Pelbagai cara dan teknik yang digunakan oleh para pelajar untuk mengulangkaji pelajaran. Ada yang mengambil pendekatan untuk mengulangkaji dengan mendengar muzik. Ada juga yang lebih suka untuk belajar dalam suasana yang tenang dan bermacam cara lain.
Namun sekumpulan penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Shah Alam ini sebaliknya memberikan alasan ‘karut’ dengan mendakwa mereka perlu mengambil ganja sebelum mengulangkaji!
Menurut kesemua pelajar tersebut, dengan cara itu mereka akan lebih mudah fahami dan mengingati apa yang dipelajari. Karut lah!
Menurut Harian Metro, mereka ditahan di dalam serbuan yang dilakukan pada jam 2 pagi oleh penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam keadaan lalok dan masing-masing cuba memberikan pelbagai alasan untuk melepaskan diri.
Pihak AADK juga mengalami kesulitan sebelum serbuan itu dilakukan apabila pengawal keselamatan pangsapuri berkenaan tidak memberikan kerjasama dengan mengunci tayar kenderaan dinaiki AADK.
“Pemeriksaan ke atas semua individu berusia 19 tahun hingga 23 tahun itu mendapati mereka positif ganja.”
– Ketua Pengawai AADK Daerah Petaling, Shahrilnizar Nordin.
Kesemua penuntut yang melanjutkan pengajian pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda itu kini dibawa ke pejabat AADK Petaling untuk siasatan lanjut.
“Operasi sebegini akan diteruskan bagi menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan masyarakat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai lokasi penagihan dadah boleh menyalurkan kepada mana-mana pejabat AADK untuk diambil tindakan.”
Macam-macam alasan ya budak zaman sekarang ni. Tak adanya hisap ganja tu boleh berikan anda konsentrasi yang penuh. Sebaliknya adalah.
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment