Tiada siapa yang suka tidur mereka terganggu, apatah lagi ketika letih dan mahu berehat. Namun, jika dikejutkan sekali pun, janganlah terlalu marah hingga sanggup melakukan perkara di luar jangkaan.
Namun, itulah yang berlaku di Kampung Kalodran, Indonesia apabila seorang lelaki mengamuk dan bertindak memukul kepala isteri serta anak-anaknya hanya kerana dikejutkan dari tidur. Uih panas baran betul.
Menurut laporan, insiden tersebut yang berlaku pada jam 4 petang tercetus apabila lelaki bernama Stanley itu dikejutkan dari tidur oleh anak-anaknya. Berang dengan tindakan anaknya, Stanley bertindak memukul kepala anak-anaknya, Marcel, 8 dan April, 5 terlebih dahulu sebelum memukul kepala isterinya, Diah, 35.
Lebih teruk lagi, Stanley tidak memukul kepala mereka dengan tangan tetapi menggunakan besi penukul, lapor NST.
“Diah yang tidak tahan akan tindakan suaminya itu kemudian menjerit meminta pertolongan dan nasib baik jeritan Diah didengari oleh kami,” ujar Harahap, Ketua Rukun Tetangga Kampung Kalodran, Kota Serang.
Tidak cukup dengan itu, Stanley kemudian keluar dari rumahnya dalam keadaan mengamuk dan memecahkan beberapa kenderaan, cermin tingkap serta beberapa pagar rumah di kawasan kejiranan dengan menggunakan penukul tersebut.
Walau bagaimanapun, penduduk kampung di kawasan tersebut berjaya menangkap Stanley dan membawanya ke balai polis. Lelaki panas baran itu kini berada di bawah tahanan polis manakala Diah dan anak-anaknya berada di hospital bagi merawat kecederaan di kepala mereka.
Kalau marah sekali pun tak perlu lah nak mengasari isteri dan anak-anak. Kalau mati nanti menyesal tak sudah pula.
PLS SHARE JIKA IA BERMANFAAT
No comments:
Post a Comment