Apabila Aidiladha menjelma, topik berkaitan ibadah korban sering menjadi perbualan utama netizen. Mereka yang teruja menjalankan proses penyembelihan dilihat memuat naik gambar lembu atau rakaman suasana di kawasan masing-masing.
Namun di sebalik kemeriahan ini, isu pembahagian daging pula tiba-tiba menjadi topik panas. Pulak dah!
Melalui perkongsian laman Facebook Penang Kini, penduduk sebuah flat di Pulau Pinang meluahkan rasa tidak puas hati mereka apabila tertera sekeping memo yang meminta hanya ‘keluarga miskin’ sahaja dibenarkan mengambil daging korban pada Sabtu lepas.
Memo yang dipercayai ditampal pihak pengurusan pada bahagian tangga dan peti pos di Flat Taman Teluk Kumbar itu telah menimbulkan kekeliruan bagi penduduk flat yang terpaksa ‘tengok saja’ dan melupakan niat mereka untuk mendapatkan daging korban tersebut.
Penduduk flat yang rata-rata berstatus sederhana berpendapat pihak pengurusan tidak perlu menampal memo tersebut dengan menggunakan perkataan ‘keluarga miskin’ dan mereka sepatutnya mengagihkan sendiri daging tersebut kepada keluarga yang memerlukan.
Pun begitu, salah satu komen dari netizen di posting tersebut lebih mengejutkan yang mana mendakwa pihak pengurusan telah meletakkan syarat tertentu bagi mereka yang ingin mendapatkan daging korban. Mereka yang melanggan Astro dan memiliki kereta tidak layak mendapatkan bantuan tersebut.
Aik macam mana ni? Orang susah pun ada juga yang ada kereta dan Astro.
Malah ada juga yang mengadu masalah ini sudah pun berlanjutan sejak dari dahulu lagi dan terdapat penyelewengan dari segi pembahagian daging.
Menurut laporan Mstar, seorang wanita yang digelar sebagai Ana mengaku sudah 10 tahun tidak mendapat daging korban kerana tidak tahu bagaimana pihak pengurusan mengukur tahap kemiskinan seseorang.
“Saya yang dah 10 tahun tinggal di sini pun tak pernah dapat daging korban sebab memo tu tulis untuk ‘keluarga miskin’, saya pun tak tahu bagaimana mereka ukur tahap kemiskinan seseorang.”
Suami Ana yang bekerja sebagai nelayan hanya menerima pendapatan sebanyak RM900 sebulan pun tidak diberikan daging walaupun dia ada menghulurkan bantuan di masjid.
“Tak dapat tak apalah, mungkin daging tak cukup atau ada yang lebih memerlukan,” katanya yang redha dengan keadaan.
Apabila ditanya mengenai istilah ‘keluarga miskin’ yang digunakan memo tersebut, Ana memberitahu bahawa bukan dia saja keliru dengan apa yang dimaksudkan perkataan tersebut, penduduk kampung juga sering memperkatakannya.
“Macam mana kalau ada yang malu atau tak anggap diri mereka miskin kerana fikir ada keluarga miskin lain yang lebih layak dapat daging korban tu.”
“Bagaimana pula kalau satu flat pergi ambil daging kerana anggap keluarga mereka miskin?”
Isu berat ni!
Walau bagaimanapun, seorang netizen yang dipercayai penduduk di flat tersebut akhirnya tampil membuat penjelasan berkaitan memo berkenaan di bahagian komen.
Diharapkan semoga isu ini tidak berlanjutan pada tahun hadapan pula. Tidak salah jikalau pihak pengurusan mengambil inisiatif untuk mengagihkan daging korban itu sendiri serta mengambil tahu penduduk manakah yang memerlukan bantuan tersebut.
Harap pihak pengurusan dan penduduk flat berkenaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan sebaiknya.
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment