Saturday, September 9, 2017

Lelaki Tepati Janji Bertunang Dengan Teman Wanita Yang Sudah Mati Di Majlis Pengebumiannya.


Bukan senang bagi seseorang untuk merelakan pemergian yang tersayang. Lagi-lagi tarikh perkahwinan hanya tinggal sebulan lagi. Namun seorang lelaki dari Taiwan ini masih tetap dengan pendiriannya untuk bertunang dengan teman wanitanya yang sudah mati di hari majlis pengebumian wanita itu.


Menurut Straits Times, lelaki yang dikenali sebagai Tsai, 30 tahun, mengadakan majlis pertunangannya bersama Chen di Perkhidmatan Pengebumian dan Perkuburan Kota Changhua di Changhua, Taiwan pada Rabu lalu.





Tsai telah menukar dewan tersebut menjadi seperti sebuah majlis pertunangan dengan menghiasi ia dengan belon berbentuk hati, mawar merah dan juga menggantung kain rentang yang bertulis “We are engaged”.

Bukan itu sahaja, Tsai juga mengenakan sepersalinan sut persis seperti pengantin lelaki sewaktu menyarungkan cincin emas di jari tunangnya yang terbaring di dalam keranda.



Chen, 23 tahun yang bekerja sebagai jururawat di klinik pergigian telah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 26 Ogos yang lalu sewaktu menunggang skuter dalam perjalanan pulang ke rumah.


Tsai mula menjadi risau apabila Chen yang mengandung lima bulan pulang lambat tidak seperti waktu kebiasaan. Dia kemudiannya tergerak hati untuk mencari tunangnya di jalan yang biasa digunakan Chen.

“Saya cuba menelefonnya tetapi dia tidak menjawab. Saya pun keluar untuk mencarinya namun saya terjumpa serpihan dari skuternya di jalan yang dia gunakan,” kata Tsai ketika ditemubual.

Tsai kemudiannya menerima panggilan telefon dari hospital tidak lama selepas itu mengatakan bahawa Chen sudah meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian kepala yang serius. Sedihnya!

Mereka berdua sudah menyulam bercinta selama lima tahun dan telah memutuskan untuk berkahwin pada bulan September selepas Festival Bulan Hantu. Lebih menyedihkan lagi, mereka sudah pun mengambil gambar pra perkahwinan untuk digunakan pada majlis perkahwinan mereka kelak.



Walaupun majlis pertunangan yang diadakan itu dianggap mengarut, namun Tsai tetap mahu meneruskan ia juga bagi menunaikan janji yang telah dibuat kepada tunangnya.

Inilah dinamakan cinta sejati. Teman wanita dah meninggal pun masih nak bertunang lagi. Tak mengapalah Tsai. Janji itu anda bahagia. Tetapi janganlah sampai tak move on ok?


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT

No comments:

Post a Comment