Semakin meningkat usia, kita mementingkan perkara lain hingga kadang kala terlupa tentang perkara yang paling penting, hubungan kekeluargaan. Terlampau sibuk dengan kerja dan pembelajaran membuatkan kita mengabaikan orang tua di rumah atau di kampung yang merindukan anak-anak serta cucunya.
Satu kisah dari dua gadis kecil dari Taiwan baru-baru ini menyentuh hati ramai selepas mereka berkongsi pengalaman memilukan. Menurut World of Buzz, dua beradik itu sangat terkesan selepas mendapat tahu nenek mereka menyimpan snek kegemaran mereka selama 17 tahun dengan harapan cucunya akan pulang menziarahinya di kampung.
“Saya dan adik saya sedang mencari snek makanan ringan sebelum nenek menyedari dan mengambil kotak yang dipenuhi dengan makanan ringan ini di dalam peti ais.
“Kami memilih gula-gula yang kami mahukan dan selepas diperiksa, kami dapati ada sesuatu yang tidak kena.”
Selepas diperiksa dengan lebih teliti, ternyata tarikh luput makanan itu semua adalah pada tahun 2000! Lama gilaaaa.
Gadis itu kemudian bertanya kepada neneknya dan warga emas itu menjawab snek itu semua masih elok kerana disimpan di dalam peti ais. Neneknya juga mengusik mereka dan berkata,
“Oh, selama ini nenek kumpul makanan ringan ini semua untuk kamu dan adik kamu tetapi kamu tidak pulang-pulang untuk tinggal di rumah nenek lagi.”
Selepas mendengar kata-kata neneknya, gadis itu terus teringat semula kenangan indah dan saat-saat gembira mereka dahulu ketika tinggal di rumah nenek dan datuknya sewaktu berusia 7, 8 tahun dan adiknya berusia 5 tahun.
Dia sangat tersentuh kerana neneknya sanggup menyimpan snek kegemaran mereka selama lebih 20 tahun dengan harapan mereka akan pulang dan menziarahinya.
Jika anda membaca ini dan sudah lama tidak menziarahi orang tua di kampung, pulanglah sementara mereka masih ada. Jangan menyesal ketika mereka sudah dijemput Ilahi kerana pada waktu itu, penyesalan anda sudah tiada gunanya.
Sibuk mana pun kita, cari masa untuk menjenguk mereka. Bukan setakat tanya khabar di telefon. Mereka sentiasa merindukan dan memikirkan tentang kita.
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment