Thursday, September 7, 2017

Budak Kurang Upaya Diikat di Perigi Selama 10 Tahun Kerana Keluarga Tidak Mampu Bayar Upah Penjagaan


Sememangnya mempunyai anak OKU adalah satu cabaran yang besar buat para ibu bapa. Ada sahaja ragam dan perangai mereka yang harus ibu bapa turutkan. Namun itu tidak boleh menjadi satu alasan untuk melayan anak-anak dengan cara yang tidak berperikemanusian.

Hal ini seperti apa yang berlaku kepada seorang budak lelaki di China apabila dia diikat di perigi selama 10 tahun oleh keluarganya dek kerana tidak mampu untuk membayar upah penjagaan. Kasihannya…







Menurut Nextshark, Yang Jie yang berusia 17 tahun mengalami masalah mental sejak dari kecil lagi. Dia mula diikat semenjak dia berusia 7 tahun apabila ibu bapanya sedar bahawa dia mempunyai kesulitan belajar. Dia juga mula merayau di kawasan luar rumah seorang diri tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Oleh kerana mereka risau akan keselamatan Yang Jie, mereka membuat keputusan untuk mengikatnya di perigi supaya mereka dapat awasi pergerakan anaknya. Aik banyak lagi cara nak pastikan anak selamat!




Datuknya yang kini menjaga Yang Jie mengatakan bahawa simpulan tersebut hanyalah simpulan yang longgar. Malah Yang Jie sendiri tidak pernah terlepas dari ikatan tersebut semenjak dia ‘digari’ 10 tahun yang lalu.



Tambahnya lagi, Yang Jie juga turut diikat pada katilnya pada waktu malam bagi menghalangnya dari melarikan diri. Pernah juga ada satu ketika, keluarganya menangkap Yang Jie sedang memakan daun kering, tahi ayam dan itik yang bertebaran di atas tanah. Sedihnya!

Oleh kerana keluarga Yang Jie mempunyai kekangan dari segi kewangan, maka penjagaan Yang Jie menjadi terabai sehingga kini.




Kasihan pula dengar kisah sebegini. Kalaulah dia dijaga secara elok-elok dan tidak diikat seperti ‘binatang’, pasti kondisi Yang Jie tidak akan menjadi seteruk ini. Kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak senasib Yang Jie, janganlah gunakan alasan ‘tiada duit’ untuk melayan anak anda sedemikian rupa. Banyak lagi pendekatan yang lebih ‘berperikemanusiaan’ yang boleh dipraktikkan.

PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT



No comments:

Post a Comment