cas, cip semua tak ada. Button home pun tak boleh tekan, tempat sim lagilah tak boleh buka.”

Alamak! Sahlah kena tipu.








Mangsa kemudian menyedari bahawa mereka berdua bukan sahaja ditipu malah telah dipukau lelaki tersebut. Mangsa memang yakin sebelum ini mereka melihat telefon itu sendiri berfungsi di hadapan mata. Namun apabila mereka memilikinya, ternyata ia hanya penipuan semata-mata.

“Tapi kami sempat ambil gambar dia. Itupun dia sembunyi sikit. Kami tak mahu orang lain terkena macam kami. Kalau boleh jangan langsung layan mana-mana orang yang nak jual telefon macam orang ni.”



Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang kebanyakannya kurang bersimpati dengan mangsa dan menuduhnya tamak kerana ingin membeli barangan original dengan harga yang sangat murah.


Agak-agaklah kan… siapa nak jual iPhone harga murah macam tu.

Pun begitu, ada juga di antara netizen berkongsi pengalaman yang hampir sama dialami mangsa.

.



Nasib baik tak tertipu!

Diharapkan orang ramai di luar sana janganlah cepat terpedaya dengan helah penjual yang tidak jujur ni. Kan lebih elok kalau beli iPhone yang original atau secondhand di kedai telefon. Kalau belum cukup wang, pakailah telefon biasa-biasa dulu. 



PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT



September 13, 2017

Menjadi Perokok Tegar Selama 26 Tahun, Kini Paru-Paru Kirinya Dipenuhi Air Dan Barah Sudah Ke Tahap 4


Lelaki dan rokok memang sukar dipisahkan. Walaupun sudah tahu keburukan merokok tapi mereka ini masih lagi menghisap rokok. Sehingga ramai di antara mereka ini menjadi perokok tegar bertahun-tahun dengan alasan sukar untuk berhenti rokok.

Rutin harian dipenuhi dengan menghisap rokok, sehari mampu menghabiskan berbatang-batang dan berkotak-kotak. Apabila disuruh berhenti atau kurangkan, sudah pasti ada sahaja jawapan dari mereka ini. Bila sudah jatuh sakit pon masih sukar lagi nak berhenti.

Ikuti perkongsian dari Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Perubatan mengenai kisah pesakitnya yang sukar berhenti merokok hingga ke akhir hayatnya.

Susah nak berhenti rokok sehingga ke akhir hayat!

Masih teringat lagi seorang pesakit lelaki, berumur 41 tahun. Beliau seorang buruh, memang kerja beliau berat. Isteri tidak bekerja. Mempunyai 2 orang anak, masih di sekolah rendah.

Beliau tidak sihat sudah lama; batuk dan tidak lalu makan. Mula-mula beliau tidak endahkan simptom beliau. Akhirnya sampai dah tak tahan sangat sebab sesak nafas, beliau datang ke hospital.




Paru-paru sebelah kiri beliau penuh air. Lihat contoh XRay pertama, sebelah paru-paru beliau putih. Maksudnya penuh air. Terpaksa dilakukan prosedur memasukkan tiub plastik ke dalam rongga paru-paru untuk mengeluarkan air (gambar ketiga). Air ini kami panggil "pleural effusion". Kalau air yang mengalir keluar dari paru-paru berwarna merah/berdarah kami panggil "haemorrhagic pleural effusion". Bila macam ini, kami kebiasaannya "suspect" barah paru-paru.





Mana tidaknya, beliau merokok sejak umur 15 tahun! Sekurang-kurangnya 20 batang sehari.
Ya Allah!

26 tahun jadi PEROKOK TEGAR!

Setelah buat ujian bronkoskopi, memasukkan kamera ke dalam corong pernafasan beliau, sahlah beliau ada barah paru-paru. Bila nampak sahaja ketumbuhan seperti di gambar kedua, kami sudah tahu. Sudah sampai ke tahap 4. Terlambat. Dah merebak.




Kehidupan beliau susah, nak mengikuti rawatan pun sukar. Anak isteri perlu sesuap nasi setiap hari. Sedih melihat beliau, masih terpaksa teruskan bekerja. Beliau tidak boleh berhenti merokok walaupun sudah sakit.

Tidak sampai beberapa bulan, beliau koma. Terpaksa dikejarkan ke hospital. Kali ini, sel barah sudah merebak ke otak beliau.

Pada hari-hari terakhir beliau di hospital, sangat sebak kami melihat isteri dan dua orang anak kecil beliau yang senantiasa berada di sisi. Tidak dapat kami bayangkan apa akan terjadi kepada mereka nanti. Ayah mereka pergi didalam usia muda, 41 tahun.

Maaf, saya tidak faham kenapa sesiapa pun perlu merokok.

1. Membahayakan kesihatan. Bukan seorang ini sahaja kami lihat. Malah hari-hari. Macam-macam kesan sampingan. Yang muda sakit jantung pun semakin ramai; 20-an dah selalu kami lihat di hospital.

2. Mohon berhenti TERUS sesiapa yang merokok. Nak berhenti perlu semangat dan kekuatan sahaja. Lihat sahaja anak-anak anda yang masih comel itu, cukup. Ramai yang bertanya: "boleh berhenti terus ke". Pendapat saya, berhenti terus lah yang terbaik. Tidak ada kesan sampingan dari sudut kesihatan.

3. Mohon kita ramai-ramai bantah kiddie pack. Apa ke benda nak jual rokok pek sebegini pulak. Dah lah tak menolong langsung, merosakkan lagi adalah. Mahu lebih ramai kanak-kanak dan pelajar muda yang akan terjebak.

Mari sertai kempen kami Kempen Bantahan Kiddie Pack

Kalau tanya pendapat saya, ban terus rokok-rokok ini.
Cukup-cukup lah.

Tak pasal-pasal risiko keluarga anda pun jadi tinggi sebab dekat dengan anda.
Tak sayang mereka ke?

#BantahKiddiePack

Rafidah Abdullah
Pakar Perunding Perubatan

Hilmi Lockman
Pakar Perunding Perubatan & Respiratori (Paru-Paru)

Kesemua gambar ini di ambil dari internet, bukan gambar pesakit sebenar

Sumber- Rafidah Abdullah


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT