Friday, September 1, 2017

Hanya Kerana Masalah Remeh, Gigi Isteri Ronggak Ditendang Suami.


Hanya kerana masalah remeh-temeh seorang isteri mengalami kejadian pahit akibat tindakan suami yang menendangnya di bahagian mulut.

 Akibat kejadian itu, dua gigi si isteri ronggak dibahagian depan. Kisah sedih ini bermula dari posting si isteri yang kemudian di kongsi semula oleh pemilik akaun facebook Eris Riswandi.

Peristiwa ini bermula ketika si suami keluar dari jam 9 malam hingga jam 2 pagi tak kunjung pulang. Si isteri ini pun menelefon dan sms untuk bertanya khabar, namun telefon pun tak diangkat dan sms pun tak dibalas.







 Tak lama selepas itu suaminya pulang, si isteri pun marah kerana tak respons telefon dan sms nya.

Akhirnya perang mulut pasangan suami isteri tersebut tidak dapat dihindarkan. Yang berkesudahan suami akhirnya menendang mulut si isteri. Alhasil, wanita itu terpaksa menerima kenyataan yang dia telah kehilangan 2 gigi depannya.



 Dalam foto yang dimuatnaiknya, menunjukkan dua batang gigi yang tertanggal dan diletakkan di atas telapak tangan. Dia juga kelihatan menangis menyesali perbuatan suaminya.

Banyak warganet mengecam tindakan suaminya itu, yang tak sepatutnya dia lakukan tindakan kejam tersebut.


PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT

 


No comments:

Post a Comment