Monday, September 11, 2017

Dua Lelaki Lewat Untuk Penerbangan Ditahan Staf KLIA2 Kerana Kurang Ajar Memotong Barisan Sesuka Hati


Menaiki penerbangan tidak kira ke mana sahaja destinasi memperuntukkan kita untuk tiba awal di lapangan terbang untuk mendaftar masuk bagasi, mendapatkan dokumen pelancongan, melepasi pemeriksaan imigresen dan bermacam lagi prosedur yang perlu dilakukan sebelum menaiki pesawat.

Disebabkan itulah pentingnya untuk kita merancang perjalanan supaya akan ada masa lebih yang terluang sekiranya perlu beratur panjang ketika mendaftar masuk atau pemeriksaan keselamatan. Lagi-lagi kalau tinggal jauh dari airport!

Namun, jika anda dalam ketakutan terlepas penerbangan sekali pun, anda tetap perlu mengamalkan sikap toleransi terhadap penumpang yang lain.

Seorang netizen berkongsi di Facebook baru-baru ini tentang dua lelaki biadap yang lewat untuk penerbangan mereka dengan selamba cuba untuk memotong barisan seperti ianya sesuatu yang tidak salah.









Menurut World of Buzz, wanita itu menulis,

“Semalam saya berada di KLIA 2 sedang beratur untuk mendaftar masuk bagasi ketika dua pemuda memotong barisan ke kaunter betul-betul di hadapan saya. Seharusnya pada waktu itu adalah giliran saya dan menyangka bahawa rakan-rakan mereka membantu untuk beratur jadi saya tidak begitu kisah.”




“Namun, salah seorang staf yang menyaksikan perkara itu memberitahu kedua-dua mereka untuk beratur kerana penumpang lain sabar menunggu giliran masing-masing. Dua lelaki itu memberitahu bahawa pesawat mereka akan berlepas tidak lama lagi dan mereka akan kelewatan. Staf itu bagaimanapun tetap menyuruh mereka untuk beratur menunggu giliran.”

Kedua-dua lelaki itu kemudian bertindak agresif dan mula memarahi staf kaunter kerana servis yang tidak baik. Ketika staf itu mengeluarkan telefon bimbit untuk mengambil gambar mereka, lelaki itu malah menepis menyebabkan ia jatuh ke atas lantai. Wanita itu turut berkata dia nampak mereka menendang telefon itu supaya ia jauh dari staf berkenaan.

Polis kemudian tiba dan pada ketika itu, dua lelaki berkenaan tetap berkelakuan biadap dan agresif serta memberitahu polis tentang kelewatan mereka.




Wanita berkenaan mengakhiri post tersebut dengan berkata,

“Meskipun anda lewat untuk penerbangan disebabkan hal-hal yang tidak dapat dielakkan, anda seharusnya bertanya staf dengan beradab untuk membantu dan bukan dengan sesuka hati memotong barisan tanpa bertanya. Jika anda mahukan perkhidmatan pelanggan yang baik, anda dahulu perlu menjadi pelanggan yang baik.”

Betul tu! Ke mana pun kita pergi, jangan pernah lupa untuk beradab terutamanya ketika dalam keadaan terdesak sebegini.


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT



No comments:

Post a Comment