Wednesday, September 13, 2017

Dua Mangsa Dipukau Lelaki Konon Ingin Jual iPhone Dengan Harga Serendah RM600


Siapa yang tak mahu beli iPhone dengan harga yang murah? Tambah-tambah pula harga yang ditawarkan bawah dari RM1000. Tapi hati-hati! Mana tahu nasib tak baik anda jadi seperti mereka di bawah ini.

Melalui perkongsian laman Facebook Penang Kini, dua mangsa mendakwa telah ditipu seorang lelaki yang kononnya ingin menjual telefon pintar iPhone 7 dengan harga serendah RM600.

Kejadian yang berlaku di Aeon Big Seberang Jaya pada Sabtu (9 September) lalu bermula apabila salah seorang mangsa didatangi lelaki yang ingin menjual telefonnya dengan alasan kekurangan duit untuk pulang ke Thailand.

“Kawan saya datang beritahu kata ada seorang lelaki ini nak jual iPhone 7 dengan harga RM600. Sebab nak balik Thailand, tak ada duit dan duit dia habis sebab kalah judi.”

Suspek kemudian meyakinkan mangsa akan ketulenan telefon pintar tersebut dengan menunjukkan nombor IMEI yang ternyata betul serta keadaan telefon dari segi kamera dan lain-lain.

Teruja melihat telefon tersebut dalam keadaan baik, rakan mangsa bersetuju untuk membelinya. Mereka kemudian ke ATM Maybank di dalam pasaraya itu untuk mengeluarkan wang yang diperlukan.

Dia nampak macam nervous. Kami tanya kenapa nampak nervous, dia kata malu.“

Ke sebenarnya takut tembelang terbongkar?

Setelah mendapatkan wang yang diperlukan, rakan mangsa sekali lagi meminta supaya harga telefon tersebut dikurangkan dari RM600 ke RM400. Tanpa disangka-sangka, lelaki tersebut terus bersetuju. Eh dah kurang nak minta kurang lagi?

“Masa nak serahkan telefon, dia tunjuk kamera lagi. Dia siap buka sim card depan kami. Jadi kami memang yakin itu telefon original.”

“Bila pergi kedai telefon untuk letak sim card, tengok-tengok telefon tu jenis display. Tempat cas, cip semua tak ada. Button home pun tak boleh tekan, tempat sim lagilah tak boleh buka.”

Alamak! Sahlah kena tipu.








Mangsa kemudian menyedari bahawa mereka berdua bukan sahaja ditipu malah telah dipukau lelaki tersebut. Mangsa memang yakin sebelum ini mereka melihat telefon itu sendiri berfungsi di hadapan mata. Namun apabila mereka memilikinya, ternyata ia hanya penipuan semata-mata.

“Tapi kami sempat ambil gambar dia. Itupun dia sembunyi sikit. Kami tak mahu orang lain terkena macam kami. Kalau boleh jangan langsung layan mana-mana orang yang nak jual telefon macam orang ni.”



Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai komen dari netizen yang kebanyakannya kurang bersimpati dengan mangsa dan menuduhnya tamak kerana ingin membeli barangan original dengan harga yang sangat murah.


Agak-agaklah kan… siapa nak jual iPhone harga murah macam tu.

Pun begitu, ada juga di antara netizen berkongsi pengalaman yang hampir sama dialami mangsa.

.



Nasib baik tak tertipu!

Diharapkan orang ramai di luar sana janganlah cepat terpedaya dengan helah penjual yang tidak jujur ni. Kan lebih elok kalau beli iPhone yang original atau secondhand di kedai telefon. Kalau belum cukup wang, pakailah telefon biasa-biasa dulu. 



PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT



No comments:

Post a Comment