Sunday, September 3, 2017

Lelaki Dihalau Keluar Bas Selepas Mengajak Penumpang Lain Tonton Video Lucah Bersama


Menonton video lucah bukanlah satu kesalahan jenayah namun kalau mahu berbuat sedemikian janganlah sehingga menganggu ketenteraman orang lain.

Menurut Coconuts, seorang lelaki yang juga penumpang di dalam salah sebuah bas di Bangkok, Thailand telah ditahan pihak berkuasa selepas bertindak menunjukkan video lucah kesukaaannya kepada penumpang lain.



Insiden yang dilaporkan berlaku 1 September lalu itu bermula apabila lelaki tersebut yang memakai baju berwarna putih dan cermin mata gelap menaikkan volume video lucah berkenaan ketika sedang duduk di bahagian belakang bas tersebut. Gila ke apa pasang kuat-kuat.

Penumpang-penumpang yang lain kemudian menyedari bunyi-bunyi yang aneh seperti merintih serta mendengus datang daripada gajet lelaki itu dan merasakan sesuatu yang tidak kena. 







Lelaki yang mempunyai banyak gambar Buddha di lehernya itu malah cuba mengajak seorang penumpang wanita yang duduk berdekatan dengannya untuk menonton video lucah itu bersama. Wanita berkenaan kemudian menolak dan bermulalah pergaduhan di antara mereka.

Pemandu bas yang menyedari akan hal itu kemudian memberhentikan kenderaan di pondok polis di bulatan Wongwian Yai dan meminta pihak berkuasa untuk membantu.

Sebuah video tular selepas dikongsikan di media sosial menunjukkan dua pegawai polis trafik memasuki bas dan terus mengiringi lelaki berkenaan untuk turun.



Lelaki itu dirakam keluar dari bas dengan tidak rela sambil memberontak dengan kuat mengatakan pegawai polis itu melanggar hak peribadinya. Pegawai polis tersebut pula dilihat kekal tenang sepanjang masa dan hanya menjawab, “Terima kasih di atas kerjasama anda”.

Selepas lelaki itu akhirnya turun dari bas, para penumpang menepuk tangan dan bersorak gembira. Menurut Polis Buppharam, lelaki berkenaan tidak didakwa namun hanya dilepaskan dengan amaran di atas tindakannya itu.

Nak tengok, tengok sorang sorang dah la. Tak perlu la nak ajak atau kacau orang awam. Ish!


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT





No comments:

Post a Comment