Monday, September 11, 2017

Pelanggan Sanggup Beratur Panjang Untuk Udang Celup Tepung 45 Ekor Dengan Hanya RM10!


Bagaimana rakyat Malaysia suka dengan jualan murah, begitu jugalah terujanya semua netizen apabila mendapat tahu kedai makan yang menghidangkan makanan dengan harga yang murah! Siapa tak suka kannn.

Terbaru, sebuah kedai makan di Kampung Penarik, Terengganu menjadi tular sebulan lalu kerana menghidangkan makanan yang begitu murah.




Malah, pelanggan yang datang ke Kedai Makan Trizai ini sangat berpuas hati dengan harga dan kuantiti serta layanan yang diterima. Mana tidaknya, dengan hanya membayar RM10, pelanggan mendapat 45 ekor udang celup tepung yang digemari ramai!






Bukan itu sahaja, ikan selayang celup tepung juga dijual pada harga RM1.90 seekor. Lebih menarik lagi, minuman seperti teh o ais dan sirap diberi secara percuma dengan konsep layan diri.




Pengusaha Kedai Makan Trizai, Zainab Mohamed, 26, berkata, dia sama sekali tidak menyangka kuasa tular begitu tinggi impaknya sehinggakan tidak menang tangan berhadapan pelanggan yang berpusu-pusu ke kedainya.

Menurut Sinar Harian, kedai makan yang sudah beroperasi selama lima tahun itu malah perlu melanjutkan waktu operasi sehingga jam 10 malam dan menambah jumlah pekerja kepada lebih 20 orang selepas tular di media sosial.

“Sebelum ini kedai mula buka jam 10 pagi hingga 7 petang, tetapi setelah menjadi viral, orang ramai masih datang sebelah petang sehingga malam, menyebabkan saya buka (kedai) sampai malam.”




Menurut Zainab, situasi tersebut berlaku ketika musim perayaan, cuti umum serta pada hujung minggu. Paling tidak disangka, stok udang serta ikan selayang perlu ditambah bagi menampung permintaan pelanggan.

Ketika Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, Zainab menambah stok udang sebanyak satu tan manakala ikan selayang sebanyak 500 kilogram dan semuanya habis dijual dalam tempoh satu hari! Wow, dahsyatnya kuasa viral.

“Pada hari-hari biasa, selalunya kami menyediakan stok udang sebanyak 500 kilogram dan ikan selayang 300 kilogram sahaja sehari.”




Wahhh! Memang murah ni. Kalau dah pelanggan puji, maknanya memang sedap la tu! Jom cuba?

Sumber - Facebook 

PLS SHARE  JIKA IA BERMANFAAT


No comments:

Post a Comment