Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini? Pasangan suami dan isteri yang bertengkar bagaikan sudah hilang pedoman dan akal apabila sanggup melakukan perkara terkutuk di hadapan anak yang masih kecil.
Menurut Coconuts, seorang lelaki dari Desa Canggu, Bandung telah menetak kaki isterinya dengan parang di rumah sambil disaksikan oleh anak mereka sendiri.
Kadek Adi Waisaka Putra, 36, dengan tegarnya telah memotong kaki isteri, Ni Putu Kariani, 33, hingga putus akibat didorong rasa cemburu dan menyangka isterinya curang. Aduhai!
Beberapa keping gambar dari media Indonesia tersebar menunjukkan mangsa, Ni Putu dalam keadaan kesakitan dan kesan darah yang memenuhi lantai rumah akibat dari kejadian itu.
Menurut Ketua Polis Bandung, Supritendan Yudith Satriya Hananta di Tribun Bali, kaki kiri mangsa telah ditetak putus dari bahagian buku lali. Manakala kaki kanannya pula hampir-hampir saja putus dengan luka di tulang kering. Ngerinya!
Akibat berasa menyesal dengan tindakannya, Kadek Adi memutuskan untuk membawa si isteri ke Klinik Balimed Canggu dengan menggunakan kenderaannya sendiri
Menurut penduduk tempatan, Kadek Adi yang bekerja sebagai pemandu sambilan adalah seorang yang jarang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Justeru apabila jenayah ini berlaku, ramai yang tertanya-tanya siapakah suspek itu.
Salah seorang penduduk kampung bernama Ketut mengakui yang kejadian tersebut memang disaksikan oleh anak mangsa yang baru bersekolah rendah.
“Bahkan anaknya ada di saat kejadian itu. Kasihan umur sebegitu sudah melihat hal yang tidak sepatut dilihatnya,” kata Ketut. Muda-muda dah trauma teruk kan? Uhuhu….
Sementara itu, suspek kini sudah tahan oleh balai polis Bandung dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Pihak polis juga telah merampas beberapa barang bukti dari tempat kejadian termasuklah sebilah parang sepanjang 30cm, sehelai tuala berwarna putih, t-shirt berwarna hitam, seluar pendek dan tali pinggang biru yang kesemuanya diselaputi darah. Ewww!
Jika sabit kesalahan suspek akan dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun di bawah akta kekerasan rumah tangga.
Kes tersebut telah mendapat perhatian netizen dari Indonesia yang rata-rata terkejut melihat gambar kejadian yang mengerikan dan mengecam tindakan suspek yang kejam terhadap isterinya.
Walau apa masalahnya pun, mencederakan isteri bukanlah penyelesaiannya. Kasihan anak masih kecil jadi trauma dengan apa yang berlaku di depan mata…
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment